18 August 2008

Kita ada pilihan …

Semalam aku tengok satu cerita “Evan Almighty”. Apa yang aku nak sentuh bukan pasal citer tuh tapi dialog-dialog yang dilafazkan. Part masa Morgan Freeman jumpa dengan wife Evan tu kat restoran. Diaorang berbincang-bincang mengenai si Evan yang ramai orang kata dia dah giler. Tapi si Morgan Freeman ni dia kata kat si wife tu, kalau kita mohon dari Tuhan itu kesabaran, bukan Tuhan beri kesabaran itu dalam bentuk sesuatu (benda) atau kalau kita mohon dari Tuhan itu keberanian, bukan Tuhan beri satu benda yang namanya keberanian. Tapi bila Tuhan beri kita kesabaran dan keberanian itu bermaksud Tuhan beri kita PELUANG untuk kita mendapatkan kedua-duanya. Maksudnya kesabaran atau keberanian atau ketabahan atau yang seangkatan dengannya takkan kita tahu kita dapat sebelum kita melaluinya.

Peristiwa hari konvo ni juga buat aku berfikir bahawa peluang untuk aku mendapat kesemua itu memang ada. Aku ada pilihan sama ada nak marah atau terus bersabar, nak ’melatah’ atau berfikir dahulu, nak ’menyerang’ atau terus ’bertahan’. Kalau aku nak marah memang boleh, tapi apa faedahnya? Takkan sampai tak boleh ditegur. Macam orang tegur anak kita yang nakal, kita nak buat apa? Nak kata . ala..budak-budak macam tu lah atau pukul anak kita depan dia atau serang balik orang tu dengan kata anak dia pon nakal jugak, lebih dari anak kita. Selasai tak masalah? Ambillah itu sebagai pengajaran, lain kali kita kena berhati-hati sama ada dalam mendidik anak atau berkawan dengan orang macam tu.

Lagi satu, orang yang rasa diri dia dia besar coz mungkin title yang dia ader. Siap bagi-bagi arahan lagi. Kita ni sama jer, kuli gak kat sini. Tapi kalau dia nak rasa besar sangat, tak kisah pon, sampai satu masa tak ke mana... Tapi jangan lah kita nak letakkan kesalahan sendiri ke bahu orang lain. Tahun depan dengan orang yang sama jugak kita nak kerja, buat apa nak kecoh-kecoh. Sekarang boleh lah nak lari lari dari tanggungjawab, takperlah... yang penting aku dah tau ko caner.... Terima kasih!