25 September 2007

Siapalah punya angkara ???

Ramadhan kali ini meriah rasanya bila bangun jam 4 pagi untuk memasak sahur ditemani oleh si kecil Alice. Walaupun mengantuk dia akan cuba untuk menemani aku memasak dan semestinya makan sekali. Pagi tadi ter"seram" jugak bila Alice kata dia nampak ada "HANTU' depan rumah. Betul ke?

Lepas makan, Alice langsung tak tidur sampai pagi. Dia kata nak tolong kejutkan si Abang pegi sekolah. Hari ni entah kenapa pukul 6.45 pagi semua dah siap termasuk Alice yang dah siap mandi lagi. Selalunya dia liat sikit bab mandi ni. Dengan riuhnya dia suruh semua orang masuk kereta.

So aku masuk kereta dan hidupkan enjin, tetiba hubby cakap, laaa... hilang lagi... Apa yang hilang? Rupanya penutup tiub tayar kereta. Yer laaa... hilang lagi. Dah dua kali dah ni... Yang kali pertama hilang coz letak kereta kat tempat gelap. Kali ni depan rumah, bulan Ramadhan plak tu... Tak selamat ler orang tuh mencuri bulan-bulan puasa ni. Yang herannya, penutup tu memang ketat giler coz hubby ketatkan dengan spanner lagi. Mesti dah kena aim menda tu...

Patut la Alice kata nampak HANTU... rupanya orang mencuri!

20 September 2007

Kenapa selalu berangan-angan...?

Soalan ini untuk aku sendiri supaya dapat mencari jawapan untuk terus berpijak dibumi yang nyata dan sedar akan tanggungjawab aku di dunia ini.

Rasulullah saw bersabda: "Orang yang cerdik adalah orang yang selalu meneliti dirinya dan beramal untuk persiapan sesudah mati,sedangkan orang yang lemah akal (bodoh) ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya serta mengangan-angankan atas Allah dengan bermacam-macam angan-angan." (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi).

10 September 2007

Si Talam

Pagi ni meeting dengan CEO baru. So far, she's good enough. Tapi yang jadi menyampah sangat kat ahli2 mesyuarat. HIPOKRIT Giler! Memang TALAM DUA MUKA. Sebelum The Lady ni jadi CEO, ramai yang kutuk-kutuk dia kat blakang. Tapi since dia dah jadi CEO, memang terkejut bila yang kutuk tu, punya la baik depan dia. Kata orang pijak semut pon tak mati. Pastu, satu mamat ni tak puas hati giler dengan pameran yang bahagian aku buat. Dia pon highlite menda tuh kat meeting, tapi dia tak tahu yang design sumer ditapis oleh CEO. Kalau la dia tahu, mesti malu giler... Aku just diam jer. Tak boleh terima rasanya ramai yang hipokrit. Demi dunia, pangkat dan harta, manusia sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa JILAT LUDAH SENDIRI.

07 September 2007

Syarahan Perdana Za'ba


Kat PRO ni kalau tak bz tak yah citer la. Manjang nyer event. Dalam pada tu, sempat juga mengambil kesempatan.Dapat juga bergambar dengan tokoh yang aku kagumi dari sekolah rendah lagi, YM Prof. DiRaja Ungku Aziz



Gambar bersama Puan Azah Aziz.


Bergambar bersama Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin. Memang sporting!

05 September 2007

MOHEX 2007

Pameran Kementerian Pengajian Tinggi MOHEX 2007 bertempat di MTC (MATIC) Ampang, 25 Ogos 2007.

Dinner ISO 9001:2000

Haha..Nis, aku dah tengok blog ko dan hasilnya, aku pon buat slide jugak... Bukan tiru tau. Gambar-gambar ni dah ada dalam friendster aku. Paling banyak mesti la gambar aku.

Masa ni jugak aku dapat cabutan bertuah. Best!


"Baik" nya bahasa...

Sebetoinya aku geram sangat kat sorang yang memang mempunyai taraf yang tinggi dalam organisasi aku nih. Aku akui bahawa sebagai manusia kita tak perfect. Begitulah adat dunia, pasti ada kelemahan dan betulkan kesilapan ini dengan teguran. Kalau teguran tak berkesan kita boleh teruskan dengan tindakan. Ok berbalik kepada kisah si "bijak pandai" ni. My assistant ni dapat arahan dalam meeting teruslah g email menda2 yang diarahkan kepadanya kepada semua staf. Tak perasan plak yang masa tak letak kat situ. Dan reply yang diterima daripada si "bijak pandai" ni dia tulis ,

Pukul berapa Ngok?

Prof XXXXXXX XXXXXX<


ayat ni aku copy and paste terus kat sini. Ader ker patut dia email orang macam ni. Mana pergi santun bahasanya?! Kalau teks ucapan kita tak betol (pada dia), melenting sakan dia, konon penggunaan bahasa tidak betol, tapi adakah penggunaan bahasa yang digunakan dalam email dia ini betol? Mamat ni punya marah penggunaan bahasa SMS, tapi dia...

Dunia-dunia...