31 July 2010

Julai bakal pergi...

Dah kol berapa nih...aku kat ofis...hari Sabtu 31 Julai 2010. Hari terakhir bulan Julai... Pastu teringat nak upload MIXPOD kat sebelah. Dengarkan muzik2 sentimental ini semoga dapat menenangkan hati yang resah dan gundah...

Seharian aku mereka-reka pantun... Leh la... Bukan leh claim royalti pon...
Kat kepala hari ni teringat kat MAK... Si Tanggang ke aku ni... Lama rasanya tak balik kampung. Lama jugak rasanya tak call MAK... Sok aku janji call MAK..

Hujung minggu depan ingat nak beli barang-barang dapur coz dekat sangat dah nak puasa tapi nampaknya terpaksa tangguh jap... KPT panggil meeting kat UUM. Keje lagi...

Hari terakhir bulan Julai ni... flashback balik apa yang aku dah buat sepanjang bulan... apa yer... Kalau pasal keje, takyah tulis lah... banyak sangat. Leh kata Sabtu dan Ahad bulan Julai aku mesti keje. Kalau tak outstation mesti terpaku depan PC dalam ofis.

Abis tuh nak tulis apa nih... Hmm.. tulis tiga perkara paling melekat dalam ingatan...

1. Reunion 25 Julai 2010. Insya Allah...sampai bila2 akan aku kenang..
2. BRIGED BHKA mulakan langkah baru dengan aku...
3. Setelah setengah bulan baru aku dapat bagi hadiah tu..

Itu jer ker...? Itu jer kot... aku nak balik rumah dah nih... Sure Mikhael tengah tunggu Mummy... Kakak ngan Abang? Mesti dah tido…

Gambar dengan MAK tahun 2008 kat Langkawi. Memang aku chubby coz tengah pregnant Mikhael masa ni.. Aku sayang MAK..

30 July 2010

Tak mo pikir...

Ish takkan ler… I’m waiting for something but just now I heard something not really good… Hopefully it’s not true… Kalau tak, caner? Hmmm… caner yer….

Itu lah kehidupan…Tak abis2 ngan mas-elah. Bila nak selesai nih… Baru abis satu muncul lak yang len… Bagi yang terus berfikir mengenai mas-elah akan terus2 dirundung sedih. Tapi bagi yang tak pikir langsung tak rasa ker tanggungjawab? Huh… Aku dalam golongan mana nih…?

Hari ni kalau boleh taknak pikir lagi mengenai mas-elah tapi dah terang2 kena pikir…caner? Okaylah2… Jom pikir menda happy hari nih…

Hmm apa yer… Ha! Hari ni Ika datang… macam tu jugak dia… Yer la takkan dah berubah kot…baru nak masuk 2 bulan tak jumpa. Kali ni datang ngan kawan dia Nabila @ Nab..Hahaha jangan marah yer…

Me & Nabila
Satu menda yang sempat buat sama2 adalah MAKAN. Ika dan makan takleh dipisahkan...hehehe... Di samping menjamu selera sempat jugaklah menjamu mata... Buktinya ...
Okay la tu... Bila lagi kan... Ika dan Azrul Faiz @ Ayoi... Anyway... TQ to adik2 yang turut serta menjadi pengiring (termasuk aku)..

Jangan lupa kat Khalil coz dia pon masuk senarai..

Hmmm...aku nak pikir jugak pasal mas-elah aku nih...caner...

28 July 2010

Penat untuk esok

Penatnya malam nih... Yang last sekali tinggal aku, Nan, Ayoi, Daoh, Din, Hafiz dan budak kecik Khalil tuh...

Yang aku tak dapat nak sebut tu jangan la kecik hati. Adik-adik memang banyak sangat menolong. Sok kita ambil gambar-ramai2. Akan ku upload dalam blog ini. Semoga semua yang kita rancang menjadi kenyataan yer… Luv U ols…

27 July 2010

MENYEMBUNYIKAN PERASAAN AKU YANG SEDIH...

Satu perkara yang diaorang kata aku fail giler adalah MENYEMBUNYIKAN PERASAAN AKU YANG SEDIH. Yang sebenarnya aku akan fail bila aku rasa orang tu tahu aku sedih macam mana dan tahu lemahnya suara aku di mana. Tapi orang yang tak kenal memang tak tahu...

Sekarang nih caner... saper yang dengar suara aku hari ni akan tau aku sedih ke, marah ke, happy ker atau rindu... Hmmm...aku letih....

26 July 2010

Dah 20 tahun rupa2 nya






Dah 20 tahun rupa2 nya persahabatan ini...

25 Julai 2010 aku pilih putih (tudung jer ada twinkle2 little stars) untuk reunion ngan kengkawan di Quality Hotel Jalan Raja Laut. Sebetolnya aku excited sangat sampai tak tau nak pakai baju apa. Tau tak sebab apa, aku nervous giler nak jumpa kengkawan (cam nak jumpa buah hati)... Last aku jumpa kengkawan aku nih kira2 18 tahun lepas. Makan belas tuh...

Bertolak dari rumah tepat jam 10 pagi sampai kat depan hotel tu jam 10.45 (laju tol aku bawak...). Tapi parking nyer hal, berpusing-pusing ler sampai kol 11 pagi baru dapat parking kat Sogo. Pastu jalan kaki sampai depan hotel. Sampai kat depan lobby nampak satu group (yang bajet cam tengah tunggu kawan gak). Tapi naper satu muka pon aku tak kenal... (teruk tol aku nih...takkan sampai lupa ingatan cam nih...). Dihujung2 telinga dengar la plak suara2 yang dikenali... Hahahaha!!! Kat penjuru kanan ni rupa2nya kawan2 aku. Alamak...rindunyer kat korang...


Reunion ini benar2 membuka hati aku, aku perlukan sahabat2 ini bukan untuk 20 tahun lagi tapi untuk selamanya...

N3 ini aku nak ucapkan terima kasih buat dua sahabat ini...

Zurlyza Zainuddin - aku dapat hadiah dari dia. TQ Zuly...


My dearest Lailatul Asmah Mohd. Tahir @ MA. Pembaca tegar blog aku... Form 1 sampai form 3 banyak kisah aku kongsi dengan MA. Luv U 4 eva...

23 July 2010

Dengar tak lagu raya tu?

Mood raya? Takder kot… Lagu2 raya yang aku upload ni semata-mata mengingatkan aku bahawa raya ni hanya untuk anak-anak… Untuk aku? Tak perlu coz

1. Adik aku takder… hari ni dah 7 bulan lebih dia pergi untuk selamanya… (Siapalah yang tahu hati aku...)
2. Mak aku mesti takleh menghadapi suasana ni… Kalau mak aku takleh ingat aku boleh ker?
3. Aku tak happy langsung untuk raya nih...

Cuma aku tertunggu-tunggu hari ahad ni 25 Julai 2010. Reunion ngan sahabat-sahabat lama yang last aku jumpa masa form 3. Macam mana diaorang??? Tak sabarnya... Nanti upload gambar lepas 18 tahun tak jumpa!!!

22 July 2010

Macam2 untuk hari ni

Apa N3 untuk hari ni...? Hmmm... untuk minggu nih, hari ni first day aku keje. Cuti lama coz Mikhael tak sihat. Kena sakit Tangan, Kaki dan Mulut. Tangan ngan kaki rashes, dalam mulut ngan lidah plak ulser penuh. Kesian anak aku... nak makan pon tak lepas. Bila dia nangis... aku takleh ler nak tahan airmata... Last2 bila tengok Mummy nangis dia plak diam... Aku sampai takleh buat apa2 untuk Mikhael… Masa ni aku rasa I’m the worst mother in the world!!!

Tapi hari ni Mikhael dah ceria balik, so Mummy leh g keje…

Sepanjang Mikhael tak sihat, handphone aku pon ‘tak sihat’. So, sesapa yang call atau bagi mesej tu mintak maaf coz tak leh answer call dan takleh nak reply sms.


Ryzal… saya dah baca N3 Ryzal. Tq dear… Untuk Ryzal, saya sokong pandangan Ryzal. Apa yang Ryzal tonjolkan adalah personality… Sikap, pandangan, pemikiran dan tingkahlaku adalah personality… Ianya akan berubah seiiring dengan usia. Cuma perubahan itu takkan ketara sangat. Apa yang kita pamerkan dengan personality adalah diri kita yang sebenar… Takleh nak berlakon nyer… Tambahkan dengan ethics, skills and knowledge, kita akan jadi superb!! Okay kot tuh… Wahhhh gitew….

Hari ni aku nak ucap terima kasih untuk my dear friend Irawati di KPT coz lama tak jumpa dia... pastu dapat jumpa masa g KPT 15 Julai ari tuh…


Juga untuk adik kesayangan aku MANJE @ Mariani kerana mengingatkan aku sesuatu yang mungkin aku hampir lupa… Tq dear… Akak sayang Anje...

17 July 2010

Bila orang kata aku cam tak kawen lagi ...


Yang seronok...
1. Of coz la nak melompat lebih tinggi... yer la… dah ada anak 3 beb… nampak cam ikhlas jer cakap tapi dalam hati dia sapa yang tau... Suker hati korang ler nak cakap apa... tapi seronok gak...hehehehe (hari perasan aku nih...)

Hmmm.... yang seronok nya satu tu jer... Yg TAK SERONOKNYA BANYAK....
1. Mula la keje datang sedebuk.
2. Leh tido ofis kalau nak siapkan keje.
3. Abis keje lewat malam.
4. Buat keje ngalahkan Menteri.
5. Orang tak tau yang aku nih ada tanggungjawab lain.
6. Panggil buat keje tengah2 malam buta.
7. Kena g meeting hari cuti.
8. Orang len cuti aku keje.
9. Orang len keje aku lagi banyak keje.
10. Orang len takder keje coz dah bagi keje kat aku...

So seronok ker kalo orang kata aku cam tak kawen lagi???

Anyway... Terima kasih kat adik2 yang bersama-sama ke ANM semalam. Korang memang HAPPENING!!!! Terima kasih Adnan, Ryzal dan yang lain2 tu... Tak dapat nak tulis coz ramai sangat.
(Aku memang suka gambar nih... Nampak natural...saper yang natural? Dah tentu aku lah...hahaha...sowi Nan..Tq Ryzal...)
(Ryzal mengaplikasikan sepenuhnya camera barunya...)
Juga untuk Faiz di Memorial Tuanku Abdul Rahman... Tq dear.
(Nan memang suker giler dapat buat kat aku macam tuh...so aku upload ler gambar nih...)

12 July 2010

UPSI banjir



Hari ini jalan di UPSI banjir. Bukan dengan air bah tetapi melimpah dengan pelajar-pelajar yang memulakan semester pengajian. Kerja di fakulti mula menyesak. Tak lihat lagi di Bahagian Akademik, PTPM, HEPA, Library dan semua bahagian lain di UPSI. Ye la... semua jabatan menyumbang untuk core business ini.

Aku plak caner? Hari ni okay ... Cuma sedang berfikir. Untuk apa? Hmmm...biarlah RAHSIA. Rahsia cuma satu perkara saja...yang lain kita share yer...
1. Fikir tentang event yang akan berlangsung bulan nih. Yang dah masuk diari:
- MoU UPSI ngan SUC... Takdan buat follow up lagi... Sok pepagi kot…Tapi tak sedap hati la plak… Jom call Kak Anum!
- Konsert Gema Simfoni… start sok pagi minta Bell & Bb buat confirmation… Sebelum tu…senarai tu kat ner yer… Aku dah mintak kat Bell ke blom… Cis! Lupa lak…
- Persidangan Serantau Pengajian Islam… Hmmm… kena g plak sana nih… perasmian jer…ok kot…
- Selangkah ke Universiti… Huhuhu…banyak nak kena buat nih… Satu kawasan belum serah lagi senarai. Kad caner? OTW... MPP??? Ni blom lagi nih... Penceramah plak... sakit jiwa cini...
2. Fikir 16 hb ni perkisahan Darurat kat ANM... Tadi diaorg call... Banyak nak fikir nih... Zaim Akagi!!! Meh tolong saya cepat!!! Bas caner? Bell dah tolong booking tadi… Tadi...??
3. Fikir 31 hb ni kena g UUM. Mesyuarat ngan KPT – BITARA, PPA, ADUAN... Ha! Amik ko, 3 skali...
4. Fikir sempat tak staf BHKA ni siapkan MPKFM sebelum 20 hb nih... Sempat kot... Tapi aku... Cam rasa tak berapa nak sempat...
5. Fikir tentang Briged BHKA...
6. Fikir tentang anak2...
7. Fikir tentang siapa yang fikir aku (ish3... sempat gak nak fikir tuh...)

Untuk N3 kali ni aku nak ucap terima kasih untuk staf aku Ikin coz banyak sangat keje yang dia dah tolong hari ni... Tq dear

09 July 2010

Bila nak , taknak DAN sepatutnya...


1. Bila kita nak seseorang, kita berusaha memikat hatinya, keluarganya, kawan2nya. Macam-macam kita buat. Sanggup meredah hujan dan panas terik supaya dapat berjumpa setiap hari. Kalau dia dah ada boifren/gelfren sanggup cari jalan supaya diorang putus. Kalau ada orang ngorat dia, kita sanggup g berperang ngan orang tuh... Bak kata orang dunia ini milik kita berdua… Pendek kata until death do us apart ... Fuh! Jiwang karat...

Tapi bila kita taknak dia, senang jer…campak macam kain buruk. Macam2 kita komplen. Masak tak sedap lah, tak pandai kemas rumah, tak tahu didik anak, rupa dah tak cun lagi, perut dah boroi..bla..bla…bla…

Sepatutnya bila kita nak, kita pastikan dia pun nak jugak kat kita. Kalau kita sorang je yang terhegeh-hegeh wat per... Sakit jiwa nanti. Bila kita dah taknak, cari jalan yang paling baik supaya rasa taknak tu tak tukar jadi benci...

2. Bila kita nak naik pangkat, memang berusaha bersungguh-sungguh. Kita suka bila orang nampak kita buat kerja. Kononnya takder orang lain yang lebih daripada kita. Seolah-olah kalau kita takder maka lingkuplah oraganisasi. Jumpa boss plak kalau bleh nak cium tapak kaki boss. Boss bagi lah tugas apapun coz kitalah yang paling pandai buat...

Bila kita tak jadi naik pangkat, kitalah orang paling frust dalam dunia. Mulalah kita seranah orang lain. Kadang2 boss pun termasuk dalam sumpah jugak. Kalau boleh masa tu jugak nak berhenti keje. Jumpa boss pun dah hilang senyum. Ungkitlah yang kita dah buat tu dah buat nih tapi orang tak pandang... This is the end of the world...

Sepatutnya bila kita nak naik pangkat, ikhlaslah dalam tindakan. Tak perlulah nak show off. Dan bila kita tak jadi naik pangkat, redhalah... itu bukan rezeki kita. Ada orang lain yang lebih berhak. Mana kita tahu. Kita rasa orang dapat tu tak patut dapat coz dia anak orang kaya atau kurang buat keje atau sebab-sebab yang lain. Tapi mungkin dia tak kaya, yang kaya tu bapak dia atau keje yang dia buat tu nampak kurang tapi impaknya lebih... Kita mana tau...

Tu baru dua situasi jer...ada jutaan lagi perkara dalam dunia ni bila kita nak, taknak dan sepatutnya...


Mungkin hari ni hari biol aku kot coz dari pagi asyik dengar lagu raya... Walaupun raya lambat lagi tapi lagu yang paling sedap didengar hari ini adalah SENANDUNG HARI RAYA UNTUKMU…

Hmmm... hari ni nak ucap terima kasih pada Kak Engku UPSI (Saper lagi kalau bukan Tengku Raudah Tengku Razman ) ngan Kak Anum @ Puan Mahanum Mohamad ...... Tq akak berdua coz selamatkan saya hari ni...

06 July 2010

Gagah dan tabah

Rifad call semalam... cam biasa... dia sms dulu “ Beb tlg aku”...terfikir gak amende yang aku leh tolong dia. Rupa2nya ada hal pasal keje... Tp sowi ler beb ...aku bz sgt ri nih... Perut aku plak tak okay lagi. Silap ari bulan tergolek lak aku kat sini...

Citer pasal semalam...kena gastrik lagi... Telah ku cuba menangkis serangan tapi tak daya... Last2 atas katil jer la tempat aku... Sedih sangat coz puluhan calls tak dapat aku jwb...mintak maaf kat semua yer...

Hari ni walaupun sakit tapi aku terpaksa jadi manusia gagah dan tabah...huhuhu... Melangkah dengan penuh semangat berbakti kepada universiti (dalam hati... cheeeeewaaahhh). Hmmm... gambar ni tanda aku ada kat tempat kejadian masa perasmian Cross Cultural Teaching in Malaysia. Bebudak Michigan State University ni memang kiut miut. Buktinya...

Inilah keluarga En. Zul (staf UPSI) dan isteri Cikgu Maznah dan anak angkat diaorang Alicia Boyers... Yang tepi skali sebelah kiri tu Mr. Sasi!

Bila sebut mengenai tabah ini aku jadi down sekejap. Macam mana nak jadi tabah? Aku persoalkan diri aku nih.. Bila g tengok orang sakit, airmata mula mengalir. Kena marah, aku nangis, tengok citer sedeh sket pon aku dah nangis, dengar orang nangis pon aku leh nangis!! Tak leh tahan ler... Blom lagi pasal kehilangan, pasal kehidupan (yang memang dah sure2 nangis nyer...), pasal hati dan perasaan...

Rapuh betul hati aku nih... Macam Faiz cakap kat aku, kata rock tapi dalam hati ada taman... hehehe...camtu lah kot... Rock tu rock jugak tapi yang jenis sentimental perabis nih… Hmmm…biarlah aku fikir…fikir sampai bila? Sampai bila2 kot…

Today is Daksya’s birthday. Sedikit sambutan untuk dia… Nyaris tak sakit jantung katanya…hahaha… Yang special bila minah2 saleh dengan si Darius tuh nyanyi lagu birthday dalam bahasa Melayu!! Best kan Daksya!



Macam biasa, sebelum penutup N3 ni aku nak ucap terima kasih . Kali ni untuk hubby, Az-1 (bunyi Azwan) coz tolong uruskan anak2 semalam (masa aku sakit) dan bawa aku g klinik yang akhirnya dia tak g keje langsung... Tq dear...

02 July 2010

Macam mana rasanya kecewa...

Sakit hati... bad mood...terasa tidak dihargai...rasa down giler... nak meraung... tiada rasa nak senyum... give up...Itulah antara rasa bila kecewa.

Banyak peristiwa yang menyebabkan rasa kecewa. Dalam keje kita kecewa bila Boss tak hargai, staf pulak tak leh nak bagi kerjasama (tapi bukan Boss dan staf aku yer...). Takpun kita kecewa bila pendapat dan pandangan kita tak dipandang walau sebelah mata sedangkan kita ni nak menolong organisasi. Ataupun kita kecewa dengan keputusan ahli keluarga yang membelakangkan kita bila membuat keputusan.

Tapi rata-ratanya kecewa sebab cinta... Biasa la tuh... kecewa putus cinta...cinta tak berbalas...boifren/girlfren dah ada orang lain... dan macam-macam jenis kecewa sebab cinta... So nasihat aku jangan main API okay... Tapi kalau dah rasa bersedia ngan pili bomba takper nak cari API BESAR pon okay...hehehe

Apa aku merepek nih... Hmmm... kecewa juga boleh disebabkan oleh kata-kata. Kadang-kadang bukan sebab boss ke, staf ke, family ker atau cinta tapi sebab kata-kata orang lain. Mungkin orang itu tak maksudkan apa2 tapi kita kecewa kerana perkataan itu keluar daripada mulut orang yang kita tak jangka akan menuturkannya... Ahhhh...kecewanya rasa.... Bila kita terlalu mengharap pun kita akan kecewa... Harapan punyalah tinggi tapi dah tinggal harapan sahaja... Ni satu lagi kecewa...

Aku kecewa ker hari ni... mungkin yer kot...

Anyway, hari ni aku nak ucapkan terima kasih to Amir Batrisya kerana berkongsi cerita dengan aku dan tak marah bila aku tegur dia jadi MC. Ingatan buat Amir, practice makes perfect...Tq dear...

01 July 2010

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG...

Ni plak lagu Imran Ajmain yang dah beberapa hari ni merajai hati... Suara dia...perghh...tacing giler... Untuk hiburan...terimalah SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG...

(By the way, today is Rifad's birthday...Happy birthday tapi lagu ni takder kena mengena ngan dia langsung... Untuk Rifad nanti aku cari lagu len...hahahaha!!!)

Tadi a friend singgah. Walaupun atas urusan keje, tapi terima kasih kerana masih lagi mengingati aku...

A big thank today for Abang Zul @ Abang Chik @ Encik Zulfakhri Sulaiman