22 December 2009

Duhai Adik...


Hari dah hari ke 7 Norman pergi. Pergi yang takkan kembali lagi. Pergi dikala orang mengusung keluar jasadnya dari rumah. Mak... Aman takkan balik lagi....!!!

Aku hanya mampu beristighfar dan airmata ini tak pernah kering sampai hari ini. Ya Allah... Ampunkan dosa adikku itu, limpahkanlah kasih dan rahmat Mu kepadanya. Sesungguhnya dia naif Ya Allah...

Kakak dan adik-adik aku yang lain... rindu sungguh kita pada Aman kan? Rindu nak bising-bising pada dia, rindu nak dengar dia mintak macam-macam pada kita, rindu nak dengar dia bergelak tawa dengan anak2 sedara, rindu yang segala macam rindu lagi...

Tapi sebagaimana pun kita rasa tak macam mak rasa. Kita tak tahu hati mak, kita tak tahu rindu mak, kita tak tahu hilangnya semangat mak...

Kalau ikut hati ini, mungkin sampai bila-bila aku nak menangis, kalau ikut rasa, sampai pecah anak tekak ni aku nak menjerit. Tapi untuk apa? Aku kena kuatkan diri, hidup perlu diteruskan. Sampai masa aku dan yang lain juga akan pergi. Sebelum masa itu datang, Tuhan, izinkan aku bahagiakan mak, besarkan anak-anak dan bersujud pada Mu, membekalkan diri dengan iman dan taqwa..

Buat adik ku Mohamad Norman... Akak redha dengan taqdir Tuhan ini. Telah ditentukan bahawa ini yang terbaik buat Aman. Walaupun yang tinggal hanya kenangan, akan akak abadikan sampai bila-bila. Darah kita sama, mak dan bapak kita sama, Aman tetap adik akak dunia dan akhirat. Akak doakan Aman.... AlFatihah...

Buat mak... Izinkanlah Aman pergi ...

p.s kepada semua sahabatku, rakan-rakan arwah dan semua yang membaca catatan ini, terima kasih kerana mendoakan Norman.

29 October 2009

To De Blackarats

Ntah naper kat sini plak aku nak bagitau kat “De Blackarats”. Jangan buat macam tu pada Mak. Tak ingat ke pada setiap yang Mak dah buat untuk korang? Entah lah, aku rasa Mak ikhlas nak buat tu semua. Tapi aku... memang rasa menyesal. Ingat tak masa sama-sama ber’perot’ dulu. Mak kata kalau apa yang aku makan, bagi sama kat ko sebab ko susah nak dapat. Baju apa yang aku beli, beli sama kat ko sebab ko susah nak beli. Bila ko kesempitan, mak suroh aku tolong, sebab kata Mak, kesian kat korang. Aku buat coz aku anak Mak. Semuanya sebab Mak dan takder satu sebab pon dalam dunia ni sebab korang sebab aku dah tahu, selalunya bila kita lepaskan anjing yang tersepit, dia akan gigit kita balik. Dan takder satu sebab pon dalam dunia ni yang menyebabkan aku akan tolong korang lepas ni!!!

26 October 2009

Allah...

Penat rasanya buat kerja.. Bila cam ni, susahnya nak positifkan diri. Berkali-kali cakap pada diri, banyak nyer keje, tapi nasib baik ada keje.. Tapi bisikan hati ni tetap jugak kata, kenapa susah payah ko buat keje tapi blom tentu ada yang hargai.. Pastu hati berkata-kata lagi, yang banyak gaji pon tak seteruk ko buat keje, naper ler susah sangat ni.. Cukup kol 5 balik ler umah, naper nak ngadap lagi mende atas meja tu? Cuba tengok orang lain, leh tunggu lagi depan punch card. Kenapa ko takleh buat citu.

Allah… Kalau pikir macam tu, dah lama rasanya aku give up ngan keje. Saper taknak balik awal, cepat-cepat sampai umah, gi amik anak umah pengasuh, sempat mandikan anak, urus makan pakai diaorang, leh duduk sebelah anak tengok dia buat homework, leh layan kerenah anak sebelum tido, pastu bleh basuh baju, cuci dapur, kemas umah sket-sket…saper taknak???!!!

Kalau boleh nak buat sumer tu, tapi komitmen keje ni saper nak tanggung?! Biler mende senang, cepat naik nama, sumer berebut nak buat. Tapi kalo mende ader problem, susah nak handle, silap2 kena hamput aku gak yang kena… Naper?????!!!!!!
Ya Allah… Redhakanlah hati aku ini menerima segala tanggungjawab ini. Aku pasti dan amat pasti segala ketentuan yang ditaqdirkan kepadaku adalah adil dan mampu untuk aku tanggung. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…

Kalau rasa betol...

Melayari blog seorang teman membuat aku tertanya diri sendiri. Kenapa tidak disuarakan rasa hati, kenapa memendam rasa sendiri, kenapa tidak berpancak silat kalau keris sudah ditangan? Kenapa mesti menangguk di air keruh? Jawapannya ada pada diri dan hati. Kalau cuma takut-takut berani, macam ni lah jadi. Ibarat lempar batu sembunyi tangan. Takut yer.....

Kenapa mesti takut? Sebab kita pon nak jaga periuk nasi kita, nanti orang tabur pasir. Tapi kita tak takut sebar propaganda. Fitnah tu... Bersikaplah husnul –dzan, positif lah...

28 September 2009

Jagung oo jagung...




Dalam bebanyak kad raya nih, ada satu yang paling panjang tulisannyer... Touching gak ler kiranya. Dan ingatan aku melayang padanya... SAYANG JAGUNG!!!

Kad Raya














































Kad-kad Raya daripada semua yang tersemat dalam memori...

18 September 2009

Tepon

Baru jap ni terima satu call. Call yang macam ni dah banyak kali aku terima. Cuma kali ni rasa patut jugak aku kena bagitau. Bukan apa, kalau pasni sesapa yang baca blog ni jangan la buat camtu...

SITUASI 1
Tret, tret....tret, tret... (bunyi tepon aku – cepat2 angkat coz lebih daripada tiga deringan dah kira cam tak buat keje)
Aku : Unit Korporat .... (ayat biasa aku nih..)
Caller : Puan Marini ker?
Aku : Yer saya, boleh saya bantu?
Caller : Oohh, saya ni Puan dot dot dot Pensyarah Fakulti dot dot dot (biler dengar macam ni jer aku cam malas nak layan, tapi sebab keje…)
Aku : Yer Puan …. (dan seterusnya aku pon tolong ler dia…)


SITUASI 2
Tret, tret....tret, tret... (Aku tepon orang, dan aku tau staf dia jer yang angkat nih coz orang tuh kira besar la jugak)
Orang tu : Jabatan dot dot dot
Aku : Hello Jabatan dot dot dot, saya Marini dari UPSI
Orang tu : Yer Marini, kenapa tu?
Aku : Terdiam kejap… dan sterusnya terrr…blank)

Nasihat aku kepada diri sendiri dan pembaca sumer yang terima call atau buat call,
1. Biler kita tepon orang, janganlah kita sebut yang kita ni Tuan ker, Puan ker, Dr. ker (kecuali Dr. medical), Dato’ ker, Datin ker.. tak elok tu... langgar etika
2. Kalau kita nak sebut jugak, kita mintak ler orang lain tepon kan untuk kita, so orang yang tepon tu bleh perkenalkan kita. Contohnya : Hello, BHKA ker? Datin dot dot nak bercakap dengan Puan dot dot... (lepas tu bleh ler kita cakap), so pihak yang satu lagi tu dah tau dah nak panggil apa..
3. Kalau kita terima panggilan direct dari seseorang yang memang kita tak kenal coz dia kenalkan nama dia jer, panggil ler dia Encik ker, Cik ker (selalunya kalau dia dah Puan dia kan betulkan kita...jangan risau), Tuan ker... (tak kisah ler apa pangkat dia) jangan ler sebut nama dia jer, cam dia duduk sebelah rumah kita...
4. Last skali, kalau orang tu Datuk Seri, kita boleh panggil Dato', Kalau Tan Sri jangan plak panggil Tan.

Ok yer.. babai.. SELAMAT HARI RAYA...

15 September 2009

Tak salah tunjukkan rasa hormat…


Ni parking Boss, sekadar gambar hiasan, memang takder kena-mengena secara langsung atau tidak langsung dengan cetusan hati aku di bawah. Takder gambar tak best la pulak... Jadi, gambar apa2 pon belasah jer...

Kadang-kadang rasa meluat pada orang@seseorang timbul ngan tetiba jer. Bukan sebab muka atau suara atau apa-apa pon tentang dia tapi memang rasa meluat. Naper yer???... Tapi tak salah kalau kita tunjuk rasa hormat sket...

Janganlah berkasar sangat, memang ler orang tu tak bayar pon gaji kita, tak suap pon kita makan tapi tanggungjawab kita kepada sapa. Jangan fikir orang tu bagi keje bermakna kita kena buat keje dia, tapi fikirlah bahawa kita sedang bekerja untuk bagi family kita makan, tengah cari rezeki halal.

Kenapa mesti ukur yang kerja kita banyak sangat tapi dia macam takder keje pon. Sematlah dalam hati tu yang keje ni memang untuk kita laksanakan coz ini amanah. Kalau tak buat berdosa tuh... Bukan orang tu suruh buat menda2 tak patut, suruh buat keje jer, buat lah... Nasib baik ader keje, kalau tak kita goyang kaki jer, hujung bulan gaji masuk, pastu kita buat beli makan, pastu bagi makan family, duit tu HALAL ker HARAM?

Dah siap keje, nak bagi orang tu semak, letak le dalam tray dia leklok, jangan main hempas jer, bukan dia takder kat situ. Apa salahnya berbahasa sikit, hulur kat dia keje tu, bagitau dah siap, kan elok tu...

Jangan ler buat derk jer bila orang tuh panggil, bukan dia suka2 jer nak panggil. Mesti ada hal, ni buat tak tau jer... Layan facebook. Bila orang tu cakap, buat-buat tak dengar, sampai dia pegi kat meja kita mintak tolong kita buat keje. Tapi... facebook jugak lebih penting...

Tak masuk lagi yang kita jaja cerita pasal orang tuh (coz dah meluat sangat). Dah mintak ampun ker belom? Dosa dengan Allah kita bleh mintak ampun dengan Allah, tapi dosa dengan manusia ni Allah takkan ampunkan kecuali orang tu maafkan kita..

Sampai lah satu masa bila penilaian prestasi atau pengesahan jawatan, baru ler kita nak tunjuk ”budi bahasa” kita kat orang tuh. Takut dapat markah rendah, nanti susah nak tetap atau naik pangkat. Masa tu la baru nak hormat... Jangan menyesal kalau tetiba jer orang tu bagi kita markah rendah atau tak bagi kita tetap. Bukan sebab dia dengki tapi sebab dia tengok kita tak konsisten buat keje. Takder kerjasama, takder interaksi, takder peningkatan prestasi, takder komitmen (tau komen jer) dan yang penting takder rasa nak keje...

Fikir2kan... Anda buat anda dapat...