Kalau fikir
sangat memang buleh gila… memang buleh gila punya lah… gerenti kerat jari la
wehhh…
Kisah mesyuarat sulit nak menyingkirkan aku takleh nak cakap la kan… dah
berulang-ulang… leh buat buku dah kot agenda depa tu… Tapi Tuhan masih belum
mengizinkan niat mereka itu tercapai… Ada hikmahnya kenapa aku masih di sini…
Mungkin ada lagi perkara yang belum sempat aku tunaikan di sini… Kalau macam tu…
Izinkan aku berkata kepada mereka2 itu… Sabarlah wahai ‘sahabat’2 yang mahu
melihat aku melangkah dari sini… Suatu hari nanti, Tuhan akan izinkan perkara2
tidak baik itu untuk berlaku sebab Tuhan mahu kamu semua lihat kesannya andai
perkara yang sama berlaku kepada orang yang kamu sayang dan cinta… Dan pada
masa itu mungkinkah kamu menyesal? Wallahu a’alam…
Lagi satu kisah
surat layang melayang tu… Nak jawab kat penulis tu, tak tau la plak sapa… Nak
melalak bagitau satu dunia pun tak guna… Jadi meh aku nak jawab kat sini…
Kepada yang
dihormati Tuan Penulis Warkah Layangan Tanpa Nama,
Terima kasih
atas layangan warkah ‘indah’ saudara itu. Alhamdulillah… akhirnya ada juga yang
mahu menulis secebis walau dalam keadaan saudara yang amat ketakutan (bimbang
sekiranya diketahui orang, maka tindakan akan di ambil kepada saudara).
Saudara,
walaupun tujuan sebenar warkah itu bukan untuk saya, tapi saudara telahpun menulis beberapa
baris ayat mengenai saya. Alhamdulillah… terlintas juga nama saya difikiran ‘high
class’ saudara itu. Cuma satu saudara, apa yang saudara tulis itu tidak benar
dan merupakan fitnah ke atas saya,. Pada mulanya saya sedih, tapi bila
memikirkan bahawa saya lebih berani untuk menyatakan kebenaran berbanding
saudara yang hanya tahu lempar batu sembunyi tangan… saya jadi redha… Insya
Allah, saya tidak takut kerana saya tahu saya berada di pihak yang benar. Untuk
saudara pula, demi Allah saya tidak akan sekali-kali maafkan saudara di dunia dan
di akhirat melainkan saudara datang sendiri berjumpa dan meminta maaf daripada
saya. Betullah kata orang kan… dosa kita dengan Tuhan, lebih mudah caranya
untuk memohon keampunan berbanding dosa kita dengan manusia yang mungkin hanya
sekali sahaja kita berjumpa di dunia kan…
Mengenai isi kandungan
lain warkah itu, fikir2 lah saudara… Andai benar, bukan tugas saudara membuka
aib orang kerana Allah akan buka aib saudara nanti… Tapi andai tidak benar,
maka yang saudara sebarkan itu adalah fitnah… Tahu kan apa hukumnya? Saya bukan
ada PhD pun nak menasihatkan saudara… hehehe
Itu jer la kot
yang saya nak tulis… Kalau panjang sangat, nanti kena wat journal la plak…
P.S to all my dearest friends: Ada petua tak macammana nak buat supaya kucing tu tak menyalak macam hanjing... (kenyataan ini x der kaitan ngan gambar tu yer...:))
No comments:
Post a Comment