17 December 2011

Jumaat 16 Disember 2011

Kalau boleh aku nak simpan jer rasa nih… Rasa sedih dan rindu… Sakitnyer…. Tapi walau macammana pun aku buat, rasa ini tetap mengundang, ingatan pulak semakin kuat… Ya Allah… Lemahnya aku ini…

Semalam 16 Disember 2011, maknanya dah genap 2 tahun Aman takder… Apa aku buat semalam? Menyibukkan diri dengan keje… cuba melupakan kesedihan dan kerinduan… Penat memang penat balik dari bengkel dengan staf… tapi penat lagi perasaan nih…

Menekan-nekan papan keyboard kat ofis tu membawa aku meng’exploreexternal hard disk… mencari balik gambar-gambar Aman yang masih dalam simpanan… adalah beberapa keping… gambar yang sama berulang-ulang kali aku tengok, gambar yang tak mungkin berubah sampai bila2, gambar Aman pada usia yang sama dan hakikatnya kakak dia ni semakin dipanjat usia…

Ya Allah… ampunilah dosa2 Aman di dunia dan di akhirat, terangkanlah kehidupan dia di negeri sana, berikanlah Aman kelapangan dan ketenteraman, tempatkan dia di kalangan orang-orang yang Engkau redhai… Sesungguhnya kami di sini amat merinduinya dan akan bersamanya suatu hari nanti dengan izin Mu Ya Allah… Amin…

AlFatihah buat adinda Mohamed Norman bin Masdar yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Disember 2009 ketika usia hampir mencecah 23 tahun…


Gambar candid dengan Aman dan Hubby Aidilfitri 2008 - Masa ni tengah sarat mengandungkan Mikhael

No comments:

Post a Comment