12 May 2010

Had dan Batasan


Lagi sejam nak tunggu untuk bertolak ke Kulim… Apa nak buat nih… Oklah.. Aku tulis satu lagi N3. Aku ingat lagi Faiz cakap kat aku, kalau nak tulis apa-apa, tulis saja, dalam blog ke, dalam facebook ke... Janganlah terrrrrlalu sangat fikir pasal apa orang nak cakap, jangan pendam. Betul jugak, walaupun kena jugak fikir, tapi janganlah sebab nak jaga orang sekeliling kita takleh nak buat apa-apa...

Had dan batasan. Segala-gala yang di langit dan di bumi ni ada had dan batasan. Tak kiralah macam mana jauh pun kita nak pergi, mesti ada hadnya. Setinggi mana kita terbang pun, ada batasannya. Itu juga adalah sebahagian kehidupan. Sebagai manusia, aku punya rasa untuk melampaui apa yang ada di langit dan di bumi. Manusia memang tak lepas daripada sifat ingin tahu dan tak pernah cukup dengan apa yang ada.

Jika diberi kita seteguk air, kalau boleh kita nak satu kolam. Dah diberi sekolam kita nak satu tasik. Macam tu jugak jika kita diberi sayang. Mula-mula diberi perhatian, kita nak diberi ungkapan. Jika diberi ungkapan kita nak bukti. Jika dah diberi bukti kita nak apa lagi. Macam-macam lagi hingga nyawa juga jadi taruhan. Pelik kan...

Macam yang aku cakap tadi... segala-galanya ada had dan batasan. Jika kita tahu, beruntunglah kita. Tapi jika tak mahu ambil tahu, alangkah ruginya. Tak ada gunanya jika kita terlagi-lagi dalam mengejar kehidupan. Contohnya, bila kita dah menang sesuatu pertandingan peringkat negeri, kita nak plak rebut peringkat negara, pastu nak bersaing pulak kat arena antarabangsa... Apa lagi nak ukur had dan batasanlah... Jika kita melepasi had, macam dunia ini kita yang punya. Jika tak, hampanya jiwa..

Tapi kalau tak cuba mana kita nak tau dimana had dan batasannya. Ye lakan... masa bercinta, lautan api pun sanggup direnangi. Tapi bila dah kawin, jangankan lautan api, nak pegang mancis pun agak-agak... Lain kali masa bercinta lagi kita dah uji, sanggup tak kata-kata dikotakan. Hahaha!!!

Okay kat ner tadi...dah melalut plak... Ha, macam ni.. kalau kita nak tahu had dan batasan kita kena cuba dulu. Jangan mengalah sebelum berjuang. Ni tak, nampak jer masalah terus tarik diri. Tak cuba pun... Orang yang macam ni takder kesungguhan, bila tak bersungguh-sungguh macam mana nak berjaya. Macam-macam alasan yang diberi, konon tak bersedia, dapat petunjuk dalam mimpi konon suruh tarik diri dan 1001 alasan lain lagi. Yang sebenarnya, kecut perut coz kalau terus melangkah risiko memang ada. Itulah yang dinamakan CABARAN juga RISIKO bila kita nak tahu had dan batasan... ADIOS!!!

No comments:

Post a Comment