23 May 2012

Si Kucing kah yang buat hal lagi??


Salam… hari ni mungkin adalah hari yang paling sesuai untuk aku mulakan penulisan ini… Pagi tadi berjumpa semula dengan rakan yang baru balik cuti besalin… Tahniah atas kelahiran The Cute Princess … Kemudian petang ini pula berjumpa dengan my dear sister yang dah lama juga tak dengar cerita…

Semalam Matt Freud minta aku tulis cerita tentang dia… Hmmm… Zaim Akagi pun jugak soh aku tulis… Cerita apa yang menarik tentang mereka berdua??? Hahahaha!!! Banyak… beribu-ribu kenangan… Nantilah… pasti saya akan coretkan sesuatu tentang kamu berdua…

Tapi hari ni aku nak tulis pasal aku dan seterusnya adalah aku… Pasal orang yang tak suka aku jadi jahat dan tak senang aku jadi baik… 


Aku pon tak suka nak jadi jahat… tak suka nak buat orang macam-macam… tetiba teringat balik kisah kawan aku yang buang helmet si kucing dalam sungai…. Hahahahaha!!!! Jahat la ko!!!! 

Tapi kadang-kadang aku terfikir nak jadi jahat… terfikir nak aniaya orang… hmmm… macam calarkan kete orang yang parking kete ikut suka ati mak abah dia… teringin nak cilikan si mulut besar yang menjaja cerita dan fitnah… teringin nak tarik misai manusia yang anggap dirinya dewa… hahahaha… teringin macam2… tapi yang jelas dan nyata… aku takkan buat macam tu… aku bukan jenis yang sampai hati… aku terfikir, kalau aku buat jahat kat orang sekali, Allah akan balas kat aku 1000 kali… Insaf jap…

Jelas sekali… ramai yang tak suka kalau aku jadi jahat… sebab aku bukan orang jahat…

Tapi kenapa orang tak senang bila aku jadi baik… Orang tak senang bila aku bercakap dengan berhemah… Orang tak senang bila aku memberi mereka peluang membetulkan kesilapan diri mereka… orang tak senang bila aku cuba memberi ruang kepada mereka berbuat kebaikan… Kenapa tak senang… aku bukan nak jadi Malaikat… Malah aku juga jauh untuk jadi nabi… 

Aku cuma mahu mereka sedar bahawa peluang sentiasa ada untuk berubah menjadi lebih baik… Aku mahu mereka sedar bahawa kesalahan itu akan ditutup dengan kebaikan… Aku mahu mereka sedar bahawa aku juga manusia yang tak berhak dinilai oleh sesiapa… Siapalah aku kan…

Sekarang ni… aku cuma boleh berfikir… berfikir balik mengenai diri, tugas dan tanggungjawab… berfikir mengenai nasihat seseorang kepada aku… Sampai macammana kita ni nak jaga orang supaya orang tu boleh masuk syurga… Kepada waris kita pun belum tentu kita boleh jaga sampai macam tu kan…

Kesimpulannya… kalau si kucing mahu perang… JOM PERANG!!!! (Hehehehe… ader kaitan tak??)