Ada lagi 2 minggu untuk menghabiskan sisa cuti 90 hari ni…
Puas tak dok rumah? Seronok dan letih.. Seronok sebab setiap apa yang dilakukan
semuanya nampak khusus untuk keluarga tapi letih coz sebenarnya banyaknya kerja
rumah.....huhuhu
Walaupun nampak cam cuti, tapi kerja kat ofis singgah juga…
Biasala… Inilah namanya kewajipan, kan? Cuti tu bukan HAK tapi ANUGERAH yer,
jangan lupa tu! Menunaikan tanggungjawab LNPT itu adalah tugas yang tidak boleh
diketepikan… Banyak perkara perlu dilihat, diteliti dan diambil kira… Bukan
mudah nak menilai orang… Sangat subjektif…
Begitu juga dalam hidup ini… contohnya kita rasa kita dah
buat yang paling baik dalam mendidik anak-anak, tapi kenapa anak kita tak jadi yang
terbaik, adakah sebab orang lain, sebab cikgu, sebab kawan-kawan atau sebab
apa?
Bila kita nilai diri sendiri, kita memang rasa kita dah all
out dah, tapi kenapa anak kita jadi macam tu? Nak tahu jawapan, kita perlu
penilaian orang lain juga. Mungkin orang lain boleh nampak kelemahan kita
(selalunya memang orang mencari kelemahan kita). Tapi ‘orang lain’ ini ada
banyak… Takkan kita ni hidup jumpa sorang jer ‘orang lain’. Si A yang suka
mengampu kita akan kata – awak takder kelemahan, boleh bagi 100%. Si B yang tak
suka langsung dengan awak (mungkin anak awak pernah gaduh ngan anak dia) akan
kata – awak memang tak pandai didik anak, dapat 0%. Si C yang lurus pulak akan
kata – awak tak buat tu, tak buat ni, tapi awak dah buat itu, dah buat ini, so
awak boleh dapat 50%. Bukan setakat ABC sahaja yang kita jumpa tapi sampai Z..
So, perlukah kita give up dengan diri bila kali ini kita
dinilai oleh Si D? Jangan risau, esok lusa kita jumpa Si E yang buat kita rasa
hebat dan tahun depan mungkin Si F… Penilaian manusia ini sangat berubah-ubah
sifatnya… penilaian Allah juga yang kita tunggu…
Begini lah cara saya meneutralkan diri bila
menghadapi markah LNPT yang saya rasa… alahai…(Tapi sehingga catatan ini ditulis, LNPT 2012 saya lom tau lagi, caner 'ek?)
No comments:
Post a Comment