14 May 2010
Cakaplah kalau SAYANG...
Bersama-sama rakan-rakan sekerja outstation memang seronok. Kesempatan di dalam perjalanan yang panjang membolehkan banyak perkara dapat dibualkan.
Dalam banyak cerita, aku tertarik dengan kisah rumahtangga. Bukan nak menyibuk tapi menyelami pandangan suami-suami orang ini memang menarik. Kisah romantik mereka saat berkenalan, perkahwinan, anak-anak dan keluarga.
Lama dah perkahwinan, agak-agaknya apakah suami-suami ini bercakap ya. Jangan tak percaya, mengumpat lebih tau! Hahaha!!! Kalah aku!!! Siap mengumpat bini orang tu, bini orang ni, bini sapa yang jadi remote control, bini saper yang jadi Tarzan. Hahaha!!! Tak sangka kan?
Sorang teman ini, bercerita mengenai isterinya yang banyak komplen. Nak jugak aku tau apa yang di’komplen’kan. Dia kata isterinya komplen sikap dia tak romantik. Susahnya dia nak cakap SAYANG kat wife dia. Dia cakap kat wife dia, faham-faham dah la... Tak payah la nak cakap selalu.
Hmm... yang ni aku tak puas hati... Macam ni... Kalau nak faham-faham sendiri ni, boleh jadi salah faham. Body language ni tak semua orang faham... Len la Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.
Oklah… macam ni… kita tengok budak kecik la… Kalau dia menangis sebab apa? Macam-macam sebab kan. Ada sebab lapar, ada sebab sakit, ada sebab perlu perhatian. Coz dia takleh cakap, macam-macam la mummy dia buat supaya dia okay balik. Tapi kalau dia leh cakap kan senang, takyah mummy teka2 dia kenapa. Kalau lapar bagi makan, kalau sakit bagi ubat. Kan senang macam tu.
Camtu jugaklah dengan isteri. Seorang wanita ini walaupun matang, masih ada dalam dirinya itu sifat keanak-anakan, ini yang menjadikan wanita itu sangat menarik (ayat Rifad pada aku nih masa aku tengah mengong ari tuh). Senang cakap kan, cakap ler kalau sayang, cakap jugak kalau tak sayang. Kan senang... Tak payah lagi nak teka-teka body language hubby dia.
Bukan setakat dengan suami, tapi dengan sesiapa juga. Macam aku ni, aku rasa arwah adik aku, NORMAN, boleh faham yang kakak ni memang sayang dia. Tapi aku rasa terkilan sangat coz tak berpeluang cakap directly kat dia yang aku sayang sangat kat dia. Rasa terbuku dalam hati aku nih. Nyesal pon ader… tapi nak buat caner…
Aku mintak sangat kat sesaper yang baca blog aku ni, kalau kita rasa sayang kat sesiapapun, cakap lah. Cakap dengan tengok wajah dia. Len beb rasanya. Ikhlas…
Sekarang ni pon kalau aku sayang kat sesaper, aku akan directly cakap. Tambah kat mak, aku peluk pun sungguh-sungguh. Jangan sampai nyesal, cam jadi kat adik aku. Memang aku tak sempat…
Ayat yang paling senang, kalau kita rasa SAYANG kat orang, cakaplah masa tu, jangan tunggu-tunggu. Kalau tunggu mungkin tak sempat atau mungkin rasa tu akan berubah lepas tu. Saper tau kan...
Kalau kita BENCI plak... Yang tu aku rasa tak yah cakap dulu kot. Mungkin hari ni kita benci, esok sayang plak kan...Hahahaha!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment