19 May 2010

Aper tajuk ni yer...????


Jam 8.30 pagi baru boss sroh g Hot Spring. Bukan g berendam, tapi g mesyuarat wakil boss (sbetolnya orang len tp banyak ler hal). Tengok surat ingatkan meeting kol 10 pagi... nak keluar bijik mata aku tengok rupa-rupanya kol 9.00 pagi. Stengah jam nak kena g tempat yang lebih kurang 60km. Cepat-cepat sroh Fiza call driver mintak cancel driver. Lebih baik aku drive sendiri...

Apa lagi… Thundercats pon memecut macam ada jiwa yang perlu diselamatkan dari kena makan ngan Mumm-Ra. Hahahaha… At last sampai gak… lewat 5 minit. Ok la tuh!

Kat meeting yang memang @$*^%#@ ni apa lagi yang leh buat. Observe perangai orang ler… Macam nak gaduh pon ader…

Kesimpulannya ada 3 group iaitu Technical man vs. Criticism man vs. Public Relations man and the Chairperson yang bertindak macam umpire WWF. Fuh… sumer pon cam nak menang tapi cam biasa… kat mana-mana pon PR man selalu jadi punching bag. Bukan kalah tapi mengalah supaya keadaan tak semakin havoc. Aku salute tol orang-orang kerja PR nih (termasuk aku ler…hehehe). Apa yang kami pegang adalah “mengalah bukan bererti kalah tapi dah menang separuh… Separuh lagi??? Pandai-pandai lerrr, takkan itu pun nak ajar”…

18 May 2010

Kocik laie...


Dari malam tadi strawberry (hp aku…orang lain blackberry) buat hal. Suara ada, gambar plak takder..kuar belang2 jer… Hai… ni la tepon… masa-masa ni la nak buat hal pon. Tunggulah cari sugar daddy sponsor tepon.Hahahaha!!! Berangan biarlah yang patut-patut...

Jam 10 pagi tadi mahu tak mahu terpaksa jugaklah menapak kat kedai tepon kat TM tuh… Dah puas dibelek-belek, terus tokei tu cakap, “Ini libbon munya hat (ini ribbon punya hal)… konfem”. Yer ker..rasa2 nya baru jer masa Program Mengenang Tokoh 29hb Feb aku tukar. Takkan ler… Puas si Tokei kedai tu meyakinkan memang masalah ribbon (yang dia sebut libbon) yang sebabkan strawberry jadi citu.

At last.. Okaylah Tokei..Tukarlah ‘libbon’ tuh.. Sengih jer mamat tokei tuh… Mana taknyer jap lagi kaya la dia... Tengah tunggu tuh... Ader la mamat sebelah ni tersengih-sengih... Alahai...naper lak ai... Daripada boring tunggu bek aku sembang jap. Ooo mamat nih baru jer umur 19. Kocik laie tapi pakai moto besar. Dah keje. Pastu dia tanya lak umur aku berapa. Len macam jer ayat nyer nih. Aku cakap dah ko pon panggil akak, dah sure ler tua dari ko. Dia sengih2 jer. Tapi dia punya la desak aku, nak tau jugak umur aku berapa. Lak ai mamat nih... Aku cakap kat dia, sebetolnyer, awak kena panggil akak ni makcik coz memang layak jadi makcik awak pon. Tapi dia balas mak aii...ayat... punyalah jiwang... dah amik Diploma Ayat Mengayat aper... Tak padan ngan budak lagi. Mana lah belajar nih...

Aku naik risau gak dengan bebudak sekarang. Belum abis sekolah lagi tapi dah pandai menda2 macam nih. Pastu tak tapis dulu. Sepatutnya kat orang tua cam aku nih kena la tunjuk respect sket bukan semuanya leh sapu jer buat koleksi. Kalau macam ni lah yang dikatakan generasi masa hadapan... Aku tak tau apa kesudahannya...

Seb baek lah masa tu ada ler kengkawan UPSI gak yang datang baiki hp. Aku pon terus beralih arah. Terpinga-pinga budak kecik tuh. Tu ler...salah orang!!!

Sejam tunggu akhirnya strawberry pon dah boleh berfungsi... Cepat-cepat aku beredar. Pengajarannyer... ajar sket budak kecik tuh!!!

14 May 2010

Cakaplah kalau SAYANG...


Bersama-sama rakan-rakan sekerja outstation memang seronok. Kesempatan di dalam perjalanan yang panjang membolehkan banyak perkara dapat dibualkan.

Dalam banyak cerita, aku tertarik dengan kisah rumahtangga. Bukan nak menyibuk tapi menyelami pandangan suami-suami orang ini memang menarik. Kisah romantik mereka saat berkenalan, perkahwinan, anak-anak dan keluarga.

Lama dah perkahwinan, agak-agaknya apakah suami-suami ini bercakap ya. Jangan tak percaya, mengumpat lebih tau! Hahaha!!! Kalah aku!!! Siap mengumpat bini orang tu, bini orang ni, bini sapa yang jadi remote control, bini saper yang jadi Tarzan. Hahaha!!! Tak sangka kan?

Sorang teman ini, bercerita mengenai isterinya yang banyak komplen. Nak jugak aku tau apa yang di’komplen’kan. Dia kata isterinya komplen sikap dia tak romantik. Susahnya dia nak cakap SAYANG kat wife dia. Dia cakap kat wife dia, faham-faham dah la... Tak payah la nak cakap selalu.

Hmm... yang ni aku tak puas hati... Macam ni... Kalau nak faham-faham sendiri ni, boleh jadi salah faham. Body language ni tak semua orang faham... Len la Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.

Oklah… macam ni… kita tengok budak kecik la… Kalau dia menangis sebab apa? Macam-macam sebab kan. Ada sebab lapar, ada sebab sakit, ada sebab perlu perhatian. Coz dia takleh cakap, macam-macam la mummy dia buat supaya dia okay balik. Tapi kalau dia leh cakap kan senang, takyah mummy teka2 dia kenapa. Kalau lapar bagi makan, kalau sakit bagi ubat. Kan senang macam tu.

Camtu jugaklah dengan isteri. Seorang wanita ini walaupun matang, masih ada dalam dirinya itu sifat keanak-anakan, ini yang menjadikan wanita itu sangat menarik (ayat Rifad pada aku nih masa aku tengah mengong ari tuh). Senang cakap kan, cakap ler kalau sayang, cakap jugak kalau tak sayang. Kan senang... Tak payah lagi nak teka-teka body language hubby dia.

Bukan setakat dengan suami, tapi dengan sesiapa juga. Macam aku ni, aku rasa arwah adik aku, NORMAN, boleh faham yang kakak ni memang sayang dia. Tapi aku rasa terkilan sangat coz tak berpeluang cakap directly kat dia yang aku sayang sangat kat dia. Rasa terbuku dalam hati aku nih. Nyesal pon ader… tapi nak buat caner…

Aku mintak sangat kat sesaper yang baca blog aku ni, kalau kita rasa sayang kat sesiapapun, cakap lah. Cakap dengan tengok wajah dia. Len beb rasanya. Ikhlas…

Sekarang ni pon kalau aku sayang kat sesaper, aku akan directly cakap. Tambah kat mak, aku peluk pun sungguh-sungguh. Jangan sampai nyesal, cam jadi kat adik aku. Memang aku tak sempat…

Ayat yang paling senang, kalau kita rasa SAYANG kat orang, cakaplah masa tu, jangan tunggu-tunggu. Kalau tunggu mungkin tak sempat atau mungkin rasa tu akan berubah lepas tu. Saper tau kan...

Kalau kita BENCI plak... Yang tu aku rasa tak yah cakap dulu kot. Mungkin hari ni kita benci, esok sayang plak kan...Hahahaha!!!!

12 May 2010

Had dan Batasan


Lagi sejam nak tunggu untuk bertolak ke Kulim… Apa nak buat nih… Oklah.. Aku tulis satu lagi N3. Aku ingat lagi Faiz cakap kat aku, kalau nak tulis apa-apa, tulis saja, dalam blog ke, dalam facebook ke... Janganlah terrrrrlalu sangat fikir pasal apa orang nak cakap, jangan pendam. Betul jugak, walaupun kena jugak fikir, tapi janganlah sebab nak jaga orang sekeliling kita takleh nak buat apa-apa...

Had dan batasan. Segala-gala yang di langit dan di bumi ni ada had dan batasan. Tak kiralah macam mana jauh pun kita nak pergi, mesti ada hadnya. Setinggi mana kita terbang pun, ada batasannya. Itu juga adalah sebahagian kehidupan. Sebagai manusia, aku punya rasa untuk melampaui apa yang ada di langit dan di bumi. Manusia memang tak lepas daripada sifat ingin tahu dan tak pernah cukup dengan apa yang ada.

Jika diberi kita seteguk air, kalau boleh kita nak satu kolam. Dah diberi sekolam kita nak satu tasik. Macam tu jugak jika kita diberi sayang. Mula-mula diberi perhatian, kita nak diberi ungkapan. Jika diberi ungkapan kita nak bukti. Jika dah diberi bukti kita nak apa lagi. Macam-macam lagi hingga nyawa juga jadi taruhan. Pelik kan...

Macam yang aku cakap tadi... segala-galanya ada had dan batasan. Jika kita tahu, beruntunglah kita. Tapi jika tak mahu ambil tahu, alangkah ruginya. Tak ada gunanya jika kita terlagi-lagi dalam mengejar kehidupan. Contohnya, bila kita dah menang sesuatu pertandingan peringkat negeri, kita nak plak rebut peringkat negara, pastu nak bersaing pulak kat arena antarabangsa... Apa lagi nak ukur had dan batasanlah... Jika kita melepasi had, macam dunia ini kita yang punya. Jika tak, hampanya jiwa..

Tapi kalau tak cuba mana kita nak tau dimana had dan batasannya. Ye lakan... masa bercinta, lautan api pun sanggup direnangi. Tapi bila dah kawin, jangankan lautan api, nak pegang mancis pun agak-agak... Lain kali masa bercinta lagi kita dah uji, sanggup tak kata-kata dikotakan. Hahaha!!!

Okay kat ner tadi...dah melalut plak... Ha, macam ni.. kalau kita nak tahu had dan batasan kita kena cuba dulu. Jangan mengalah sebelum berjuang. Ni tak, nampak jer masalah terus tarik diri. Tak cuba pun... Orang yang macam ni takder kesungguhan, bila tak bersungguh-sungguh macam mana nak berjaya. Macam-macam alasan yang diberi, konon tak bersedia, dapat petunjuk dalam mimpi konon suruh tarik diri dan 1001 alasan lain lagi. Yang sebenarnya, kecut perut coz kalau terus melangkah risiko memang ada. Itulah yang dinamakan CABARAN juga RISIKO bila kita nak tahu had dan batasan... ADIOS!!!

11 May 2010

Life is so complicated...

Impian aku…kehidupan yang serba-serbinya simple sahaja. Simple pada aku bukan saja keperluan tetapi juga adalah kehendak dan keinginan.

But life is so complicated… walau se simple mana impian dan harapan, kehendak dan keinginan ini tetap ada. Perkara-perkara inilah penyumbang terhadap complicated nya kehidupan. Tentu tak faham kan…

Macam ni lah. Cuba kita fikir satu keperluan kita…Hmmm…makan... Yer, makan adalah keperluan kita tapi apa yang kita nak makan adalah kehendak dan keinginan. Tiap-tiap hari kalau makan nasi pon jemu jugak. Sesekali nak jugak makan mee ke, bihun ke, tapi ada orang yang takleh tak makan nasi dalam sehari (kira setialah ni...). Perasan atau tidak, walaupun kita setia makan nasi, tapi nak jugak lauk lain-lain kan... Complicated nyer nak fikir lauk apa nak makan/masak hari ni ...

Ataupun bila kita pakai baju... fesyen? Biarlah simple (ayat yang selalu orang letak kat profile masing2). Dalam simple-simple macam tu pun, kita taknak jugak pakai baju yang sama setiap hari kan… kecualilah uniform. Kalau uniform pun kita taknak yang sama setiap hari. Kita tahu kita pakai baju mana hari ni. Orang tak perasan pun, tapi kita tahu. Semalam T Shirt putih, hari ni pun T Shirt putih. Cuma kita jer yang tahu T Shirt semalam tu lebih putih dari T Shirt hari ni. Uniform semalam lebih pudar dari uniform hari ni. Orang nampak simple tapi sebenarnya complicated...

Ni lah kebenaran... coz bila aku cakap kat seseorang yang life is so complicated dia kata kitalah yang buat its so complicated… What so ever… I miss U.

03 May 2010

Aku yang bodoh atau dia yang mengong…

Dari siang tadi asyik2 terpikir… Panjang dah sebetolnya berfikir ni… Kalau diukur dengan berjalan kaki rasanya dah sampai Miami dah nih. Leh jumpa Horatio. Aku sroh ler dia siasat. Tapi mesti Horatio pon bengang ngan aku sebab dia tak tau menda apa dia nak siasat. Yer la... aku blom buat jenayah lagi... Takder kecederaan, takder pembunuhan... caner nak siasat nih... Tapi peduli apa aku ngan Horatio (walaupun aku sker kat dia). Makin sukar untuk aku terangkan... Horatio, ko gi ler cari Grissom... aku rasa dia leh tolong ko selesaikan konflik kejiwaan aku nih...

To the person... aku lom buat amokan lagi nih....