17 December 2014

Pasal kerja rupanya....

Kadang-kadang kita rasa kerja kita susah… kerja orang lain senang… kerja kita banyak…kerja orang lain sikit… Sampai satu tahap, kita rasa macam kita boleh buat kerja orang lain tapi takder orang boleh buat kerja kita… riaknya kita…

Tapi ada orang padang mudah pada kerja yang susah… ada yang pandang payah pada sesuatu yang mudah… ada yang pandang ringan pada kerja yang berat dan pandang berat pada sesuatu yang ringan…

Mungkin ada antara kita ini hanya pandai bercakap tapi tak pandai kerja… pandai kerja tapi tak pandai bercakap… ada yang pandai kerja dan pandai bercakap…yang lebih malang adalah yang tak pandai kerja dan tak pandai cakap…

Eh…isu hari ni pasal kerja rupanya… Sebab ada yang tanya saya… apa kerja yang awak buat? Apa saya nak jawab???

Kalau saya kata hari ni saya BANYAKKK kerja… macam saya nak bagitau satu dunia yang orang lain takder keje… ish… riaknya…

Kalau saya kata hari ni saya TAKDER kerja… macam saya nak bagitau kat semua orang yang saya makan gaji buta… eh…saya tak makan gaji buta tau!!

Kalau saya kata hari ni saya kerja MAKAN dan TIDUR… macam saya main-mainkan kerja saya… maaf yer… saya tak pernah main-main dalam laksanakan kerja saya…

Kalau saya kata hari ni saya BUAT KERJA MACAM BIASA… ni macam nak cover jer…


Abes apa saya nak jawab???



18 November 2014

BERAT NANANG



Niat di hati x mo dah berblogkan blogspot ni… Tapi bila baca balik N3 yang ditulis sebelum ni… Hehehe … The words were mine… I feel like ME… hahaha…Sowilah klu bahasa omputih aku tonggang langgang… Itu lah aku dalam melakarkan kenangan di dinding maya… NO RULES !!!

Setelah  bersawang-sawang blog ni (ayat cliché aku nih)… Akhirnya aku mengambil keputusan ini… Yaaa… menulis semula… menulis apa yang aku rasa…menyatakan ketidak sempurnaan aku … Menilai dari kacamata BONIA ku ini…hehehehe

Sarat sebenarnya minda ni… penat rasanya hati… Apa yang aku fikir tak sama dengan apa yang orang lain fikir rupanya… Bila direnung semula, aku macam dah hilang suara, dah tak punya kata-kata dan dah tak mampu berbicara… Bagaimana mahu mencari titik persamaan andai tak pernah berada dalam satu perkiraan… Macammana mahu dibina perasaan andai madah tak pernah diungkapkan… Haih…

Berat nanang… Hahaha… betul ke tak penggunaannya pun x tau…

Sudah Tini…sudah sudah lah… dah dekat kol 5 stengah ni… pegi balik, masak…
Okeh!!! Nak balik masak ni yer… Tapi… nak masak aper nih…Haih… (termenung semula…)


Biarlah oang nak kata aku obses diri... ader aku kesah !!! Ni pic aku minggu lepas... mak mak sangat...hehehe

04 February 2014

SUKAN



Haish… dah bersawang rupanya blog ku ini… cepatnya waktu meninggalkan kita…. Tak sedar yang masa itu terlaju pantas berlari… Termengah2 nak kejar… Yer lah… bukan muda lagi… hehehe


Tetiba pagi tadi seorang kenalan menyapa di laman siber… Bertanya khabar… bercerita… seronok… Tapi di akhir perbualan dia kata… aku dah tak boleh bayang ko macam mana skang… 

Aku masih macam ni… macam dulu2 jugak… masih senang dengan jenaka… masih suka berbicara… masih boleh berlawan kata!! Hahaha


Tapi kawan... kalau ko jumpa aku sekarang… mungkin akan mengucap panjang… Kenapa? Sebab ko akan gelakkan aku yang dah tembam… ko akan gelengkan kepala dan kata, kenapa tak jaga badan… 


Hmmm… jangan risau… In shaa Allah… kalau fizikal aku yang kau risaukan, aku boleh betulkan… Cuma perlu masa dan kesenggangan… 


Oleh itu… MARI BERSUKAN!!!!


Hahahaha… mood sukan sudah mariiiiiiii