Salam… hari ni mungkin adalah hari yang paling
sesuai untuk aku mulakan penulisan ini… Pagi tadi berjumpa semula dengan rakan
yang baru balik cuti besalin… Tahniah atas kelahiran The Cute Princess … Kemudian
petang ini pula berjumpa dengan my dear sister yang dah lama juga tak dengar
cerita…
Semalam Matt Freud minta aku tulis cerita
tentang dia… Hmmm… Zaim Akagi pun jugak soh aku tulis… Cerita apa yang menarik
tentang mereka berdua??? Hahahaha!!! Banyak… beribu-ribu kenangan… Nantilah…
pasti saya akan coretkan sesuatu tentang kamu berdua…
Tapi hari ni aku nak tulis pasal aku dan seterusnya
adalah aku… Pasal orang yang tak suka aku jadi jahat dan tak senang aku jadi
baik…
Aku pon tak suka nak jadi jahat… tak suka nak
buat orang macam-macam… tetiba teringat balik kisah kawan aku yang buang helmet
si kucing dalam sungai…. Hahahahaha!!!! Jahat la ko!!!!
Tapi kadang-kadang aku
terfikir nak jadi jahat… terfikir nak aniaya orang… hmmm… macam calarkan kete orang
yang parking kete ikut suka ati mak abah dia… teringin nak cilikan si mulut
besar yang menjaja cerita dan fitnah… teringin nak tarik misai manusia yang
anggap dirinya dewa… hahahaha… teringin macam2… tapi yang jelas dan nyata… aku
takkan buat macam tu… aku bukan jenis yang sampai hati… aku terfikir, kalau aku
buat jahat kat orang sekali, Allah akan balas kat aku 1000 kali… Insaf jap…
Jelas sekali… ramai yang tak suka kalau aku jadi
jahat… sebab aku bukan orang jahat…
Tapi kenapa orang tak senang bila aku jadi baik…
Orang tak senang bila aku bercakap dengan berhemah… Orang tak senang bila aku memberi
mereka peluang membetulkan kesilapan diri mereka… orang tak senang bila aku cuba
memberi ruang kepada mereka berbuat kebaikan… Kenapa tak senang… aku bukan nak
jadi Malaikat… Malah aku juga jauh untuk jadi nabi…
Aku cuma mahu mereka sedar bahawa peluang
sentiasa ada untuk berubah menjadi lebih baik… Aku mahu mereka sedar bahawa kesalahan
itu akan ditutup dengan kebaikan… Aku mahu mereka sedar bahawa aku juga manusia
yang tak berhak dinilai oleh sesiapa… Siapalah aku kan…
Sekarang ni… aku cuma boleh berfikir… berfikir
balik mengenai diri, tugas dan tanggungjawab… berfikir mengenai nasihat
seseorang kepada aku… Sampai macammana kita ni nak jaga orang supaya orang tu boleh
masuk syurga… Kepada waris kita pun belum tentu kita boleh jaga sampai macam tu
kan…
No comments:
Post a Comment