Nak tulis pasal keje ker? Hmmm...lom lagi kot... Sambil2 mencoret ni, dengar lagu2 kat blog adik aku nih... Tetiba lagu ni la plak, lagu yang aku tak tau tajuk dia apa... Sorang kawan Aman buat clip video pasal Aman berlatarkan lagu ni... Lagu tu memang tepat untuk dia dan kalau dengar lagu tu, tak berenti la airmata nih... kalau kengkawan dia rindu kat dia, apatah lagi darah daging dia nih kan... Sayunya.... Kalau nak dengar lagunya pegi la kat blog si manja www.marianimasdar.blogspot.com .
Dah dua tiga minggu nih senang betol sakit kepala... naper ‘ek? Gastrik plak macam disuruh2 menyerang... haih... ujian dan dugaan... Tuhan beri ujian dan dugaan kepada kita kerana Dia tahu kita mampu menanggungnya... Insya Allah...
Aku sangat2 percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin tak nampak sekarang, tapi suatu hari kita pasti sedar. Perjalanan hidup kita yang diaturkan begini adalah dengan izin Allah jua... Di sepanjang jalan kehidupan ini terlalu banyak kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran... Tak kira di mana pun kita... kembalilah kepada Allah... Kadangkala, diizinkan sesuatu kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran itu berlaku untuk beri kita pengajaran tentang kehidupan... belajarlah daripadanya.... Belajarlah meminta ampun, belajarlah untuk menyesal dan belajarlah untuk tidak mengulanginya selagi kita diberi peluang...
Wah3...panjangnya nasihat... untuk saper tu? Hmmm... untuk diri sendiri dan untuk sesiapa yang sudi berkongsi... Ok... dah release kot nih... Nana pun dah balik... Aku? Ada tiga stack documents atas meja... nak sambung tak? Jap nak fikir... Apa alasan untuk diri sendiri nih... haih.. tu la kalau biasa beri justifikasi untuk menda2 lain, untuk diri sendiri pun kena bagi gak... hehehe... chow dlu...
Naper letak gambar nih... Ntah... Suka lak kat gambar nih... Dah ni blog aku... tak kesah ler kan gambar apa pon... Hahaha...
No comments:
Post a Comment