31 March 2012

DEWA


Manusia ni kalau di suruh buat list ketidak puasan hati, tujuh lautan dakwat pun belum tentu habis tulis lagi senarainya… Macam2 yang kita tak puas hati… sebab yang paling banyak kita akan tulis adalah pasal orang laen… Kenapa? Coz kita rasa kitalah paling sempurna, paling bagus, paling baik… senang cakap, TAHAP DEWA… Haih…

Sedar atau tidak, kenapa kita tak puas hati ngan orang laen? Hmm… sebab musababnya bila kita rasa orang laen itu sepatutnya kurang daripada kita, kita rasa orang laen tu patut dengar cakap kita, patut tunduk dengan kita… Ego nya kita kan??? Bila kita dah macam tu… rasa2nya leh tak kita tido lena … Hah! Gerenti kerat jari nyer la, tentu TAK BOLEH… Kenapa tak boleh??  Coz siang malam kita asyik fikir tentang orang tu… Asyik fikir bagaimana nak jatuhkan dia… Kalau boleh dengan cara yang paling memalukan dia…. Ish3… jahatnya fikiran kita yer… Fikiran tak jahat, tapi hati kita yang BUSUK…

Tak boleh ker kita hidup dengan kedamaian, tak ader dalam hati tu untuk menjaga kepentingan sendiri, fikir orang laen juga… Dalam dunia ni, semua orang sama, walaupun tua, walaupun muda, walaupun pangkat tinggi, walaupun x der keje… sama jer…  Semua orang  akan makan bila lapar, takder yang leh kenyang hanya dengan dengan berfikir jer… Semua orang akan tidur bila mengantuk, takder yang boleh tahan mata dengan hanya telan ubat… Kan sama jer kita nih… baik ker, jahat ker, pandai ker tau bodoh tetap sama , takder DEWA dikalangan kita nih…

So, to that person, saya sangat tahu awak sangat tak puas hati dengan saya… Saya tidak tahu kenapa, tapi awak menjajanya di kalangan rakan-rakan saya, yang akhirnya of coz la sampai juga ke telinga saya… Alhamdulillah dan terima kasih… sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang telah mengiktiraf dirinya DEWA kan?? Saya?? Saya cuma HAMBA ALLAH….


15 March 2012

Redha dan Pasrah

Banyak nak kena fikir... lagi banyak nak kena buat... At this point I do not need an intelligent mind that speaks, but a patient heart that listens... 

Apa yang boleh saya buat selain redha dan pasrah pada keadaan... Tapi dalam Ombak Rindu kata... Redha itu Ikhlas dan Pasrah itu Menyerah... Redhakah saya? Takkan saya boleh pasrah begitu sahaja...?

Tapi saya sangat3 percaya dengan HIKMAH... Memang benar.. sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya... Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Dan apabila saya sedar tentang HIKMAH ini maka saya Redha dan Pasrah...





 Saya teringat adik2 ini...
 P.S Yang lain kat dalam FB saya...

07 March 2012

JOM REDAH


Cam best plak dok dengar lagu2 Kak Ziana ni... 

 
Jam dah kol 7 malam...hujan makin lebat... Nak redah ker nak tunggu... haih... takut terrrr demam plak... esok ader meeting penting... kena ngadap lagi muka ‘insan itu’... kalau boleh jangan la dia ungkit perkara itu... dah sudah tu sudah lah... hati aku dah luka... bukan boleh baik serta merta... kalau boleh aku tak mo tengok muka dia... walaupun dia dah minta maaf... ish.. keras gak hati nih...


Jeling jap kat report kehadiran... tetiba rasa nyampah plak... poyo ler mamat nih... heran pon ader... biasanya orang naik beskal... tapi dia ni beskal yang naik orang...  Pastu selak plak reports pasal insiden tu... Mana plak peranan si beskal buruk nih... takder laaaa... apa la mamat nih buat dok kat sana tu?  Sakit kepala pikir... ader dia pikir pasal aku tak? Huh!! Gerenti kerat jari laaaa... dia musti pikir punya... 

Alahai... bila la ujan nak berenti nih... rindu sangat kat anak3... Hmmm... tak kira la ujan tak ujan.... JOM REDAH!!!!


01 March 2012

I am hurt... :(

Asalnya nak menulis tentang kisah baru jer berlaku tadi... Akhirnya setelah menulis separuh jalan, hanya keburukan orang jer yang aku senaraikan... Sangat tidak bagus!! At last, aku tulis tentang aku dan ujian yang Tuhan beri untuk aku pada hari ini.

· Tuhan menguji aku dengan hamburan kata-kata amarah orang yang menusuk ke tulang hitam...
· Tuhan menguji aku dengan airmata yang bergenang...
· Tuhan menguji aku dengan memberi kemaafan
· Tuhan menguji aku dengan kesabaran
· Tuhan menguji aku dengan keinsafan...

Tuhan sahaja yang tahu bahawa aku redha dengan kata-kata ‘insan itu’... Tuhan sahaja yang tahu bahawa aku tidak membenci ‘insan itu’... Tuhan sahaja yang tahu bahawa aku masih memandang tinggi kepada ‘insan itu’... Tuhan sahaja yang tahu bahawa aku amat menghargai keikhlasan permohonan maaf 'insan itu'...

Tapi Tuhan juga tahu bahawa hati aku sangat terluka kerana 'insan itu'...