31 May 2007

La camisa negra

Irama lagu ni adalah TANGO (teka jer...). Sedap di dengar tapi tak tahu makna... Ada yang kata lagu ni mengenai broken heart. Yer ker?? Anyway, enjoy it!

Dulu faham kini tahu...

Dulu kalau ada yang bercakap, apa yang aku bleh komen adalah...aku cuma faham coz aku tak merasainya. Tapi baru sekarang aku tahu macam mana. Macam mana nak explain yer... Sedih ker? Memang ler... Tapi kalau bleh, jangan ler panjang2 kan. Aku percaya jodoh, pertemuan, ajal, maut dan rezeki adalah ditentukan Tuhan. Kalau Dia nak bagi, susah caner pon pasti bleh dapat. Tapi kalo tak bagi, muhasabah diri balik, kita ni kan manusia yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Dah tentu semua yang baik dalam diri kita datangnya dari Allah SWT. Kena redha yer... Jangan aniaya diri dengan berfikir yang bukan-bukan. Sekali lagi beri ruang dan peluang kepada diri. Chow!!!

I have a dream

I really have a dream.... Say me a little prayer.

Ruang dan peluang 1 : Bersukan

Bersukan adalah "masalah" kepada kita masa kini. Betol tak? Yer la, nak urus keluarga pon tak sempat, inikan plak nak bersukan. Datang keje matahari belum pon keluar, balik keje matahari dah tak nampak. Nak cari masa untuk keluarga lagi susah coz walau apa pun kita buat, UTAMAKAN KELUARGA.

Tapi, kenapa tak boleh? Memang susah pada mulanya, bila dah jadi rutin, dah tak susah lagi. Semalam, setelah sekian lama, aku main netball semula. Masa sekolah dulu, wakil daerah. Pastu, berenti konon nyer nak tumpu pada pelajaran. Masuk keje, kengkawan ajak coz tak kawin lagi. Bila dah berumahtangga, semua tu jadi tak penting lagi. Naper yer...

Bersukan bukan fokus untuk kuruskan badan sebenarnya. Tapi lebih kepada exercise jantung dan salah satu cara bersosial secara sihat. Cuba beri ruang dan peluang kepada diri untuk bersukan, bukan lama, stengah jam jer. Kesian kat jantung kita, makin lama makin sempit ruangan dia kat dalam badan coz dihimpit lemak. Tolonglah jantung kita. Banyak lagi manfaat yang boleh kita dapat dari bersukan. Tak percaya? Jom turun netball petang nih.

30 May 2007

Beri ruang dan peluang

Mak pernah tegur tentang cara aku berpakaian, berat badan yang makin bertambah-tambah, semakin malas mengurus diri dan macam-macam lagi. Siap banding dengan anak orang tu, anak orang ni. Ntah lah, dah dua anak ni aku rasa cukuplah zaman nak menjaga setiap itu dan ini. Yang penting aku kerja dan boleh bagi anak-anak makan.

Kat tempat kerja, aku buat kerja sepenuh hati. Tak fikir yang lain. Sebab fokus hanya untuk anak-anak jer. Satu lagi jangan sampai Boss upset dengan kerja-kerja aku. But, sampai satu ketika, dalam satu meeting, boss highlight yang dia perlu pegawai tambahan dan yang paling penting mesti ada INTERNATIONAL OUTLOOK. Maybe Boss tak niat nak menyinggung perasaan sesiapa. Tapi aku memang terasa. Aku buat kerja tak cukup baik ker? Atau memang aku tak der langsung ciri-ciri yang patut ada pada seseorang yang bertugas di bahagian International. Baru aku sedar dan cermin diri sendiri pada masa itu, Ya Allah, apa aku dah buat pada diri aku ni... aku down sangat-sangat.

Aku nekad nak kurus. Nekad giler. Tiap-tiap hari berdoa supaya turun lah berat badan walaupun sekilo. Tapi doa hanya tinggal doa kalau takder usaha. Macam mana? Dah cuba macam-macam ubat (yg sah ler), dah jumpa doktor, sendawa tinggi dan macam-macam lagi. Tapi...

Ntah macam mana, terjumpalah dengan satu produk nih. Aku tak fikir panjang, mahal pon mahal lah (mahal ler harga nyer kalau pada aku). Terus beli dan cuba. Bulan pertama turun 5 kg. Wow!!! Takyah berlapar. Bulan ke tiga, aku dah turun 12 kg. Masya Allah. Enam bulan guna, turun 16 kg. Sesuatu yang tak pernah aku jangkakan.

Bila dah kurus, keyakinan bertambah kuat. Tekad aku nak beri ruang dan peluang kepada diri untuk berubah. Aku ubah penampilan. Dan yang paling penting aku ubah diri menjadi seorang yang lebih positif. Mungkin pada orang lain, aku biasa saja. Tapi pada diri sendiri aku amat bersyukur dan it is wonderful to be ME...

Bukan tujuan aku nak bermegah-megah dengan testimoni ini tapi aku nak share dengan semua orang yang seperti aku suatu ketika dahulu yang kita boleh berubah jika kita MAHU. Yang penting beri ruang dan peluang kepada diri. Tak kira dalam apa-apa perkara. Separuh dari hidup kita ditakdirkan memang untuk orang lain dan berilah yang separuh lagi kepada diri sendiri.

Untuk Boss (yang dah jadi ex Boss), terima kasih coz banyak pengajaran yang aku dapat daripada semua peristiwa ini.

29 May 2007

Hehehe..




Kelakar ler !!!!

kah kah kah

Reshuffle kembali lagi

Tak tahu aku nak describe perasaan dan mood aku biler reshuffle kembali lagi. Dan takkan ketinggalan dalam percaturan adalah AKU. Result penuh :

AKU (Pusat Asas Pendidikan/Latihan Mengajar ) ke PRO
Syahdan (PRO) ke FSSK
Zahrull (FSSK) ke RMC (Tahniah coz dah N44)
AJ (RMC) ke FSS
Chin (FSS) ke Library
Ilmizan (HEP) ke BSM Pentadbiran
Helmi (BSM Pentadbiran) ke BSM Latihan
Hajjah Suhaila (BSM Latihan) ke IPS
Ghani (IPS) ke Akademik-Peperiksaan
Hajjah Maskana (Akademik-Pentadbiran) ke FST (Tahniah juga coz dapat N44)
Shakila (Pej. Naib Canselor) ke Pusat Asas Pendidikan/Latihan Mengajar

First of all, aku memang gementar giler. Kalau orang bleh dengar degup jantung aku nih... Tapi biler ingat balik sejarah reshuffle aku nih, okay kot...

1 Mac 2000, mula-mula masuk keje, kena report ke FB. Hari ke 7 bekerja dah kena lempar fail ngan big boss UPSI. Memang aku takkan luper nyer. Dah ler ari tu baru jer pakai baju yang aku buat sempena dapat keje. Pastu, baju tu aku dah pas kat orang lain. Badi baju kot... Pengajarannyer : Jangan sign mende yang kita tak buat.

Reshuffle yang pertama aku kena ke FSKPM setelah 4 bulan kat FB. Alasannya, FSKPM dan FST fakulti besar dan aku perlu ambil salah satu. Seminggu kat sana, Naiem ajak tukar suka sama suka coz nak pindah bangunan baru. Dia dah setup tempat kat situ. So, aku memang tak kisah terus tukar ke FST.

Bertugas di FST selama lebih kurang 2 tahun. Then wujud fakulti baru. Boss masa tu bawa aku ke FTMK (fakulti baru). Tapi cuma sebulan coz satu lagi fakulti baru wujud. Dengan alasan Dekan FPE nanti adalah dekan baru, reshuffle yang ke 3 berlaku dan aku ke FPE, sebuah fakulti baru yang belum ada apa-apa. Meja pon tak der. Dekan dan staf lain pon blom lapor diri lagi. Hanya ada aku dan sebuah bilik. Dah la masa tu tengah sarat 8 bulan mengandung first baby. Hmmm... ujian dan cabaran.

Di FPE selama setahun stengah, reshuffle ke 4 membawa aku ke Pusat Perhubungan Antarabangsa. Gayat siot! Di PPA selama cukup 2 tahun stengah. Planning utk PPA aku buat stengah mati. Dan tepat 1 Disember 2006 aku ke Pusat Asas Pendidikan - Reshuffle ke 5.

Dan kini adalah yang ke 6. Tempat pulak dah nak masuk yang ke 8. Adakah lebih baik????? Wait & see. Wallahua'lam...

Kengkawan yang lain, berilah idea, pendapat dan lagi dan lagi dan lagi...