Impian aku…kehidupan yang serba-serbinya simple sahaja. Simple pada aku bukan saja keperluan tetapi juga adalah kehendak dan keinginan.
But life is so complicated… walau se simple mana impian dan harapan, kehendak dan keinginan ini tetap ada. Perkara-perkara inilah penyumbang terhadap complicated nya kehidupan. Tentu tak faham kan…
Macam ni lah. Cuba kita fikir satu keperluan kita…Hmmm…makan... Yer, makan adalah keperluan kita tapi apa yang kita nak makan adalah kehendak dan keinginan. Tiap-tiap hari kalau makan nasi pon jemu jugak. Sesekali nak jugak makan mee ke, bihun ke, tapi ada orang yang takleh tak makan nasi dalam sehari (kira setialah ni...). Perasan atau tidak, walaupun kita setia makan nasi, tapi nak jugak lauk lain-lain kan... Complicated nyer nak fikir lauk apa nak makan/masak hari ni ...
Ataupun bila kita pakai baju... fesyen? Biarlah simple (ayat yang selalu orang letak kat profile masing2). Dalam simple-simple macam tu pun, kita taknak jugak pakai baju yang sama setiap hari kan… kecualilah uniform. Kalau uniform pun kita taknak yang sama setiap hari. Kita tahu kita pakai baju mana hari ni. Orang tak perasan pun, tapi kita tahu. Semalam T Shirt putih, hari ni pun T Shirt putih. Cuma kita jer yang tahu T Shirt semalam tu lebih putih dari T Shirt hari ni. Uniform semalam lebih pudar dari uniform hari ni. Orang nampak simple tapi sebenarnya complicated...
Ni lah kebenaran... coz bila aku cakap kat seseorang yang life is so complicated dia kata kitalah yang buat its so complicated… What so ever… I miss U.
No comments:
Post a Comment