29 October 2008

Media Prima

Semalam g Media Prima di Sri Pentas. Best! Tq Diny dan kengkawan di KPT. Tak sangka jugak jumpa Muam (Aishah's hubby). Last jumpa dia masa aku tengah mengandung sulung. Jumpa kali ni pun tengah mengandung jugak aku. Salam rindu buat Esah!!! Ni antara gambar-gambar yang diambil sendiri juga yang diambil oleh photographer Media Prima yang begitu efisyen.






22 September 2008

Kad raya


Tahun ni aku tempah kad raya khusus daripada family aku untuk kenalan dan sanak saudara, ok la juga. Berbaloi dengan harganya...


Ader juga dapat kad raya daripada kengkawan, kenalan dan sahabat IPTA yang lain. Terima kasih semua. Aku papar kat sini kad-kad diorang tu yer...

Ijat - Ambang Kemas


En. Rozaimi - ARMADA


Hubby - DNP Consult


Yusrina - PRO USIM


UPM - signed by the VC

16 September 2008

Gambar-gambar lama kat UPSI

Gambar dengan boss lama. Sekarang dah Tan Sri Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim, Pengerusi MQA. Rasa-rasanya ni lah satu-satunya gambar ngan dia. Tu pon candid.Kat belakang tu si Daksya, naper la duduk belakang...




















Gambar yang paling lama. Rasanya tahun 2000, masa mula-mula masuk UPSI. Dari kiri Mail, Helmi (percaya tak ???!!!), aku, pian, kak wan dan pasangan romantis tahun tu, Pawang dan isterinya Kak Yani.

Blog kakak aku

Manje ader bagitau pasal blog kak ina. So kat sini aku add link ke blog dier. Best jugak coz kakak aku ni memang pandai masak. Blog dia http://marinamasdar.blogspot.com.

09 September 2008

What did you learn today, Jojo?

Tau tak rancangan bebudak kat ceria (rasanyer) Jojo’s Circus? Last rancangan tu mesti narrator tu tanyer kat Jojo ayat nih.. What did you learn today, Jojo? Today, I’d learn a lot of things such as:

a.Kita kadang-kadang jeles ngan orang yang selalu nampak happy. Tapi selalunya mereka ni lah yang hebat tekanannya.
b.Duit banyak tapi tak happy pon tak guna.
c.Diberi pangkat adalah untuk suruh orang diam/tutup mulut (quote by ……)
d.Pelik ngan sorang nih. Aku bagi dalam perumpamaan ler senang… Ader ler sorang hamba Allah ni, pinjam duit aku nak beli barang-barang yang bos kitaorang suruh coz dia tak diberi peruntukan untuk membeli barang-barang tuh, aku bagi jerla coz bukan untuk buang-buang tapi untuk company jugak. Bos pon tau yang dia pinjam kat aku. Pastu, tak lama kemudian dia hantar surat kat aku mintak aku bagitau dia, apa yang dia dah buat dengan duit yang dia pinjam dari aku. Ok ke tak dia nih??? Dah la pinjam duit aku, mintak aku report kat dia plak apa yang dia dah beli??? Bleh tak bagi rasional perbuatan ko nih????

Itulah dia yang aku belajo ari nih...

05 September 2008

Tolong ler fikir...

Kalau ikut perasaan, memang nak marah sesangat. Tapi ni kan bulan puasa, tak baik, setan tak hasut pon (ye la dia kena ikat). Tapi bleh tak berfikir seiring dengan qualification yang you ada. Apa guna kalau diberi tempat yang lebih tinggi tapi semua benda nak orang fikirkan untuk kita. Takut nak buat silap? Sampai bila pun jadi pengecut! Kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai, beli jer rumah teres kat pekan. Pastu kata nak buat kerja lain lepas opis hour, tapi nikan opis hour lagi… Keje yang ada pon blom beres lagi. Pastu letak alasan tak munasabah. Aku tau, aku takleh nak halang, cakap jer bleh, bukan bleh tembak you ngan mesin-gan. Astaghfirullahhhh....

04 September 2008

Puasa baru 4 hari...

Puasa baru empat hari tapi lagu raya... macam dah betol2 nak raya. Semua perasaan bercampur baur sekarang nih. Lagu-lagu nih khas untuk korang yang aku sayang ....

Bila Takbir Bergema - Allahyarhamah Datin Rafeah Buang (AlFatihah..)



Pulanglah - Aishah (masa kurus)



Suasana Hari Raya



Sesuci Lebaran - Dato' Siti Nurhaliza (sopan santun)



Ku Pohon Restu Ayah Bonda - MAMAT


Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

18 August 2008

Kita ada pilihan …

Semalam aku tengok satu cerita “Evan Almighty”. Apa yang aku nak sentuh bukan pasal citer tuh tapi dialog-dialog yang dilafazkan. Part masa Morgan Freeman jumpa dengan wife Evan tu kat restoran. Diaorang berbincang-bincang mengenai si Evan yang ramai orang kata dia dah giler. Tapi si Morgan Freeman ni dia kata kat si wife tu, kalau kita mohon dari Tuhan itu kesabaran, bukan Tuhan beri kesabaran itu dalam bentuk sesuatu (benda) atau kalau kita mohon dari Tuhan itu keberanian, bukan Tuhan beri satu benda yang namanya keberanian. Tapi bila Tuhan beri kita kesabaran dan keberanian itu bermaksud Tuhan beri kita PELUANG untuk kita mendapatkan kedua-duanya. Maksudnya kesabaran atau keberanian atau ketabahan atau yang seangkatan dengannya takkan kita tahu kita dapat sebelum kita melaluinya.

Peristiwa hari konvo ni juga buat aku berfikir bahawa peluang untuk aku mendapat kesemua itu memang ada. Aku ada pilihan sama ada nak marah atau terus bersabar, nak ’melatah’ atau berfikir dahulu, nak ’menyerang’ atau terus ’bertahan’. Kalau aku nak marah memang boleh, tapi apa faedahnya? Takkan sampai tak boleh ditegur. Macam orang tegur anak kita yang nakal, kita nak buat apa? Nak kata . ala..budak-budak macam tu lah atau pukul anak kita depan dia atau serang balik orang tu dengan kata anak dia pon nakal jugak, lebih dari anak kita. Selasai tak masalah? Ambillah itu sebagai pengajaran, lain kali kita kena berhati-hati sama ada dalam mendidik anak atau berkawan dengan orang macam tu.

Lagi satu, orang yang rasa diri dia dia besar coz mungkin title yang dia ader. Siap bagi-bagi arahan lagi. Kita ni sama jer, kuli gak kat sini. Tapi kalau dia nak rasa besar sangat, tak kisah pon, sampai satu masa tak ke mana... Tapi jangan lah kita nak letakkan kesalahan sendiri ke bahu orang lain. Tahun depan dengan orang yang sama jugak kita nak kerja, buat apa nak kecoh-kecoh. Sekarang boleh lah nak lari lari dari tanggungjawab, takperlah... yang penting aku dah tau ko caner.... Terima kasih!

22 July 2008

Terima kasih kawan...

Aku memang sedih giler pasal hal nih. Tapi aku amat berterima kasih kepada semua. Betul kata seorang kawan aku kat aku, ”Buat apa ko nak sedih-sedih camni coz ko ni memang suka bagi muka kat orang, orang kata apa kat ko pon ko terima jer, ko rasa memang ko la yang salah”. Terkedu gak biler dia kata camtu. Takper kawan, aku rela kalau macam tu boleh legakan hati orang lain yang aku panggil sahabat. Takper, takyah bela diri pon takper. Nak anggap aku macammana pon takper. Aku redha sedih camni.

14 July 2008

Kenapa nih...

Dari malam tadi tidur tak lena. Ntah apa yang tak kena.... Teringat keje je. Macam-macam yang aku risau. Macam mana persiapan Hari Guru? Rasanya dah buat tapi ok ke tidak? Kenapa mesti risau , kan dah buat. Tapi aku rasa cam tak abis buat. Kenapa nih... Aku tak patut risau camni memandangkan keadaan aku sekarang.

Macam mana nak halau kerisauan ni...

10 July 2008

Aper jer la aku nih....

24 Jun 2008

Hari tu Yatie tanya aku kenapa aku tak update blog? Lama jugak aku terfikir…kenapa yer…???

Pertama adalah aku takde mood. Kedua aku ingat nak masukkan mende2 yang baik jer supaya hidup jadi lebih baik. Ketiga apa yang baik nyer berlaku sekarang yer (berfikir)?

Banyak benda yang aku tak jangka jadi, tapi jadi jugak. Aku tak boleh ler nak anggap semua mende positif jer. Bila aku cuba tolak elemen negatif dan memositifkan sumer tu aku jadi penat. Penat untuk cari idea macam mana nak jadi positif. Sedangkan mende tu dah memang negatif. Tapi kalau aku tak jadikan positif, aku makan hati.

Orang kata kita akan release sket tekanan bila kita kongsi ngan orang lain. Nak kongsi ngan saper yer... Aku kesian gak dengan kengkawan coz diaorang pon tertekan gak, dengan saper la agaknya diaorang kongsi (berfikir lagi)? Aku tak mau jadi tekanan pada diorang plak.

Aper jer la aku nih....

Petang ni lepas ofis ader ler kawan sorang nih call. Satu persoalan dia tanya yang bermain dikepala aku adalah aku ni tak buat keje? Ye ke? Hmmm... (berfikir) agak nyer ler kot. Aku ni goyang kaki jer duduk kat opis, ader masa plak tu nak tulis blog. Hmmm... (berfikir) pastu ader masa lak nak turun minum walaupon sensorang. Pastu bergebang bagi ceramah pasal protokol kat student SMU. Pastu takder keje plak bleh bagi nasihat kat orang caner buat majlis. Pastu takder keje lagi gi buat hal ehwal pentadbiran. Ader masa plak tu nak briefing staf pasal assignment dan bahagikan tugas. Ader plak ruang aku nak buat berita. Hmmm… (berfikir) memang aku takder keje kot.

Aper jer la aku nih....

31 March 2008

Ya Allah...Berilah kekuatan kepada Diana dan keluarganya...

Sebak aku baca blog Anis yang citer pasal abang@ Along sorang staf PTPM, Diana. Aku tahu macam mana rapuhnya hati masa ini. Bila-bila boleh hancur dan berderai... Aku pernah rasa...

Tapi jika Tuhan izinkan, kalau boleh, jangan lah keluarga ini rasa deritanya. Ya Allah, selamatkanlah Along, berilah sedikit lagi ruang kepadanya. Sesungguhnya hanya Engkau tahu taqdir yang tertulis ini. Kepada keluarga Diana, tabahlah... Tuhan takkan turunkan ujian kepada kita seandainya kita tak mampu menanggungnya...

19 March 2008

Respek ??? No lah

Patut tak aku rasa bengang?!! Memang patut pon, tadi cakap lain, ni cakap lain plak. Tak mustahil memang selama nih dia yang memutarbelitkan kenyataan. Sebelum aku gi meeting tadi dia call kata nak mintak masukkan staf dia dalam program aku. Aku kata okay lah tapi aku dah buat PO so mintak dia buat PO sendiri ler. Pastu dia kata guna bajet aku lah yer. Tak kisah lah… bukan duit mak bapak aku pon. Alih-alih aku balik meeting staf kata aku kena approve PO utk staf dia. Caner nih tadi cakap lain. Hangat rasa hati. Aku masih ingat lagi dia kata yang aper-aper pon kena buat penyelarasan dengan dept dia. Dia kena buat penyelarasan ngan aku ker atau memang aku kena buat ngan dia. Aku nih keje untuk dier ker? Bukan aku nak KEKWAT tapi naper suka keluarkan arahan suker-suker jer!!! Aku tak keje bawah dia pon. Dan aku tau mesti aku dah kena banyak “MANGKOK” dengan boss dier tuh. Dulu pernah keje satu dept dengan boss dier dan boss dier tuh kalo tak suker ngan orang, memang panggil “MANGKOK” ler orang tuh. Respek? Aku rasa takder respek lagi ngan dier…

11 March 2008

HARI INI

Perkara –perkara yang buat aku letih hari ni..

1. Orang yang suka buat kerja lain padahal ditugaskan menda lain. Kononnya terima arahan daripada “ketua” lagi satu minta buat assignment nih. Dia keje ngan saper???

2. Orang yang memandai-mandai pelawa orang lain makan padahal itu bukan “kenduri” dia. Sakitnyer jiwa...

3. Dapat rasa ada orang berlakon depan aku. Sedih ! Tapi aku rasa dia bukan berniat untuk melukakan hati, maybe untuk menjaga hati.

4. Boss marah coz takder orang bagitau dia tempat duduk dia di meja utama. Dan kemarahan tu pada aku coz aku yang tolong sorongkan kerusi dia. It’s that my mistake??!!!!Huaaaaaa……. Pastu boss tengok aku jelling-jeling jer. Teringat balik masa Majlis Dialog dengan boss ari tuh. Tetiba jer boss tanya berapa kos tukar logo ari tuh? Terpinga-pinga aku sebab mmg aku tak tau (belum keje kat PRO lagi). Orang yang patut jawab tuh diam jer. Pastu boss tanya lagi kat aku kenapa buku dia lambat siap ? Dia kata “teruk betul!” . Aku ker yang buat ????!!!! Yang lain sumer buat bodo jer, mungkin dalam hati kata “padan muka” tu la saper sroh jadi PRO kan dah jadi punching bag.

5. Banyak yang bising-bising coz keje jawatankuasa dierlah paling mencabar coz banyak masalah timbul. Ye ker???

6. Aku tak cukup rehat ler… Malam tadi abis keje kol 12.30 t/malam. Minggu lepas pon samer.

7. Fikir pasal ex-boss, naper dier nak ketengahkan isu nih… Tunggu jer la.. Tapi cam terasa jer dia nak bawak mende nih kat meeting lepas kol 5 nanti dengan pengurusan tertinggi UPSI.


Tapi ada perkara-perkara yang buat aku happy…

1. Anis tolong aku dapatkan bantal untuk Tuanku sandar biarpon Anis banyak sandarkan kenangan pada bantal itu… Alhamdulillah bantal itu tak tercemar duli..

2. Sumer staf aku buat keje. Thanks a lot. Luv U all.

3. Rupa-rupanya Felda D’Saji nyer orang tuh banyak orang kampong aku…

4. Daksha banyak tolong aku buat keje, dari malam tadi sampai ari nih. Esok pon.

5. Ijan dah beli chiffon sutera yang aku minat!! Sedia duit jer la…

6. Satu Mamat nih nampak cam dah berubah sket, tapi leh caya ker… Yang penting ari nih, dia tak buat aku sakit ati sangat.

7. Sumer yang berlaku ari nih memang caca-marba tapi nampak cam okay jer…

30 January 2008

Aku kena tagged???

Anis tagged aku. Actually aku tak ler tau sangat tagged ni aper. Anyway setelah penjelasan MakNis so aku ikut yer...

I have been tagged by ANIS

The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they've been tagged by leaving them a comment on their blogs.


Eight (8) random facts about me.
1. Aku tak pernah anggap boss adalah kawan. Coz boss still the BOSS.
2. Aku ni insan yang sukar nak mengatakan "TIDAK" kepada orang lain (tu sebab senang kena buli kot). Kalau aku cakap "TIDAK" tu memang dalam keadaan yang terpaksa.
3. Sukarnya nak mengungkap kelemahan dan kesilapan orang lain. Paling senang nak buat adalah memmikirkannya saja. Aku sanggup elaborate panjang-panjang supaya orang tak terasa hati ngan kata-kata yang aku ucapkan. Kira cam cakap berlapik kain tebal-tebal.
4. Aku cepat kesian ngan orang.
5. Aku bela ikan kecik dalam ofis tepi PC.
6. Paling suka tengok cermin. Sebab aper yer...mungkin sebab aku suka aku kot.
7. Pantang betol aku dengan orang suka jalan menyeret kasut. Lagi satu, kalau berjalan lambat atau yang adik beradik dengannya adalah yang lembab buat keje.
8. Aku takde ilmu "TENGKU AMPUAN" (kaki ampu).

Next 8 person that I will tagged are:
(nanti aku update lain nama-nama tuh).
*teringat kat Lightning McQueen (citer CARS), dia kata dia ada byk kawan tapi sebenarnya...

02 January 2008

HAPPY BIRTHDAY TO ME...






1 Januari 2008 ulang tahun kelahiran aku yang ke 31. Dah bertambah usia lagi setahun. Tahun ni memang best, akan aku kenang selama-lamanya. Thanx to all Student MPP yang meraikan birthday aku malam 31 Disember 2007 (lepas celebrate bithday Dato' VC di SITC). Mmmmuuuaaahhh...sayang korang! Dan istimewa buat PRO staf + Jihan BSM, Luv U all. Thanx for the suprise party. Hadiah tu sangat special untuk orang cam aku nih. A very big thank you untuk kengkawan yang masih ingat birthday aku - Anis (yang dah buat kek untuk aku), Napi, Helmi, Daksha, Naida and all my family members. Hai..dah macam ucapan terima award lak dah. So, aku stop kat sini dulu, semoga Tuhan merahmati semua.

Sambungan ....

ni antara gambar-gambar masa all my colleages sambut birthday aku kat opis ari tuh. Pastu ngan adik-adik MPP yang memang dekat dihati. BEST !