28 September 2009

Jagung oo jagung...




Dalam bebanyak kad raya nih, ada satu yang paling panjang tulisannyer... Touching gak ler kiranya. Dan ingatan aku melayang padanya... SAYANG JAGUNG!!!

Kad Raya














































Kad-kad Raya daripada semua yang tersemat dalam memori...

18 September 2009

Tepon

Baru jap ni terima satu call. Call yang macam ni dah banyak kali aku terima. Cuma kali ni rasa patut jugak aku kena bagitau. Bukan apa, kalau pasni sesapa yang baca blog ni jangan la buat camtu...

SITUASI 1
Tret, tret....tret, tret... (bunyi tepon aku – cepat2 angkat coz lebih daripada tiga deringan dah kira cam tak buat keje)
Aku : Unit Korporat .... (ayat biasa aku nih..)
Caller : Puan Marini ker?
Aku : Yer saya, boleh saya bantu?
Caller : Oohh, saya ni Puan dot dot dot Pensyarah Fakulti dot dot dot (biler dengar macam ni jer aku cam malas nak layan, tapi sebab keje…)
Aku : Yer Puan …. (dan seterusnya aku pon tolong ler dia…)


SITUASI 2
Tret, tret....tret, tret... (Aku tepon orang, dan aku tau staf dia jer yang angkat nih coz orang tuh kira besar la jugak)
Orang tu : Jabatan dot dot dot
Aku : Hello Jabatan dot dot dot, saya Marini dari UPSI
Orang tu : Yer Marini, kenapa tu?
Aku : Terdiam kejap… dan sterusnya terrr…blank)

Nasihat aku kepada diri sendiri dan pembaca sumer yang terima call atau buat call,
1. Biler kita tepon orang, janganlah kita sebut yang kita ni Tuan ker, Puan ker, Dr. ker (kecuali Dr. medical), Dato’ ker, Datin ker.. tak elok tu... langgar etika
2. Kalau kita nak sebut jugak, kita mintak ler orang lain tepon kan untuk kita, so orang yang tepon tu bleh perkenalkan kita. Contohnya : Hello, BHKA ker? Datin dot dot nak bercakap dengan Puan dot dot... (lepas tu bleh ler kita cakap), so pihak yang satu lagi tu dah tau dah nak panggil apa..
3. Kalau kita terima panggilan direct dari seseorang yang memang kita tak kenal coz dia kenalkan nama dia jer, panggil ler dia Encik ker, Cik ker (selalunya kalau dia dah Puan dia kan betulkan kita...jangan risau), Tuan ker... (tak kisah ler apa pangkat dia) jangan ler sebut nama dia jer, cam dia duduk sebelah rumah kita...
4. Last skali, kalau orang tu Datuk Seri, kita boleh panggil Dato', Kalau Tan Sri jangan plak panggil Tan.

Ok yer.. babai.. SELAMAT HARI RAYA...

15 September 2009

Tak salah tunjukkan rasa hormat…


Ni parking Boss, sekadar gambar hiasan, memang takder kena-mengena secara langsung atau tidak langsung dengan cetusan hati aku di bawah. Takder gambar tak best la pulak... Jadi, gambar apa2 pon belasah jer...

Kadang-kadang rasa meluat pada orang@seseorang timbul ngan tetiba jer. Bukan sebab muka atau suara atau apa-apa pon tentang dia tapi memang rasa meluat. Naper yer???... Tapi tak salah kalau kita tunjuk rasa hormat sket...

Janganlah berkasar sangat, memang ler orang tu tak bayar pon gaji kita, tak suap pon kita makan tapi tanggungjawab kita kepada sapa. Jangan fikir orang tu bagi keje bermakna kita kena buat keje dia, tapi fikirlah bahawa kita sedang bekerja untuk bagi family kita makan, tengah cari rezeki halal.

Kenapa mesti ukur yang kerja kita banyak sangat tapi dia macam takder keje pon. Sematlah dalam hati tu yang keje ni memang untuk kita laksanakan coz ini amanah. Kalau tak buat berdosa tuh... Bukan orang tu suruh buat menda2 tak patut, suruh buat keje jer, buat lah... Nasib baik ader keje, kalau tak kita goyang kaki jer, hujung bulan gaji masuk, pastu kita buat beli makan, pastu bagi makan family, duit tu HALAL ker HARAM?

Dah siap keje, nak bagi orang tu semak, letak le dalam tray dia leklok, jangan main hempas jer, bukan dia takder kat situ. Apa salahnya berbahasa sikit, hulur kat dia keje tu, bagitau dah siap, kan elok tu...

Jangan ler buat derk jer bila orang tuh panggil, bukan dia suka2 jer nak panggil. Mesti ada hal, ni buat tak tau jer... Layan facebook. Bila orang tu cakap, buat-buat tak dengar, sampai dia pegi kat meja kita mintak tolong kita buat keje. Tapi... facebook jugak lebih penting...

Tak masuk lagi yang kita jaja cerita pasal orang tuh (coz dah meluat sangat). Dah mintak ampun ker belom? Dosa dengan Allah kita bleh mintak ampun dengan Allah, tapi dosa dengan manusia ni Allah takkan ampunkan kecuali orang tu maafkan kita..

Sampai lah satu masa bila penilaian prestasi atau pengesahan jawatan, baru ler kita nak tunjuk ”budi bahasa” kita kat orang tuh. Takut dapat markah rendah, nanti susah nak tetap atau naik pangkat. Masa tu la baru nak hormat... Jangan menyesal kalau tetiba jer orang tu bagi kita markah rendah atau tak bagi kita tetap. Bukan sebab dia dengki tapi sebab dia tengok kita tak konsisten buat keje. Takder kerjasama, takder interaksi, takder peningkatan prestasi, takder komitmen (tau komen jer) dan yang penting takder rasa nak keje...

Fikir2kan... Anda buat anda dapat...

08 September 2009

Abang...abang...

Hari ni keje memang ader tapi kenapa la malas giler nak buat. Tadi Mama tepon tanya abang puasa tak hari ni? Mummy kata puasa la. Mama kata abang share makan dengan kakak. Ya Allah… Kenapa abang ni??? !! Buat perangai plak. Dia sahur pagi tadi. Bila Mummy cakap dengan dia kenapa dia tak puasa? Dia kata abang penat, penat aper nyer, baru kol 10 lebih. Pastu siap komen lagi kenapa Mummy bekal nasik sikit. Ya Allah… abang, bekal tu untuk kakak, dia tak puasa coz dia demam ari ni. Naper la anak aku nih… Tahun lepas, pra sekolah, abang boleh puasa penuh. Tahun ni dah darjah 1 abang ponteng plak puasa. Mummy syak, kakak mesti ada peranan kat sini… Siap ler budak berdua nih.

04 September 2009

Hek'eleh...

Hari ni dah start edar sampul duit raya. BHKA ingat nak bagi ler sesuatu kepada semua staf daripada universiti bukan BHKA tau! Banyak plak cakap cakap bila dah bagi nih…
1. Bila kita bagi lebih ada orang kata membazir bagi banyak-banyak.
2. Bila kita hadkan kepada 2 paket sorang, ada plak yang kata mana cukup bagi banyak ni, baik tak payah bagi.
3. Tapi ada gak yang bersyukur bila dapat, diaorang ni kata, Alhamdulillah… ingat jugak universiti nak bagi kat kita orang ni…
Kenapa lak jadi cam nih… Kepada kelompok pertama tu, kita orang bagi lebih ingat nak tolong you all buat amal jariah bersedekah banyak-banyak. Kita orang ni takler banyak duit nak sedekah, tapi tolong you all tu kira berbuat amal la jugak…kononnyer la.. Kalau rasa banyak sangat sampul tu, bagi jer la kat anak buah yang memerlukan, kira sedekah jugak tuh… Tak paham aku, nak membebel pasal apa plak, mende ni plak tak membazir aku rasa coz kalau tak guna tahun ni, bleh guna tahun depan, bukan expired pon.
Kepada kelompok kedua tuh, kalau rasa taknak, pulangkan jer balik kat kita orang, banyak lagi yang nak…
Kepada kelompok ketiga ni, aku rasa bersyukur , kira kena surat tunjuk sebab coz tak datang meeting AR pon aku rasa berbaloi. Penat-penat buat mende2 ni semua rasa berbayar bila ada yang menghargai…