30 May 2007

Beri ruang dan peluang

Mak pernah tegur tentang cara aku berpakaian, berat badan yang makin bertambah-tambah, semakin malas mengurus diri dan macam-macam lagi. Siap banding dengan anak orang tu, anak orang ni. Ntah lah, dah dua anak ni aku rasa cukuplah zaman nak menjaga setiap itu dan ini. Yang penting aku kerja dan boleh bagi anak-anak makan.

Kat tempat kerja, aku buat kerja sepenuh hati. Tak fikir yang lain. Sebab fokus hanya untuk anak-anak jer. Satu lagi jangan sampai Boss upset dengan kerja-kerja aku. But, sampai satu ketika, dalam satu meeting, boss highlight yang dia perlu pegawai tambahan dan yang paling penting mesti ada INTERNATIONAL OUTLOOK. Maybe Boss tak niat nak menyinggung perasaan sesiapa. Tapi aku memang terasa. Aku buat kerja tak cukup baik ker? Atau memang aku tak der langsung ciri-ciri yang patut ada pada seseorang yang bertugas di bahagian International. Baru aku sedar dan cermin diri sendiri pada masa itu, Ya Allah, apa aku dah buat pada diri aku ni... aku down sangat-sangat.

Aku nekad nak kurus. Nekad giler. Tiap-tiap hari berdoa supaya turun lah berat badan walaupun sekilo. Tapi doa hanya tinggal doa kalau takder usaha. Macam mana? Dah cuba macam-macam ubat (yg sah ler), dah jumpa doktor, sendawa tinggi dan macam-macam lagi. Tapi...

Ntah macam mana, terjumpalah dengan satu produk nih. Aku tak fikir panjang, mahal pon mahal lah (mahal ler harga nyer kalau pada aku). Terus beli dan cuba. Bulan pertama turun 5 kg. Wow!!! Takyah berlapar. Bulan ke tiga, aku dah turun 12 kg. Masya Allah. Enam bulan guna, turun 16 kg. Sesuatu yang tak pernah aku jangkakan.

Bila dah kurus, keyakinan bertambah kuat. Tekad aku nak beri ruang dan peluang kepada diri untuk berubah. Aku ubah penampilan. Dan yang paling penting aku ubah diri menjadi seorang yang lebih positif. Mungkin pada orang lain, aku biasa saja. Tapi pada diri sendiri aku amat bersyukur dan it is wonderful to be ME...

Bukan tujuan aku nak bermegah-megah dengan testimoni ini tapi aku nak share dengan semua orang yang seperti aku suatu ketika dahulu yang kita boleh berubah jika kita MAHU. Yang penting beri ruang dan peluang kepada diri. Tak kira dalam apa-apa perkara. Separuh dari hidup kita ditakdirkan memang untuk orang lain dan berilah yang separuh lagi kepada diri sendiri.

Untuk Boss (yang dah jadi ex Boss), terima kasih coz banyak pengajaran yang aku dapat daripada semua peristiwa ini.

No comments:

Post a Comment