06 September 2011

Saya NAK...

‘Saya cuma nak buat perkara yang saya NAK sahaja’… Hmmm… janganlah macam tu dik… Ini baru secebis simulasi kehidupan yang ada disekeliling awak jer… Awak belum terjun ke realitinya…‘….

Hidup tak selalunya indah adakala suka dan duka, cinta tak selalu bahagia adakala sedih dan rindu…’
bait lagu ini aku dengar dalam Sinar FM pagi tadi. Nak kaitkan dengan kisah adik tadi… Kalau kita ni nak buat perkara yang kita NAK saja macammana nak hadapi duka dalam hidup…Kalau bab suka takyah cerita laa…sumer orang nak kannnn…

Dalam perkataan yang mudahnya… Kita nak sangat satu baju nih… Kating cantik, kalerful, kena dengan mata dan hati, pendek kata baju ni dah abes berkenan dah, tinggal nak beli jer… Alih2, dah beli, kating tu tak seswai dengan kita, kaler terang sangat, bila pakai nampak bulat jer, macam nangka pakai baju… hahahaha…kan dah cakap, kita nih seswai ngan kating lurus jer, warna pastel… yang pi beli menda yang kita NAK tapi tak seswai tu naper? Nak baju tu? Dah dapat… Leh pakai? Hmmm…tengok jer la… kan dah rugi dan berdukacita…hehehe..apa nak buat….

Episod duka dalam hidup akan dihadapi oleh semua orang… betul lirik lagu tu ‘Hidup tak selalunya indah’… kalau kita perhatikan betul-betul kehidupan nih… mana ada INDAH dan SUKA jer 24 jam… Boleh kata 60% - 70% adalah menda2 yang kita taknak dan tak suka juga tak indah… Nak bahagia jer memanjang kat dunia nih takder kot… Cari la kat kayangan sana, maybe ada…

Pesan apa lagi yer… Ha! Satu lagi… Kalau betol sebahagian hidup kita nih terdiri daripada menda yang bukan kita NAK … kenapa kita boleh terus hidup dengan semua perkara tuh… Macam ni lah… macam kisah baju tadi… tak semestinya yang kita taknak tu tak seswai… maybe kita tak suka tapi percayalah menda yang kita taknak tu lah paling kita perlu… Yang penting sekali, menda yang kita tak suka tu lah yang paling kita boleh bertahan dengannya …

OK tak?… Adios….

P.S Aidilfitri baru masuk hari ke 6 , maka dengan sukacitanya diucapkan Salam Lebaran, maaf zahir dan batin buat semua yang membaca N3 kali ini…

No comments:

Post a Comment