26 October 2010

Ish3…


Pepagi nak g keje... nak ‘angin’ pon ader... kat dalam kawasan perumahan, dah la bawak motor tak pakai helmet, laju, dari lorong kecik masuk jalan utama tak berenti dlu...main terus jer, dah la signal takder, brek pon takder ker? Seb baek kete aku ader brek, ko tak... cam ayam ler ko... Dari atas motor tuh siap leh jeling aku lagik...bukan mintak maaf pon...ish3...mak saper ler ni...

Kat traffic light Taman Bahtera... Dalam 50 meter nak sampai traffic light tu lampu dah kuning…pastu merah… dalam 3 saat merah…tetiba zooommm… dengan lajunyer satu kete dari belakang meneruskan perjalanan….eh! kan lampu merah tuh?! Ish3… aku kompem sangat… kalau orang laen yang buat kat dia macam tu, mesti ‘terbakar’ nyer…sumpah seranah dekat stengah lori 24 tayar… Tapi kalau dia buat… takper jer… Mesti kat dalam hati dia tu cakap…”Ala…orang laen buat, takkan aku tak leh”...Ha’a...ye la ko… orang laen mati…takkan ko takleh kan?...

Itulah kesah nyer…pagi nih…sowi…terambik lak masa keje…tapi geram nyer pasal…(istighfar Tini…)

21 October 2010

I can’t tell the truth but I won’t lie


Ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi dan rasmi...jauh ker KL tu? Dekat jer...tak sampai sejam dah sampai. Tapi objektif kedua-dua urusan tak tercapai pun...sedey....

Berjumpa seseorang yang buat aku banyak berfikir sepanjang jalan pulang... Apa yang aku fikir? Aku fikir ada perkara yang aku rasa BOLEH tapi aku TAK BOLEH dan perkara yang orang fikir aku TAK BOLEH tapi aku BOLEH .... kompius...

Bagi contoh la senang...
Perkara yang BOLEH aku buat adalah mengawal diri tapi aku sedar kadang-kadang dan memang selalunya aku TAK BOLEH kawal diri. Macam hari tu, masa konvo anumerta Allahyarham Azmi, aku rasa aku dah cukup tabah dan BOLEH untuk hadapi situasi ni... Tapi... Memang TAK BOLEH... Melihat Mak arwah yang terduduk di pentas sambil menggenggam erat skroll tu takkan ada hati yang boleh menahan sebak...takkan ada...

Lagi...
Aku fikir aku BOLEH buang ingatan pada seseorang yang sepatutnya tak ada dalam ingatan... tapi TAK BOLEH...lagi nak buang...lagi melekat kukuh macam paku yang lekat kat papan... Tolong carikan penukul yang leh tarik paku tu keluar... jangan benamkan rapat pada papan ingatan... Aku tak mahu bakar papan ni disebabkan paku yang sebatang tu...

Lagi...Hurmmm.... aku nak nangis..... (pause 5 minit yer...)

Sambung
Okay...apa lak perkara yang orang fikir aku TAK BOLEH tapi aku BOLEH buat...
Hmmm...apa yer... Ramai orang tengok aku ceria sahaja...macam tak der problem... Tapi Tuhan jer yang tau... Kalau boleh aku bentangkan hati ini... koyak rabak cam kain buruk yang dah nak buang .... Orang ingat aku TAK BOLEH sembunyikan rasa (mungkin ya) tapi aku BOLEH tunjuk yang aku tak apa2...

I can’t tell the truth but I won’t lie... ungkapan ini… apa kena mengena ngan N3 kali ni… ada… memang ada…

19 October 2010

Rebut tak peluang tu?...


Banyak tak keje hari ni... ntah...jap nak ingat....

Pepagi dah bangun, tengok baju yang Mellysa suruh basuh. Dia nak hantar kat cikgu dah pagi nih... Hmm... seb baek dah kering coz malam semalam baru basuh. Mellysa kata baju tu untuk dia menari 10 November nanti... Acara apa? Dia kata tak tahu...tapi kena nari lagu dangdut Mummy... Ye ke...baju cam nak nari zapin jer... Siap kena iron skali lak tuh... Wateva lah...

Pastu tengok abang cam dah sihat, tapi dia kata dia sakit perot lagi...Haiii...susah hati Mummy nih...semalam nyer exam kelas KAFA tak dapat amik. Hopefully cikgu benarkan dia buat exam tu hari lain. Bagi dia makan ubat....pastu buat susu Mikhael, pagi ni taknak susu putih, nak susu coklat plak... macam2 kerenah anak2...

Dah nak pukul 8 dah ni... Cuma kena hantar Mellysa jer...abang cuti lagi. Sampai depan pintu pagar, suruh Mellysa turun kete. Ingat nak tolong pegang baju menarinya tu skali. Tengok Mellysa turun pakai sliper jepun jer...Mana kasut sekolah kakak? Terkebil2 dia kata terlupa...tinggal kat umah... abis tu dalam kete tadi kakak buat per? Dia kata baca story book yang Mummy beli semalam... Tak tau nak cakap apa... Nak marah, tapi sebab aper nak marah... Last2 balik umah ambil kasut dia then skali lagi g hantar sekolah...kan dah banyak masa abes kat situ... Lepas hantar kakak, baru hantar the 2 boys gi umah mama. Hopefully abang gi ambil exam kelas KAFA dengan sihatnya… Janganlah abang buat Mummy susah hati okay…

Sampai jer kat ofis, motivasi terus menjunam turun ngan lajunyer… semuanya sebab... hmmmm… takder mood langsung nak tulis kat sini… Ingatkan pepagi jer rasa cini… sambung plak petang nih… dengan ayat yang aku rasa cam nak ugut… “kalau jadi apa-apa kat event tu, akak cari ko coz ko yang running event nih…” Fuiyooo… senangnyer….

Dah naik bebulu telinga aku nih bila orang cakap ,”Ala keje Marini tu…sapa pown leh buat,” Ha! Apalagi! Buat la skrg! Tapi hakikatnya…masa nih ramai yang nak duduk bersembunyi bawah meja. Kalau boleh nak bagi arahan demi arahan saja. Masa ni la baru kata, kitaorang tak reti sangat bab2 protokol nih… Tapi tak sedar bila bercakap sebelum nih sumer kata… “Apa yang susah sangat nak layan orang, nak handle majlis bukan susah… Salutation buat apa susah2 nak bagi kat VIP tu, letak kat rostrum jer, pandai2 ler diaorg (ingat sumer VIP pandai ker??)...” Cakap memang senang, time nak buat sumer lari… Ni lah aku insan bernama MARINI yang buat keje intangible ni… saper yang nampak (Tuhan jerrr yang tahu)… Kalau nampak pown buat2 tak nampak… tu la Marini…keje2 mcm ni susah nak nilai (ada la sorang tu cakap)…nak dapat APC jauh sekali… Yer la kan… nak ukur caner…

Cuba kita diam seminit…fikir balik… Kenapa Tuhan bagi kita keje nih… Sebenarnya apa yang Tuhan bagi tu sangat tepat untuk kita PADA MASA INI. Dengan semangat yang begini dalam usia 33 tahun dan anak seramai 3 orang, Tuhan beri aku keje sebagai Pegawai Perhubungan Awam adalah rahmat, ada kebaikan dan penuh dengan ujian. Tuhan beri aku peluang untuk memiliki sifat sabar, peluang untuk memperbaiki diri, peluang untuk memohon keampunan dan peluang mendapat keredhaan. Aku rebut tak peluang tu?...

10 October 2010

Baru aku sedar sesuatu...

Hairie sms ungkapan ini untuk aku sempena Aidilfitri 2010, “Allah ambil sesuatu yang kita sangat sayang kerana Dia mahu memberikan kita sesuatu yang lebih baik”... Tahu tak, aku berpegang dengan kata-kata ini. Setiap hari aku tunggu apakah yang lebih baik itu... Tapi di manakah yang lebih baik itu...

Setiap hari juga aku menilai apakah kebaikan-kebaikan yang aku terima untuk setiap hari. Dan baru aku sedar...

Tak ada yang lebih baik daripada kesihatan yang diberikan Tuhan. Kesihatan yang baik untuk aku, keluarga dan mak... Thank you Allah...syukur Alhamdulillah...

Setiap masa dan ketika aku kenang Aman... dan kini aku sedar... Allah ambil seorang Aman dari aku dan beri aku ramai lagi, walaupun tak dapat menggantikan Aman sampai bila2.... Tapi Amir, Adnan, Ayoi, Khalil, Da’oh, Aizoo, Haizal dan ramai lagi semuanya ada rupa, perangai dan sikap Aman. Thank you Allah...syukur Alhamdulillah...


Aku yang dulu dan aku yang sekarang...sama ke?... Hmmm...masih sama di hati...:)

04 October 2010

Bila aku menuntut lebih dari janji...

Bila aku menuntut lebih dari janji
Maka kau biarkan aku sendiri
Mengimbas kembali memori
Yang telah kita patri...

Bila aku menuntut lebih dari janji
Maka kau fikir aku pentingkan diri
Sedangkan engkau tak punya lagi hati
Tapi lebih mengasihani...

Bila aku menuntut lebih dari janji
Kau fikir aku memungkiri
Terbitlah sumpah dan sakit hati
Katamu ”Hmm...kau mulakan lagi...”

Bila aku menuntut lebih dari janji
Hilanglah semua kasih dihati
Yang tinggal untuk aku cuma ini
"Sayang.. cukuplah sampai di sini..."

nukilan
MIKHAEL 4 Oktober 2010

Kenapa puisi ini...??? Nanti aku jelaskan...nak balik dah nih...