14 June 2007

Kita dan Orang Lain

Selalunya meeting yang ini akan diakhiri dengan pelbagai isu termasuklah KONTROVERSI. Kenapa yer... salah satu sebab mudah adalah KITA TAK SUKA DINILAI. Tapi sedar atau tidak, penilaian sentiasa berlaku. Setiap hari kita menilai diri kita dan orang lain. Lebih senang jika kita kata kita ini suka MEMBANDING. Kita bandingkan apa yang kita dapat dengan apa yang orang lain dapat. Kita banding siapa yang lebih baik sama ada kita atau orang lain. Cuba kita tukar membanding itu menjadi MUHASABAH. Muhasabah kenapa kita tak dapat apa yang orang lain perolehi atau kita muhasabah kenapa kita tak boleh sebaik orang lain. Jawapan yang lebih positif akan kita perolehi. Kita akan lebih redha dengan takdir yang ditentukan.

Dalam hati kita ini ada sekelumit rasa yang kita tak tahu nak kategorikan sebagai apa kerana kadangkala kita jadi baik sangat dan kadangkala kita boleh jadi kejam. Jangan menidakkan rasa ini kerana itulah emosi. Kalau kita terlalu mengawal emosi, kita kejam pada diri. Tapi kalau terlalu mengikut emosi, kita jadi kejam pada orang lain.

Sambung balik kisah meeting tadi, aku teringat pada kata-kata seseorang yang pernah aku tak berapa baik. Katanya, "Darjat Orang Yang Berilmu itu lebih Tinggi daripada Orang Yang tidak Berilmu". Masa tu aku marah coz dia cuba nak bagitau yang sebenarnya dia lebih baik coz ada Master berbanding aku yang cuma ada degree cabuk jer. Tapi dia tak fikir bahawa penilaian ilmu tidak setakat di atas kertas sahaja. Itu yang membuatkan aku senyum sendiri bila terkenang mengenai "seseorang" yang mengaku ketua tapi sebanarnya mendedahkan kebodohan sendiri.

So my dear auditors, jangan patah semangat coz orang-orang macam ini lah yang mendedahkan kita kepada term "berkebolehan" menjadi ketua. Dah lah tak pandai menari, cakap pulak lantai yang tinggi rendah. Tapi resam didunia ini, manusia yang tak pandai menari inilah yang selalu dianggap koreografer TERBAIK. Sama ada nak ikut rentak dia atau berdiam sahaja, nilai lah....