05 July 2012

Jangan Fikir

Kalau fikir sangat memang buleh gila… memang buleh gila punya lah… gerenti kerat jari la wehhh… 

Kisah mesyuarat sulit nak menyingkirkan aku takleh nak cakap la kan… dah berulang-ulang… leh buat buku dah kot agenda depa tu… Tapi Tuhan masih belum mengizinkan niat mereka itu tercapai… Ada hikmahnya kenapa aku masih di sini… Mungkin ada lagi perkara yang belum sempat aku tunaikan di sini… Kalau macam tu… Izinkan aku berkata kepada mereka2 itu… Sabarlah wahai ‘sahabat’2 yang mahu melihat aku melangkah dari sini… Suatu hari nanti, Tuhan akan izinkan perkara2 tidak baik itu untuk berlaku sebab Tuhan mahu kamu semua lihat kesannya andai perkara yang sama berlaku kepada orang yang kamu sayang dan cinta… Dan pada masa itu mungkinkah kamu menyesal? Wallahu a’alam…

Lagi satu kisah surat layang melayang tu… Nak jawab kat penulis tu, tak tau la plak sapa… Nak melalak bagitau satu dunia pun tak guna… Jadi meh aku nak jawab kat sini…

Kepada yang dihormati Tuan Penulis Warkah Layangan Tanpa Nama,

Terima kasih atas layangan warkah ‘indah’ saudara itu. Alhamdulillah… akhirnya ada juga yang mahu menulis secebis walau dalam keadaan saudara yang amat ketakutan (bimbang sekiranya diketahui orang, maka tindakan akan di ambil kepada saudara). 

Saudara, walaupun tujuan sebenar warkah itu bukan untuk saya, tapi saudara telahpun menulis beberapa baris ayat mengenai saya. Alhamdulillah… terlintas juga nama saya difikiran ‘high class’ saudara itu. Cuma satu saudara, apa yang saudara tulis itu tidak benar dan merupakan fitnah ke atas saya,. Pada mulanya saya sedih, tapi bila memikirkan bahawa saya lebih berani untuk menyatakan kebenaran berbanding saudara yang hanya tahu lempar batu sembunyi tangan… saya jadi redha… Insya Allah, saya tidak takut kerana saya tahu saya berada di pihak yang benar. Untuk saudara pula, demi Allah saya tidak akan sekali-kali maafkan saudara di dunia dan di akhirat melainkan saudara datang sendiri berjumpa dan meminta maaf daripada saya. Betullah kata orang kan… dosa kita dengan Tuhan, lebih mudah caranya untuk memohon keampunan berbanding dosa kita dengan manusia yang mungkin hanya sekali sahaja kita berjumpa di dunia kan…

Mengenai isi kandungan lain warkah itu, fikir2 lah saudara… Andai benar, bukan tugas saudara membuka aib orang kerana Allah akan buka aib saudara nanti… Tapi andai tidak benar, maka yang saudara sebarkan itu adalah fitnah… Tahu kan apa hukumnya? Saya bukan ada PhD pun nak menasihatkan saudara… hehehe
Itu jer la kot yang saya nak tulis… Kalau panjang sangat, nanti kena wat journal la plak…

Hmmm… kepada yang ingat kami-kami kat ofis ni yang tulis warkah indah tu… hentikan lah… Takder faedah kami nak mengata orang dalam surat layang… Daripada fitnah macam-macam, baik kami report polis jer la kot… biar dibuktikan dengan jelas… tak payah selindung2.. Hmm… why not!! Hehehe… kang takut plak ada yang terpaksa buat PC kot untuk permohonan maaf secara terbuka… UUppppssss….hehehehe


P.S to all my dearest friends: Ada petua tak macammana nak buat supaya kucing tu tak menyalak macam hanjing... (kenyataan ini x der kaitan ngan gambar tu yer...:))