07 July 2011

SALAH TAFSIR




Dah 18 hari aku menahan diri dari menulis blog kesayangan ini…banyak keje ker? Tak dinafikan… Sekarang pun tengah gastric nih… Lega sket kot coz dah makan ubat… sementara ubat ni berkesan keseluruhannya, baik tulis ler sket2…

Sekarang ni tengah dengar lagu Dato’ Siti Nurhaliza – Melawan Kesepian… dah letak kat dalam muzik mixpod tuh… Suara Dato’ Siti memang sedap di dengar…

Pernah dengar istilah salah tafsir tak? Contohnya macam kita suka buat andaian yang bukan-bukan tentang orang lain… Ha! Kalu tak betol jadik fitnah kan… Rasa-rasanya menda-menda nih memang dah sebati dalam diri kita… takyah nak cakap orang lain… aku pon selalu gak salah tafsir… Paling simple, bila kena marah, aku selalu rasa orang tuh dah tak suka kat aku, dah meluat (tapi mana tau betol kan… ha! Buat andaian.. Baru jer mula tulis pasal salah tafsir nih…)

Bleh tak kita nih bila jumpa ngan orang, bersangka baik jer… yang buruk tu tolak dulu tepi… Boleh ker? Rasa2 tentu tak berapa nak boleh… Selalunya bila jumpa yang muka cam penyangak dah sure kita rasa dia nak pecah rumah kan… kalau muka baik cam ustaz kita rasa dia malaikat… kalau lawa tentu segala-galanya wangi… yang tak berapa nak kiut kita rasa dia kurang segala-galanya… Semuanya sebab KITA RASA jer… Tu la salah tafsir…

Tapi apa kita nak buat kalau orang salah tafsir tentang kita… contohnya bila kita tak pegi mesyuarat berkali-kali, label kita macam-macam, tak leh harap, tak pandai buat keje, tak setaraf PRO lain… sedih? Memang ler… aku bukan malaikat… Tapi orang yang cakap tuh sedar tak kenapa menda nih jadik… Sedar tak apa yang dia dah buat menyebabkan aku jadi tak pegi mesyuarat berkali-kali tuh… Tak sedar rasanya… tapi apa kudrat aku nak pegi cakap kat dia? Hmm…betul lirik lagu Dato’ Siti tu… “apapun yang terjadi… berjalanlah tanpa henti”

Emo tol lerr Marini nih… Dah dah… ko buat sehabis daya dalam keje dia tak pandang pon, kalau ko kena marah pun ada membawa erti ker… Buat muka kesian pon lom tentu orang kesian… Sum 1 cakap kat aku tadi… Hanya yang kebal jer boleh duduk tempat awak… Aku ? Kebal? Hanya aku jer tau…

No comments:

Post a Comment