02 December 2011

MOJ

Hari ni hari Jumaat… penghulu segala hari… hari yang aku niat nak keje selepas cuti panjang… tapi nampaknya memang kena teruskan cuti ni gak coz daripada malam tadi kena Diarrhea plus muntah sepanjang malam hingga ke pagi… Nightmare sungguh… Pastu gastric la plak… Alhamdulillah… ubat yang Dr. bekalkan tu masih ada dan skarang dah kurang banyak dah…

Dah 3 bulan mengharungi suasana baru…hmmm…not bad at all… pelbagai cabaran dan dugaan yang menggegar kesabaran… Tapi aku bersyukur dan terlalu bersyukur… Tuhan duga aku dengan manusia-manusia yang kurang bersih hatinya tetapi pada masa yang sama Tuhan kurniakan aku dengan insan-insan mulia yang sentiasa memberi kekuatan…

Peristiwa ‘Pakatan Sulit’ itu akan sentiasa aku kenang dan jadikan ianya sempadan… Memang benar, hati manusia ini mudah sangat menyimpan dendam… Kadang-kadang dalam nak menjayakan niat jahat, mereka sanggup berbuat apa sahaja sehingga musuh boleh dianggap kawan dan sahabat dianggap seteru… Pada hari aku dimaklumkan mengenai pakatan berkenaan, jiwa goyah seketika, perasaan remuk tiba-tiba, I’m down in a deep hurt…

Tapi Allah itu Maha Adil… Allah tunjukkan kepada hamba Nya yang lemah ini, bahawa jika kita tidak bertahan dengan ujian, maka kita akan jadi insan yang tidak bersyukur… Dan sekarang aku tidak lagi gentar dengan rancangan-rancangan jahat mereka, aku tidak akan bersembunyi dengan tohmahan yang mereka lontarkan dan aku akan berhadapan dengan apa jua dugaan itu… Doakan aku…

Cukup kot dengan monolog hati tu tadi…

Aku nak jadi seperti aku… Caner yer?! Macam ni lah… macam skang… Yer macam sekarang…. Jangan terlalu banyak bersandar pada kenangan… Caner yang dikatakan bersandar pada kenangan tuh? Hmmm… orang yang tak mahu berubah dan suka menolak perubahan… Sket2 cakap “Dah 12 tahun dah kami macam ni… elok jer”, takpon kata “Sejak dari dulu kami ni macam nih…okay jer”Kalau dari dulu tu bagos sangat takper ler… tapi dari dulu cam hampeh jugak…hehehe…terrr emo la plak aku nih… Haih... MOJ (Mak Ok Jer) tau.


Ha! Cukup kot takat tuh… nak sambung lagi kang dah jatuh mengumpat lak… sebenarnya tujuannya adalah meluahkan rasa jer… Tq pembaca sumer… I luv uols!!!

1 comment: