15 September 2011

Jom Tapau....

Alhamdulillah… dapat jugak la merasa juadah di Sambutan Hari Raya UPSI… Walaupun tiba agak lewat dekat2 kol 4 stengah dan menyaksikan semuanya tengah berkemas… tapi ada juga insan yang sanggup memberi sepinggan kuetiaw dan hampir seploh cucuk sate yang dapat ler kami 5 orang makan… Terima Kasih yer…

Bukan taknak pergi awal tapi student berpusu-pusu kat kaunter fakulti. Nak tinggal… ish..kan ini tugas dan amanah. So, amik keputusan pergi lewat sket… berganti-ganti ngan staf lain.

Tapi bila pegi, alahai… dah abes… klu abes sebab makan kat situ, takler terasa sangat hati nih… tapi bila abes sebab ada yang menapau… haih… hampanya… Takper kalau tapau untuk diri sendiri coz tak sempat makan sebab bertugas serve makan kat situ… Tapi bila siap tapau utk ahli keluarga ni yang tak hengat… Naper la buruk sgt perangai… (Kawan aku quote dalam FB tadi : Biar muka buruk tapi hati baik… Klu dah macam nih…???)

Tak marahpun sebab tak dapat makan… Bukan ler lapar sangat...tapi terkilan dengan sikap penting diri… kalau dah bab makan pun pentingkan diri…bab laen tak tau nak cakap laaa… Okay la… peringatan untuk diri sendiri juga pasnih… Kalau perkara camnih berlaku lagi kita beringatlah, yang kita ambik tu macam hak sendiri, tapi ada gak hak orang lain walaupun seposen… sok nak mintak halal caner…maybe leh guna fb kot… Takper lah… kalau ada hak aku dalam apa yang diambil itu, aku halalkan… takyah ler jumpa kat akhirat nanti yer… payah…

Orang laen caner? Kalau sesaper baca blog aku nih… bagi pihak yang menapau-napau tuh, aku mohon korang halalkan yer… Harap-harap tahun depan diaorg tak buat lagi… Insya Allah… Hehehe….

13 September 2011

Different!!!

Hari ke 13 rasminya aku berada di department lain. Department lain ker? Taklah… FSKIK dah jadi department aku… BPKA? Yang tu dah jadi department lain…. Ingat pesan orang tua-tua… Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung…. Hehe…tak lupa nyer la…

Amacam perasaan? Totally different!!! A new me… Starting from zero… memang rasa ‘baru’ coz menda per pon kurang tahu…. But there’s always them 4 me… Saper? Saper lagi kalau bukan the staffs… Kat mana2 pon kalau staff terbaek maka terbaek lah tempat tu… Thank you all of you…

Apa yang berlaku hari ini terbukti bahawa tak rugi kalau kita nih buat baik ngan orang even musuh sendiri. Kalau dulu ko ludah aku… hari ni, walau tak banyak ko jilat balik kan ludah ko tuh? Ha! Kan Tuhan dah balas… Macam2 mana pun terpaksa jugak ko hadap muka yang ko nyampah nih kan? Sebanyak mana ko cuba elak diri, hari nih takleh nak elak kan? Walaupun dalam hati aku nih kata “Padan muka ko” tapi bila fikir balik…. Kesiannya jadi ko kan?

Takperlah…aku pun syukur walaupun ko berlakon (pasnih menang aktor terbaek la ko!) tapi masih ada ruang yang Tuhan bagi untuk kita bertegur sapa… Berlakon lah selagi ko mampu, andai itu boleh mententeramkan hati ko… sekurang-kurangnya ada gak komunikasi yer tak?

Naper lak aiii Bruno Mars nyer gambo nih? Ntah... tetiba terrrrindu plak...patut ler ada lalat masuk ofis tadi... Cis!!!

Aku ske lagu2 dia nih... Marry You... Alahai...


06 September 2011

BERDUA BERSATU

Dah dekat 600 juta kali aku dengar lagu nih... sedap kot... kalau tengok clipvideo kumpulan Forteen memang cam hampeh... Tapi aku tetap suka lagu nih... So aku sertakan lirik dia kat sini yer....

kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah
biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

Saya NAK...

‘Saya cuma nak buat perkara yang saya NAK sahaja’… Hmmm… janganlah macam tu dik… Ini baru secebis simulasi kehidupan yang ada disekeliling awak jer… Awak belum terjun ke realitinya…‘….

Hidup tak selalunya indah adakala suka dan duka, cinta tak selalu bahagia adakala sedih dan rindu…’
bait lagu ini aku dengar dalam Sinar FM pagi tadi. Nak kaitkan dengan kisah adik tadi… Kalau kita ni nak buat perkara yang kita NAK saja macammana nak hadapi duka dalam hidup…Kalau bab suka takyah cerita laa…sumer orang nak kannnn…

Dalam perkataan yang mudahnya… Kita nak sangat satu baju nih… Kating cantik, kalerful, kena dengan mata dan hati, pendek kata baju ni dah abes berkenan dah, tinggal nak beli jer… Alih2, dah beli, kating tu tak seswai dengan kita, kaler terang sangat, bila pakai nampak bulat jer, macam nangka pakai baju… hahahaha…kan dah cakap, kita nih seswai ngan kating lurus jer, warna pastel… yang pi beli menda yang kita NAK tapi tak seswai tu naper? Nak baju tu? Dah dapat… Leh pakai? Hmmm…tengok jer la… kan dah rugi dan berdukacita…hehehe..apa nak buat….

Episod duka dalam hidup akan dihadapi oleh semua orang… betul lirik lagu tu ‘Hidup tak selalunya indah’… kalau kita perhatikan betul-betul kehidupan nih… mana ada INDAH dan SUKA jer 24 jam… Boleh kata 60% - 70% adalah menda2 yang kita taknak dan tak suka juga tak indah… Nak bahagia jer memanjang kat dunia nih takder kot… Cari la kat kayangan sana, maybe ada…

Pesan apa lagi yer… Ha! Satu lagi… Kalau betol sebahagian hidup kita nih terdiri daripada menda yang bukan kita NAK … kenapa kita boleh terus hidup dengan semua perkara tuh… Macam ni lah… macam kisah baju tadi… tak semestinya yang kita taknak tu tak seswai… maybe kita tak suka tapi percayalah menda yang kita taknak tu lah paling kita perlu… Yang penting sekali, menda yang kita tak suka tu lah yang paling kita boleh bertahan dengannya …

OK tak?… Adios….

P.S Aidilfitri baru masuk hari ke 6 , maka dengan sukacitanya diucapkan Salam Lebaran, maaf zahir dan batin buat semua yang membaca N3 kali ini…