15 September 2009

Tak salah tunjukkan rasa hormat…


Ni parking Boss, sekadar gambar hiasan, memang takder kena-mengena secara langsung atau tidak langsung dengan cetusan hati aku di bawah. Takder gambar tak best la pulak... Jadi, gambar apa2 pon belasah jer...

Kadang-kadang rasa meluat pada orang@seseorang timbul ngan tetiba jer. Bukan sebab muka atau suara atau apa-apa pon tentang dia tapi memang rasa meluat. Naper yer???... Tapi tak salah kalau kita tunjuk rasa hormat sket...

Janganlah berkasar sangat, memang ler orang tu tak bayar pon gaji kita, tak suap pon kita makan tapi tanggungjawab kita kepada sapa. Jangan fikir orang tu bagi keje bermakna kita kena buat keje dia, tapi fikirlah bahawa kita sedang bekerja untuk bagi family kita makan, tengah cari rezeki halal.

Kenapa mesti ukur yang kerja kita banyak sangat tapi dia macam takder keje pon. Sematlah dalam hati tu yang keje ni memang untuk kita laksanakan coz ini amanah. Kalau tak buat berdosa tuh... Bukan orang tu suruh buat menda2 tak patut, suruh buat keje jer, buat lah... Nasib baik ader keje, kalau tak kita goyang kaki jer, hujung bulan gaji masuk, pastu kita buat beli makan, pastu bagi makan family, duit tu HALAL ker HARAM?

Dah siap keje, nak bagi orang tu semak, letak le dalam tray dia leklok, jangan main hempas jer, bukan dia takder kat situ. Apa salahnya berbahasa sikit, hulur kat dia keje tu, bagitau dah siap, kan elok tu...

Jangan ler buat derk jer bila orang tuh panggil, bukan dia suka2 jer nak panggil. Mesti ada hal, ni buat tak tau jer... Layan facebook. Bila orang tu cakap, buat-buat tak dengar, sampai dia pegi kat meja kita mintak tolong kita buat keje. Tapi... facebook jugak lebih penting...

Tak masuk lagi yang kita jaja cerita pasal orang tuh (coz dah meluat sangat). Dah mintak ampun ker belom? Dosa dengan Allah kita bleh mintak ampun dengan Allah, tapi dosa dengan manusia ni Allah takkan ampunkan kecuali orang tu maafkan kita..

Sampai lah satu masa bila penilaian prestasi atau pengesahan jawatan, baru ler kita nak tunjuk ”budi bahasa” kita kat orang tuh. Takut dapat markah rendah, nanti susah nak tetap atau naik pangkat. Masa tu la baru nak hormat... Jangan menyesal kalau tetiba jer orang tu bagi kita markah rendah atau tak bagi kita tetap. Bukan sebab dia dengki tapi sebab dia tengok kita tak konsisten buat keje. Takder kerjasama, takder interaksi, takder peningkatan prestasi, takder komitmen (tau komen jer) dan yang penting takder rasa nak keje...

Fikir2kan... Anda buat anda dapat...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. jadilah manusia yang bernama insan, bukan insan yang bernama manusia..

    ReplyDelete
  3. ini lah sikap dan sifat yg ada pada sahabat ku ini... walau marah mcm mana pun, dia takkan tunjuk. kalau korang nak tau siapa marini masdar, ini lah orgnya yang sentiasa beralah untuk jaga hati org lain. i luv u marini...

    ReplyDelete