31 December 2007

Buke dan Sally

Semalam gi SOGO. Niat di hati nak cari handbag. Tapi tak dapat. Areez dan Alice mintak jaket, so, Mommy dengan baik hatinya telah beli untuk dua budak nakal tuh. Tengah pilih-pilih jaket, tetiba ader orang tegur. Subhanallah... Buke rupanyer... Lama tak jumpa. Last jumpa masa graduation day dulu. Buke pon tengah shopping dengan Sally, dulu kosmet dan dah jadi husband/wife dah. Teringat kisah diaorang yang mana melibatkan aku jugak. Skarang Buke dah bahagia dengan Sally dengan kehadiran 2 puteri yang aku jumpa smalam. Tak sangka jugak anak-anak kita sebaya. Aku takkan lupa apa yang ko buat untuk aku dulu. Thanx Buddy...jasamu ku kenang. Selamat berangkat untuk further study. Balik nanti ko jadi Dr. Bukryman bin Sabri. Bangga aku..

DING DONG

Pepagi lagi, tengah-tengah nak naik ofis, sorang pompuan ni tepon. Cakap cam bagus jer, yer la dia buat PR kat private company so memang ler dia rasa cam bagus. Tapi kat sini bukan ler aku nak citer pasal dia rasa dia bagus tapi pasal PR dia yang "bagus" tu.

Dia nak invite staf UPSI gi ceramah agama company dia buat. Nak bagi kad jemputan. Ok la tuh. Yang tak best nyer, dia nak mende nih segera. Dia ingat dalam senarai tugas aku layan dia jer. Mula-mula mintak tolong opis aku edarkan, aku kata ok la, hantar ler kat opis. Pastu dia kata nak masuk pegion-hole sendiri. Aku kata boleh, tapi buat ler surat sket, hari Rabu baru bleh edar coz PAR cuti. Pastu dia kata nak edar kat bilik-bilik pensyarah. Aku kata no problem tapi kena ada surat kelulusan dulu coz salah kalau buat promosi cam nih dan tak dapat kebenaran, pengawal keselamatan bleh ambil tindakan. Kira cam ceroboh ler (tapi aku tak cakap ayat nih kat dia). Pastu dia kata, susah ler berurusan ding dong ding ding camnih, sampai biler pon tak selesai. La...saper yang ding dong, aku ker dia? Pastu siap cakap lagi, dengan pegawai-pegawai sebelum aku senang jer.

Hmmmm...aku tak nak ler cakap lagi, kalo ikut hati... Aku laser balik pompuan nih. Tapi biler pikir tugas, aku mintak maaf ler ngan dia coz memang dah peraturan kita tetapkan cam tuh. Tapi memang aku tak puas hati!

25 October 2007

Raye kali ni..

Akhirnya, raya kali ni, berjaya jugak nak cat rumah dan buat perubahan baru pada seluruh interior rumah. Alhamdulillah... Dan aku bleh decorate rumah mengikut kemahuan dan kemampuan poket aku. Buat Makeover sket kat master bedroom. Hasilnya...

25 September 2007

Siapalah punya angkara ???

Ramadhan kali ini meriah rasanya bila bangun jam 4 pagi untuk memasak sahur ditemani oleh si kecil Alice. Walaupun mengantuk dia akan cuba untuk menemani aku memasak dan semestinya makan sekali. Pagi tadi ter"seram" jugak bila Alice kata dia nampak ada "HANTU' depan rumah. Betul ke?

Lepas makan, Alice langsung tak tidur sampai pagi. Dia kata nak tolong kejutkan si Abang pegi sekolah. Hari ni entah kenapa pukul 6.45 pagi semua dah siap termasuk Alice yang dah siap mandi lagi. Selalunya dia liat sikit bab mandi ni. Dengan riuhnya dia suruh semua orang masuk kereta.

So aku masuk kereta dan hidupkan enjin, tetiba hubby cakap, laaa... hilang lagi... Apa yang hilang? Rupanya penutup tiub tayar kereta. Yer laaa... hilang lagi. Dah dua kali dah ni... Yang kali pertama hilang coz letak kereta kat tempat gelap. Kali ni depan rumah, bulan Ramadhan plak tu... Tak selamat ler orang tuh mencuri bulan-bulan puasa ni. Yang herannya, penutup tu memang ketat giler coz hubby ketatkan dengan spanner lagi. Mesti dah kena aim menda tu...

Patut la Alice kata nampak HANTU... rupanya orang mencuri!

20 September 2007

Kenapa selalu berangan-angan...?

Soalan ini untuk aku sendiri supaya dapat mencari jawapan untuk terus berpijak dibumi yang nyata dan sedar akan tanggungjawab aku di dunia ini.

Rasulullah saw bersabda: "Orang yang cerdik adalah orang yang selalu meneliti dirinya dan beramal untuk persiapan sesudah mati,sedangkan orang yang lemah akal (bodoh) ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya serta mengangan-angankan atas Allah dengan bermacam-macam angan-angan." (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi).

10 September 2007

Si Talam

Pagi ni meeting dengan CEO baru. So far, she's good enough. Tapi yang jadi menyampah sangat kat ahli2 mesyuarat. HIPOKRIT Giler! Memang TALAM DUA MUKA. Sebelum The Lady ni jadi CEO, ramai yang kutuk-kutuk dia kat blakang. Tapi since dia dah jadi CEO, memang terkejut bila yang kutuk tu, punya la baik depan dia. Kata orang pijak semut pon tak mati. Pastu, satu mamat ni tak puas hati giler dengan pameran yang bahagian aku buat. Dia pon highlite menda tuh kat meeting, tapi dia tak tahu yang design sumer ditapis oleh CEO. Kalau la dia tahu, mesti malu giler... Aku just diam jer. Tak boleh terima rasanya ramai yang hipokrit. Demi dunia, pangkat dan harta, manusia sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa JILAT LUDAH SENDIRI.

07 September 2007

Syarahan Perdana Za'ba


Kat PRO ni kalau tak bz tak yah citer la. Manjang nyer event. Dalam pada tu, sempat juga mengambil kesempatan.Dapat juga bergambar dengan tokoh yang aku kagumi dari sekolah rendah lagi, YM Prof. DiRaja Ungku Aziz



Gambar bersama Puan Azah Aziz.


Bergambar bersama Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin. Memang sporting!

05 September 2007

MOHEX 2007

Pameran Kementerian Pengajian Tinggi MOHEX 2007 bertempat di MTC (MATIC) Ampang, 25 Ogos 2007.

Dinner ISO 9001:2000

Haha..Nis, aku dah tengok blog ko dan hasilnya, aku pon buat slide jugak... Bukan tiru tau. Gambar-gambar ni dah ada dalam friendster aku. Paling banyak mesti la gambar aku.

Masa ni jugak aku dapat cabutan bertuah. Best!


"Baik" nya bahasa...

Sebetoinya aku geram sangat kat sorang yang memang mempunyai taraf yang tinggi dalam organisasi aku nih. Aku akui bahawa sebagai manusia kita tak perfect. Begitulah adat dunia, pasti ada kelemahan dan betulkan kesilapan ini dengan teguran. Kalau teguran tak berkesan kita boleh teruskan dengan tindakan. Ok berbalik kepada kisah si "bijak pandai" ni. My assistant ni dapat arahan dalam meeting teruslah g email menda2 yang diarahkan kepadanya kepada semua staf. Tak perasan plak yang masa tak letak kat situ. Dan reply yang diterima daripada si "bijak pandai" ni dia tulis ,

Pukul berapa Ngok?

Prof XXXXXXX XXXXXX<


ayat ni aku copy and paste terus kat sini. Ader ker patut dia email orang macam ni. Mana pergi santun bahasanya?! Kalau teks ucapan kita tak betol (pada dia), melenting sakan dia, konon penggunaan bahasa tidak betol, tapi adakah penggunaan bahasa yang digunakan dalam email dia ini betol? Mamat ni punya marah penggunaan bahasa SMS, tapi dia...

Dunia-dunia...

29 August 2007

Sahabat

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Jangan membuat muka belagak dan sombong,atau menghentak hentakkan kaki dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat.Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

10. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

11. Jika salah seorg marah, beri peluang diamelepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu, sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati org lain,begitulah sebalik nya org lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebaliknya.

Cuba check diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita.Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita? Tepuk dada tanya selera........

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.Bila seorang bertanya, Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali? Rasulullah s.a.w. bersabda, Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

28 August 2007

Personality test

Ditengah-tengah kacau bilau konvokesyen ada la plak satu lagi pelancaran. Yang best nya, kenapa la nak buat time2 konvo nih. Kalau tak turut serta, ini melibatkan orang luar. Tapi bila turut serta, sedih lak kena kata tak buat kerja konvo. Dalam pada itu, ada hikmahnya...

Masa pelancaran tu, ada booth-booth kesihatan yang dibuka. Salah satunya tentang Personality Test. So buat lah personality test tu, fokusnya tentang kesihatan minda. The result, doktor kata aku ni mudah kena stress. Sebab terlalu mengambil berat menda2 kecik. Ada betul nya. Tapi my dear friend sorang ni personality test dia paling bagus. Congrats dear!

Aku mula sedar banyak karekter dan personaliti disekeliling aku ni. ada yang baik giler depan kita tapi kat belakang ngumpat macam2, ada yang mulut tak bertapis tapi hati baik, ada yang depan kita ngata orang lain punya lah hebat tapi depan orang tu pijak semut pon tak mampos. Tapi aku heran dengan brader sorang ni, macam mana personaliti dia bleh cam tu sedangkan dia kenal personaliti orang lain. Betul la kata pepatah... kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak terpandang pon. Tak mudah kenal diri sendiri rupanya...

14 June 2007

Kita dan Orang Lain

Selalunya meeting yang ini akan diakhiri dengan pelbagai isu termasuklah KONTROVERSI. Kenapa yer... salah satu sebab mudah adalah KITA TAK SUKA DINILAI. Tapi sedar atau tidak, penilaian sentiasa berlaku. Setiap hari kita menilai diri kita dan orang lain. Lebih senang jika kita kata kita ini suka MEMBANDING. Kita bandingkan apa yang kita dapat dengan apa yang orang lain dapat. Kita banding siapa yang lebih baik sama ada kita atau orang lain. Cuba kita tukar membanding itu menjadi MUHASABAH. Muhasabah kenapa kita tak dapat apa yang orang lain perolehi atau kita muhasabah kenapa kita tak boleh sebaik orang lain. Jawapan yang lebih positif akan kita perolehi. Kita akan lebih redha dengan takdir yang ditentukan.

Dalam hati kita ini ada sekelumit rasa yang kita tak tahu nak kategorikan sebagai apa kerana kadangkala kita jadi baik sangat dan kadangkala kita boleh jadi kejam. Jangan menidakkan rasa ini kerana itulah emosi. Kalau kita terlalu mengawal emosi, kita kejam pada diri. Tapi kalau terlalu mengikut emosi, kita jadi kejam pada orang lain.

Sambung balik kisah meeting tadi, aku teringat pada kata-kata seseorang yang pernah aku tak berapa baik. Katanya, "Darjat Orang Yang Berilmu itu lebih Tinggi daripada Orang Yang tidak Berilmu". Masa tu aku marah coz dia cuba nak bagitau yang sebenarnya dia lebih baik coz ada Master berbanding aku yang cuma ada degree cabuk jer. Tapi dia tak fikir bahawa penilaian ilmu tidak setakat di atas kertas sahaja. Itu yang membuatkan aku senyum sendiri bila terkenang mengenai "seseorang" yang mengaku ketua tapi sebanarnya mendedahkan kebodohan sendiri.

So my dear auditors, jangan patah semangat coz orang-orang macam ini lah yang mendedahkan kita kepada term "berkebolehan" menjadi ketua. Dah lah tak pandai menari, cakap pulak lantai yang tinggi rendah. Tapi resam didunia ini, manusia yang tak pandai menari inilah yang selalu dianggap koreografer TERBAIK. Sama ada nak ikut rentak dia atau berdiam sahaja, nilai lah....

31 May 2007

La camisa negra

Irama lagu ni adalah TANGO (teka jer...). Sedap di dengar tapi tak tahu makna... Ada yang kata lagu ni mengenai broken heart. Yer ker?? Anyway, enjoy it!

Dulu faham kini tahu...

Dulu kalau ada yang bercakap, apa yang aku bleh komen adalah...aku cuma faham coz aku tak merasainya. Tapi baru sekarang aku tahu macam mana. Macam mana nak explain yer... Sedih ker? Memang ler... Tapi kalau bleh, jangan ler panjang2 kan. Aku percaya jodoh, pertemuan, ajal, maut dan rezeki adalah ditentukan Tuhan. Kalau Dia nak bagi, susah caner pon pasti bleh dapat. Tapi kalo tak bagi, muhasabah diri balik, kita ni kan manusia yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Dah tentu semua yang baik dalam diri kita datangnya dari Allah SWT. Kena redha yer... Jangan aniaya diri dengan berfikir yang bukan-bukan. Sekali lagi beri ruang dan peluang kepada diri. Chow!!!

I have a dream

I really have a dream.... Say me a little prayer.

Ruang dan peluang 1 : Bersukan

Bersukan adalah "masalah" kepada kita masa kini. Betol tak? Yer la, nak urus keluarga pon tak sempat, inikan plak nak bersukan. Datang keje matahari belum pon keluar, balik keje matahari dah tak nampak. Nak cari masa untuk keluarga lagi susah coz walau apa pun kita buat, UTAMAKAN KELUARGA.

Tapi, kenapa tak boleh? Memang susah pada mulanya, bila dah jadi rutin, dah tak susah lagi. Semalam, setelah sekian lama, aku main netball semula. Masa sekolah dulu, wakil daerah. Pastu, berenti konon nyer nak tumpu pada pelajaran. Masuk keje, kengkawan ajak coz tak kawin lagi. Bila dah berumahtangga, semua tu jadi tak penting lagi. Naper yer...

Bersukan bukan fokus untuk kuruskan badan sebenarnya. Tapi lebih kepada exercise jantung dan salah satu cara bersosial secara sihat. Cuba beri ruang dan peluang kepada diri untuk bersukan, bukan lama, stengah jam jer. Kesian kat jantung kita, makin lama makin sempit ruangan dia kat dalam badan coz dihimpit lemak. Tolonglah jantung kita. Banyak lagi manfaat yang boleh kita dapat dari bersukan. Tak percaya? Jom turun netball petang nih.

30 May 2007

Beri ruang dan peluang

Mak pernah tegur tentang cara aku berpakaian, berat badan yang makin bertambah-tambah, semakin malas mengurus diri dan macam-macam lagi. Siap banding dengan anak orang tu, anak orang ni. Ntah lah, dah dua anak ni aku rasa cukuplah zaman nak menjaga setiap itu dan ini. Yang penting aku kerja dan boleh bagi anak-anak makan.

Kat tempat kerja, aku buat kerja sepenuh hati. Tak fikir yang lain. Sebab fokus hanya untuk anak-anak jer. Satu lagi jangan sampai Boss upset dengan kerja-kerja aku. But, sampai satu ketika, dalam satu meeting, boss highlight yang dia perlu pegawai tambahan dan yang paling penting mesti ada INTERNATIONAL OUTLOOK. Maybe Boss tak niat nak menyinggung perasaan sesiapa. Tapi aku memang terasa. Aku buat kerja tak cukup baik ker? Atau memang aku tak der langsung ciri-ciri yang patut ada pada seseorang yang bertugas di bahagian International. Baru aku sedar dan cermin diri sendiri pada masa itu, Ya Allah, apa aku dah buat pada diri aku ni... aku down sangat-sangat.

Aku nekad nak kurus. Nekad giler. Tiap-tiap hari berdoa supaya turun lah berat badan walaupun sekilo. Tapi doa hanya tinggal doa kalau takder usaha. Macam mana? Dah cuba macam-macam ubat (yg sah ler), dah jumpa doktor, sendawa tinggi dan macam-macam lagi. Tapi...

Ntah macam mana, terjumpalah dengan satu produk nih. Aku tak fikir panjang, mahal pon mahal lah (mahal ler harga nyer kalau pada aku). Terus beli dan cuba. Bulan pertama turun 5 kg. Wow!!! Takyah berlapar. Bulan ke tiga, aku dah turun 12 kg. Masya Allah. Enam bulan guna, turun 16 kg. Sesuatu yang tak pernah aku jangkakan.

Bila dah kurus, keyakinan bertambah kuat. Tekad aku nak beri ruang dan peluang kepada diri untuk berubah. Aku ubah penampilan. Dan yang paling penting aku ubah diri menjadi seorang yang lebih positif. Mungkin pada orang lain, aku biasa saja. Tapi pada diri sendiri aku amat bersyukur dan it is wonderful to be ME...

Bukan tujuan aku nak bermegah-megah dengan testimoni ini tapi aku nak share dengan semua orang yang seperti aku suatu ketika dahulu yang kita boleh berubah jika kita MAHU. Yang penting beri ruang dan peluang kepada diri. Tak kira dalam apa-apa perkara. Separuh dari hidup kita ditakdirkan memang untuk orang lain dan berilah yang separuh lagi kepada diri sendiri.

Untuk Boss (yang dah jadi ex Boss), terima kasih coz banyak pengajaran yang aku dapat daripada semua peristiwa ini.

29 May 2007

Hehehe..




Kelakar ler !!!!

kah kah kah

Reshuffle kembali lagi

Tak tahu aku nak describe perasaan dan mood aku biler reshuffle kembali lagi. Dan takkan ketinggalan dalam percaturan adalah AKU. Result penuh :

AKU (Pusat Asas Pendidikan/Latihan Mengajar ) ke PRO
Syahdan (PRO) ke FSSK
Zahrull (FSSK) ke RMC (Tahniah coz dah N44)
AJ (RMC) ke FSS
Chin (FSS) ke Library
Ilmizan (HEP) ke BSM Pentadbiran
Helmi (BSM Pentadbiran) ke BSM Latihan
Hajjah Suhaila (BSM Latihan) ke IPS
Ghani (IPS) ke Akademik-Peperiksaan
Hajjah Maskana (Akademik-Pentadbiran) ke FST (Tahniah juga coz dapat N44)
Shakila (Pej. Naib Canselor) ke Pusat Asas Pendidikan/Latihan Mengajar

First of all, aku memang gementar giler. Kalau orang bleh dengar degup jantung aku nih... Tapi biler ingat balik sejarah reshuffle aku nih, okay kot...

1 Mac 2000, mula-mula masuk keje, kena report ke FB. Hari ke 7 bekerja dah kena lempar fail ngan big boss UPSI. Memang aku takkan luper nyer. Dah ler ari tu baru jer pakai baju yang aku buat sempena dapat keje. Pastu, baju tu aku dah pas kat orang lain. Badi baju kot... Pengajarannyer : Jangan sign mende yang kita tak buat.

Reshuffle yang pertama aku kena ke FSKPM setelah 4 bulan kat FB. Alasannya, FSKPM dan FST fakulti besar dan aku perlu ambil salah satu. Seminggu kat sana, Naiem ajak tukar suka sama suka coz nak pindah bangunan baru. Dia dah setup tempat kat situ. So, aku memang tak kisah terus tukar ke FST.

Bertugas di FST selama lebih kurang 2 tahun. Then wujud fakulti baru. Boss masa tu bawa aku ke FTMK (fakulti baru). Tapi cuma sebulan coz satu lagi fakulti baru wujud. Dengan alasan Dekan FPE nanti adalah dekan baru, reshuffle yang ke 3 berlaku dan aku ke FPE, sebuah fakulti baru yang belum ada apa-apa. Meja pon tak der. Dekan dan staf lain pon blom lapor diri lagi. Hanya ada aku dan sebuah bilik. Dah la masa tu tengah sarat 8 bulan mengandung first baby. Hmmm... ujian dan cabaran.

Di FPE selama setahun stengah, reshuffle ke 4 membawa aku ke Pusat Perhubungan Antarabangsa. Gayat siot! Di PPA selama cukup 2 tahun stengah. Planning utk PPA aku buat stengah mati. Dan tepat 1 Disember 2006 aku ke Pusat Asas Pendidikan - Reshuffle ke 5.

Dan kini adalah yang ke 6. Tempat pulak dah nak masuk yang ke 8. Adakah lebih baik????? Wait & see. Wallahua'lam...

Kengkawan yang lain, berilah idea, pendapat dan lagi dan lagi dan lagi...