29 May 2007

Reshuffle kembali lagi

Tak tahu aku nak describe perasaan dan mood aku biler reshuffle kembali lagi. Dan takkan ketinggalan dalam percaturan adalah AKU. Result penuh :

AKU (Pusat Asas Pendidikan/Latihan Mengajar ) ke PRO
Syahdan (PRO) ke FSSK
Zahrull (FSSK) ke RMC (Tahniah coz dah N44)
AJ (RMC) ke FSS
Chin (FSS) ke Library
Ilmizan (HEP) ke BSM Pentadbiran
Helmi (BSM Pentadbiran) ke BSM Latihan
Hajjah Suhaila (BSM Latihan) ke IPS
Ghani (IPS) ke Akademik-Peperiksaan
Hajjah Maskana (Akademik-Pentadbiran) ke FST (Tahniah juga coz dapat N44)
Shakila (Pej. Naib Canselor) ke Pusat Asas Pendidikan/Latihan Mengajar

First of all, aku memang gementar giler. Kalau orang bleh dengar degup jantung aku nih... Tapi biler ingat balik sejarah reshuffle aku nih, okay kot...

1 Mac 2000, mula-mula masuk keje, kena report ke FB. Hari ke 7 bekerja dah kena lempar fail ngan big boss UPSI. Memang aku takkan luper nyer. Dah ler ari tu baru jer pakai baju yang aku buat sempena dapat keje. Pastu, baju tu aku dah pas kat orang lain. Badi baju kot... Pengajarannyer : Jangan sign mende yang kita tak buat.

Reshuffle yang pertama aku kena ke FSKPM setelah 4 bulan kat FB. Alasannya, FSKPM dan FST fakulti besar dan aku perlu ambil salah satu. Seminggu kat sana, Naiem ajak tukar suka sama suka coz nak pindah bangunan baru. Dia dah setup tempat kat situ. So, aku memang tak kisah terus tukar ke FST.

Bertugas di FST selama lebih kurang 2 tahun. Then wujud fakulti baru. Boss masa tu bawa aku ke FTMK (fakulti baru). Tapi cuma sebulan coz satu lagi fakulti baru wujud. Dengan alasan Dekan FPE nanti adalah dekan baru, reshuffle yang ke 3 berlaku dan aku ke FPE, sebuah fakulti baru yang belum ada apa-apa. Meja pon tak der. Dekan dan staf lain pon blom lapor diri lagi. Hanya ada aku dan sebuah bilik. Dah la masa tu tengah sarat 8 bulan mengandung first baby. Hmmm... ujian dan cabaran.

Di FPE selama setahun stengah, reshuffle ke 4 membawa aku ke Pusat Perhubungan Antarabangsa. Gayat siot! Di PPA selama cukup 2 tahun stengah. Planning utk PPA aku buat stengah mati. Dan tepat 1 Disember 2006 aku ke Pusat Asas Pendidikan - Reshuffle ke 5.

Dan kini adalah yang ke 6. Tempat pulak dah nak masuk yang ke 8. Adakah lebih baik????? Wait & see. Wallahua'lam...

Kengkawan yang lain, berilah idea, pendapat dan lagi dan lagi dan lagi...

No comments:

Post a Comment