21 July 2011

EMOSI LERRR

Akhirnya hati, kekuatan dan semangat aku tunduk pada situasi yang memaksa. Mengalah pada keadaan. Setelah emel-emel yang aku baca pagi ini… Apa yang nak aku rasa yer… Meh aku share sket kandungan emel itu antaranya yang berbunyi…

“Siapa Marini yang boleh mendesak saya menyiapkan **** segera kerana sudah terlambat kesan kegagalan dia sendiri?”
“Lupakah dia bahawa kerja ini dulu adalah kerja dia dan saya mengambil tugas atas arahan Pengarah kerana dia tidak boleh buat?”
“Tidakkah dia terfikir bahawa saya adalah bidah (walaupun ejaan sebenarnya bidan) terjun yang menyelamatkan keadaan?”

Emel diakhiri dengan…
“Di mana fikiran dia?”

Wow!!! Tabik aku pada manusia ini… Melontarkan apa yang ada dalam hati dan perasaan tanpa menggunakan akal fikiran… Manusia yang tahu angin sendiri tanpa mahu tahu ribut dalam fikiran orang. Inilah bukti bahawa bila manusia dikuasai dengan hasad, dengan ego, dengan cemburu dan iri… Tanpa dia sedar apa yang dilakukan hanya meludah ke langit. Siapa yang gagal? Siapa punya kerja? Siapa yang menyelamatkan keadaan dan siapa yang sebenarnya berfikir… Renunglah wahai manusia ini… Saya amat berterima kasih kerana akhirnya nampak juga se’dalam’ mana pengetahuan awak, se’tinggi’ mana ego awak dan se’bijak’ mana awak… Saya sekolah tak tinggi, ilmu juga tak banyak, pengetahuan tak sedalam mana dan saya juga tak sebijak gelaran di pangkal nama awak. Tapi sekurang-kurangnya tak menyalak macam awak…

Tindakan saya? Tak payah saya emel satu dunia (macam yang awak buat). Saya dah ambil langkah sebaik-baiknya… Jangan risau, saya masih jaga airmuka awak… Untuk pengetahuan manusia ini, saya tak mahu respon emel-emel awak itu kerana saya tak mahu jadi macam awak. Awak tahu kenapa? Kerana saya tak mahu sama ‘taraf’ dengan awak… Hmmm… satu lagi saya mahu awak tahu… saya tak maafkan awak atas fitnah yang awak sebarkan melalui emel-emel awak itu… tidak di Dunia sampai Akhirat… Wassalam…

Emosi kan…. Cukuplah kot… Manusia macam ni perlu wujud di muka bumi ini coz Tuhan uji aku dengan adanya manusia ini… Anyway… Thank you Allah…

Okay la… habis dah bab tu…

MPN – majlis yang nak pecah kepala dibuatnya. Sangat bersyukur coz dah berakhir… Cuma ada beberapa perkara yang kalau fikir balik hmmm…kenapa yer?
1. Setahu aku orang yang jaga protokol tak la garang cam singa. Yang nak jerit-jerit kat orang tu kenapa? Nak suruh orang buat sesuatu untuk kita, kalau bercakap elok2 pun orang leh buat… takyah ler nak jerit2…

2. Yang salah susun tu korang, pe hal la pulak nak marah orang lain? Yang peliknya, kenapa nak marah? Kalau ko marah macam ler orang sanjung tinggi ko tuh… Ko tau tak, orang buat menda yang ko suruh dalam marah tadi… Tapi mulut diaorang tak berenti maki ko… macam-macam gelaran yang aku dengar… Ingat yer… cukup 40 kali, doa tuh…

3. Lepas tu, ko kata UPSI macam-macam… Tak ingat ker, UPSI jugak bagi jamuan kat ko… Tak banyak, sikit ko telan jugak, tak rasa semacam ker tekak ko tuh… Ngata-ngata orang tapi makanan dia ko sapu…ish3… tak malu ler ko nih…

4. Kawan aku kata, ala… kita buat jer… dia kan dah tua… Ha! Sebab ko dah tua la aku nak ingatkan ko… Sepatutnya masa ni la buat baik ngan orang, takler orang sumpah seranah ko…

Hmmm… mintak maap la yer… tapi aku rasa ko dah nyanyuk kot… ko ingat tak so sms aku tengah2 malam soh cari jugak menda yang ko nak… Siap kata sok pagi ko sampai nak menda tu dah ada. Ko ingat aku magician… Logik la sket…

Takper lah… kat Dunia ni jer… kan?

To all adik2 student yang membantu masa MPN – Nan, Amet, Amir, Maghfur, Ajeez, Mat, Zali, Nadiah, Fizza, Yan dan CTMas… saya sayang awak semua… Meneruskan kewujudan BRIGED? Nanti saya fikirkan…










5 comments:

  1. Puan, sabar ya. Puan kuat dan hebat!
    Kami sentiasa bersama...
    Sayang puan! <3

    ReplyDelete
  2. Puan marini.... Jangan difikirkan ya, puan marini yg saya kenali ialah iron woman! Hehehe.. Love u n miss u puan marini!

    ReplyDelete
  3. Saya juga nk berdiri di belakang Puan walaupon kite baru kena,,,,,!!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih adik2 ku... sokongan kalian membuat aku masih rasa 'hidup' di sini...

    ReplyDelete