31 January 2011

tanya Tuan Director

Waktu keje jam 5.00 petang dah pun berakhir... so keje apa yang dah siap? Tengok-tengok atas meje... Hmmm... tak siap lagi... Apa yang aku buat nih?

Perbincangan kewangan dengan Daksya. Bab ni sensitif... Yang kena hentam adalah kami so dah jadi sensentap.... Tapi siapakah yang nak kongsi...

Update jadual dan activities untuk Februari. Kena selalu update klu tak banyak yang tak cover nnt. Bukan sekadar activities BPKHA tapi the most important adalah activities universiti... Mesyuarat hampir setiap hari… Semuanya tindakan, sedialah Ima, hopefully boleh sesuaikan diri yer… Kalau ikutkan diari…setakat hari ni ada 9 events. Bengkel dan kursus ada 2, photoshoot untuk penerbitan korporat 2 minggu dan retreat Briged 2 hari… Ni tak termasuk pembikinan manual book (tulis dan edit manual/buku pengurusan majlis UPSI, bukan MPK FM yer...)dan segala menda untuk promosi...

Perancangan pelan promosi untuk R & D Gemilang. Hurmmm...nak cari slot susahnya..., nak kena kenal betul ngan program-program media...Yang cetak ok la kot...yang elektronik nih susah sket coz penjadualan diorang tu selalu berubah... ikut kekosongan katanya (ni sebab nak free, jimat cost)... caner nak buat, dia kosong kita full, kita kosong dia full plak... Kita cuba lak esok!!!

Kat sini I miss my Pengarah a lot!!! Selalunya masa tengah tension giler babas nih, ada gak tempat nak kongsi dan tukar2 pendapat… Selalunya dia bagi semangat dan motivasi coz penyelesaian kena cari sendiri… Betullah kata dia… kita disuruh bertanding dalam F1 tapi yang diberi pada kita cuma MyVi jer... letak logo Thundercat pun takleh nak lawan Ferrari... Pastu ada seratus orang penonton yang asyik bagitau kat kita apa yang kita kena buat untuk bagi menang... suruh upgrade lah (nasihat jer ker? Duitnye mana?), suruh pektis lah hari-hari, suruh susun jadual kejelah untuk servis lah, pastu siap sindir lagi... “Dua tahun masa diberi...tak menang2 jugak” pastu “Ni nak ambil masa berapa lama lagi nak menang nih...setahun cukup?” Peritnyer nak telan...

Nak menangis ker? Tak kot... Aku rasa ramai yang suka kalau aku menangis... Baru padan muka aku kan? Selama nih jadi kambing yang dok dalam kandang... Bila kandang runtuh, semua serigala cam nak balas dendam... Salah kambing ker salah kandang nih... Apa kata kita tanya Tuan Director...hahahaha


Ni aku dan my new assistant Ima. Pasni bab Pengurusan Majlis, PR, Perkhidmatan Pelanggan, Promosi dan Pemasaran cari kitaorang... Bab cenderamata, pentadbiran, kewangan dah serah pada Puan Daksya yer.. TQ

25 January 2011

Arghhh...rindunya...


Semalam dapat call daripada K.E (Kak Engku) Pej. VC maklumkan VC suruh g meeting kat Residence Hotel Bangi. Dah la sakit sesungguh kepala…MC lagi tuh. Malas nyer nak fikir macam mana nak g. Kata ada kenderaan tp btolak ko, 7 pagi… Huh! Celaru otak…mana dan nak hantar bebudak lagi… So dengan kata lainnyer…drive sendiri ler…

So hari ni…drive ler aku ke tempat tujuan…Ikut jalan yang aku tau selama nih…Memang ler jam…tapi okay la kot… About the meeting, NO KOMEN…

Abes jer meeting, Mama pesan belikan si Syafik calculator 350…apa tuh? Mana nak cari? Hmm.. . yang terdekat…Seri Serdang kot (coz tu jer tempat yg aku expert). So, AFM2495 pun membelah jalanraya…Memang jam giler dari Uniten ke UPM…sabor jer la…

Sampai kat simpang UPM tuh tetiba jer aku rasa sebak sangat (tak tau naper…). Mungkin sebab lagu2 retro dlm SINAR FM ker…atau sebab aku sorang2 driving ker? Kebetulan pulak kenderaan arah ke Serdang memang kurang… Aku terimbas balik jalan-jalan kenangan di UPM dulu…ngan Chah, Mex, Dol, Fuad, Bob… Rasa cam nak ulang balik jer… Tetiba aku rasa rindu… Rindu pada ACR4243… Rindu nak isi minyak kat Petronas tuh… Rindu nak g pasar malam Seri Serdang… Rindu nak g kelas…Rindu nak merempit (ni pun leh rindu ker?)Nakalnya aku dulu… Aku rindu semuanya…rindu sangat…

Apa khabar rakan2 aku agaknya…rindukah mereka pada jalan-jalan kenangan ini… Rindu tak pada aku ini… Cepatnya masa berlalu… Banyak perkara pada kita yang dah berubah… Aku mungkin berubah, pada wajah, pada penampilan, pada watak tapi tidak pada hati… masih sama macam dulu… masih sayang pada kamu…

16 January 2011

CUTI KER?


Duduk jap depan PC nih lepas sidai baju… Sedih tengok kain yang menimbun minta dicuci… Kejam nyer aku kat kain baju tuh… Cuti dua hari nih buat apa? Cuti ker? Sebetolnya hari cuti ni aku bertambah keje bukan berkurang… Rehat ker? Sejujurnya…TIDAK.
Bukan mengeluh coz inilah kehidupan… Ditambah dengan tanggungjawab, kadang2 memang tak tertanggung… Penat ker? Penat sangat… Kalau hari keje, dalam tido pun aku teringat keje…hari cuti macam nih lagi macam-macam aku ingat …
• Semalam kuar g Rawang, beli barang dapur… Banyak barang dah abes… Tengok ramainyer beli minyak masak, berbotol2…kenapa? Oooo… krisis minyak masak… Tapi effect aku tak? Tak la sangat…
- Melayan kerenah bebudak nak beli macam2… Pastu nak main macam2…
- Pastu malam lak terus g perjumpaan BRIGED BPKHA… Alhamdulillah… Adik2 ni lah yang buat aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
- Dari pagi aku teringat pasal banner nak sambut MB datang sok… Dah gantung ker? En. Amir tu kata dah (dia emel tadi). Nak sroh saper g tengok nih… Kesian lak nak suruh staf masa cuti nih… Mau tak mau… kol 11 malam nantilah aku g tengok… Lepas Mikhael tido…
- Bathroom tak cuci lagi… kain tak lipat lagi… keperluan anak untuk esok tak sedia lagi…
- Esok MB datang, lusa lak majlis ngan MIMOS… dua-dua nak press… hari jumaat dah pi ngadap press Ipoh, apa lagi usaha?
- Luka masih lagi berbekas di hati… Adakah ini akan terus melemahkan semangat untuk berjuang di BPKHA? Nanti aku jawab…

13 January 2011

TAK GUNA


Subhanallah... dah lama sangat dah aku tak pernah rasa marah macam nih... Marah yang teramat marah... Kenapalah syaitan ini menguasai... Mungkin yang call aku tadi setan jugak kot... Dengan arahan yang direct jer dia keluarkan... Mungkin sebab aku dah takder Pengarah kot, so dia jadik lebih berani... Atau sebab aku ni takder pangkat kat depan nama so dia ingat leh buat sukahati tok nenek dia jer...

Pastu bila aku mintak menda yang sepatutnya aku dapat dari dia, wah...dengan ayat membesarkan diri dan pangkat (siap sebut lagi jawatan dia tuh yang tak tahan tuh...), terus kata itu bukan keje dia. Dia cakap suruh aku dapatkan dari orang len pulak... Siap sound lagi, bukan ker tuh keje you all... Aku pun kata ler...Betul tu keje kami, tapi input must be from organizer... Pastu macam-macam ayat mengong yang memang jelas menunjukkan kebangangan dia keluar dari mulut longkang dia tuh...

Dan yang buat aku menggigil pegang tepon tu tadi bila dia kata, Prof. Dotdotdot ni kata BAHAGIAN KORPORAT ni TAK GUNA, bukan tahu buat keje pun... Ya ALLAH... Busuk hatinya manusia nih... Aku pun cakap kat dia, tu sebab saya minta semua bahan2 ni coz saya nak tunjuk kami nih berguna, tapi kalau tak mahu bagi memang ler TAK GUNA...

Pas letak tepon, memang ler aku takleh nak bercakap dah... betul2 rasa down sangat...Senangnya cakap... Dengan kami yang tak guna ni jugak korang perlu nak mintak dapatkan speech, kami yang tak guna nih kena buat jemputan, kena buat follow up, kami yang tak guna ni jugak kena sediakan cenderamata, kami yang tak guna ni jugak yang you all suruh ligan media, kami yang tak guna ni jugak kena run kan majlis you all tuh, tak gunanya kami nih sampai VIP you kami yang kena handle... Kami yang tak guna ni jugak di suruh angkat nama you all... coz dengan adanya kami yang tak guna ni nanti you all yang dapat nama... Kami tak nak pun nama tuh…

Percaya atau tak, bila jemputan tak ramai yang hadir, ader yang akan cakap...BAHAGIAN KORPORAT ni memang TAK GUNA... mana audience... Tapi tau tak kami dah call, buat follow up... Takkan kami nak kena heret diaorang masuk event you

Pastu bila disediakan cenderamata, kata pulak, macam ni jer… sepatutnya cenderamata kena korporat ler sket, dari dulu I tengok BAHAGIAN KORPORAT memang TAK GUNA… cenderamata pun low class… Tapi tau tak…dalam membelanjakan wang rakyat nih, bahagian kami kena tengok keperluan semua. Takkan nak beli lain-lain…mahal, tau tak? You ingat kos satu plak berapa? Yang you nak crystal, tp kita mampu beli kayu jer… You tengok majlis you saja, tau tak bajet yang diberi kepada kami berapa? Dengan sebanyak itu rasa-rasa kami boleh beli apa… Kalau bajet nak hala kepada cenderamata saja, baik kita jadi BAHAGIAN KEBAJIKAN daripada BAHAGIAN KORPORAT…

Pastu bila media tak hadir…keluar pulak, BAHAGIAN KORPORAT memang TAK GUNA… kita buat majlis besar, tapi press satu pun tak datang… Tuhan…Ampunkan aku kalau aku terpaksa berkasar untuk menyatakan kebenaran ini… Kami dah buat seupaya kami, surat jemputan dah buat, dah follow up, dah call, dah pi jumpa face to face dah buat siaran akhbar... Cuma yang kami tak buat lagi adalah dukung diaorang datang ke sini... Izinkan aku cakap, press mahukan news value, paham tak? Macam nih, kita buat perasmian pelancaran buku la katakan, dalam perjalanan press ke sini tiba-tiba ada kejadian bas terbalik...ingat press nak datang jugak ker kat kita? Surat khabar dia lagi laku kalau siarkan berita bas terbalik tu, silap2 muka depan... pastu byline nama reporter tuh... pikir la sket... kita nak nama kita naik, reporter pun nak story dia naik... press company nak jualan dia naik... Rasa2 orang ramai nak beli surat khabar yang mana? Yang ada pasal perasmian kita kat muka depan atau yang ada pasal peristiwa bas terbalik, 27 orang mati... Tolong la jawab...

Pastu bila event nak berjalan, VIP terpinga2 cari tempat duduk, yang keluar dari mulut you, BAHAGIAN KORPORAT ni memang TAK GUNA, VIP tak tau tempat duduk...mana diaorang pegi... Apa lagi, VIP you kan... layan ler... Tapi mesti tak boleh coz tu bukan keje you (macam yang you cakap coz jawatan you besar) coz biasanya BAHAGIAN KORPORAT yang TAK GUNA ni yang tahu nak susun tempat, nak entertain VIP, kalau salah letak VIP, BAHAGIAN KORPORAT la yang TAK GUNA coz tak tagging tempat, dah you all malu... nanti la BAHAGIAN KORPORAT...korang dah bikin aku malu...tu lah yang you kata dalam hati kan...

Bukan tu jer...banyak lagi menda BAHAGIAN KORPORAT TAK GUNA ni buat, MC salah cakap, BAHAGIAN KORPORAT tak check ker? Muzik tak keluar, BAHAGIAN KORPORAT tak tengok dulu ker? Video camera tak der BAHAGIAN KORPORAT tak panggil ker? Gambar tak cantik, BAHAGIAN KORPORAT tak reti ker? Bendera kat pentas takder, BAHAGIAN KORPORAT tak beli ker? Corporate Book tak der, BAHAGIAN KORPORAT tak terbit ker? Brosur tak siap, BAHAGIAN KORPORAT punya hal ler...

Senang kata la kan... dalam TAK GUNA nya kami di BAHAGIAN KORPORAT ni rupanya TAK GUNA lagi mulut yang menuduh kami TAK GUNA tuh...

Kering dah airmata aku hari nih...terlukanya hati...kecilnya rasa diri...rupa-rupanya aku bukan sesiapa di sini...

12 January 2011

FIRST EVENT

Alhamdulillah...First event of the year berjalan lancar tadi... Penat mulut aku nih meng ‘usher’ orang soh duduk…Tp ada gak yang tak moh duduk…Mungkin coz kat ofis asyik duduk jer… nak rasa plak berdiri jer… atau mmg dah biasa kat sekolah dulu cikgu selalu denda berdiri dalam kelas kot…hehehe…jangan la marah… Kan ker elok kalau kita duduk kat kerusi dan dengar Amanat tu (walaupun sebenarnya tak berapa nak dengar…) takper… janji hormat majlis…

Pastu, orang merajuk tuh dah tak merajuk lagi… Okay la kan… Kalau tak, tak tau ler apa nak buat coz baru sedar yang aku nih tak pandai pujuk orang dah besar nih… yang aku tau, pujuk my baby Mikhael jer….

Dah 7 stengah malam dah. Tunggu si Ikwan nih sampai…tak sampai2 pun… mana pegi nih… Tadi kata on de way… Dah sejam dah nih…KL tu bukan jauh sangat. Kalau tak sebab nak guna jugak barang2 tuh, tak kuasa nak tunggu kat sini... But anyway, a BIG THANK to Ikwan...

Lagi?...aper yer... Ha!... Aku dah makeover sekali lagi bilik aku nih... Bukan aper... aura keje tu kena mari dlu, baru keje leh jalan... hasilnya...






11 January 2011

CAWAN


Dah nak balik dah...tapi hujan lebat sangat.... Baru je lepas berkongsi masalah dengan i yang aku respek. Such a release bila bercakap dengan sesorang yang faham tentang apa yang dihadapi sekarang… The conclusion selepas perbincangan ini adalah di analogikan sebegini…

Apabila orang lain di suruh menterjemahkan apakah “cawan” dan diberi duit untuk buat apa saja supaya persoalan mengenai “cawan” terjawab... Mereka kata tak payah susah2...gi kedai beli jer la cawan, macam2 bentuk dan saiz ada, pilih la yang mana nak.

Tapi bila aku disuruh menterjemahkan “cawan”, aku mintak duit nak beli cawan, tapi diaorang kata...itu keje ko, pikir ler macam mana nak buat coz kitaorang taknak bagi sesen pun...

Ish3... dengan berbekalkan air liur saja, aku disuruh pegi la kat mana2 tokey yang boleh bagi aku pinjam cawan, takpon hutang...malangnya takder satu pun yang bagi... Kecualilah kalau dalam perjalanan nak mendapatkan cawan tu, something happen to me… mungkin lah tokey tu kesian kat aku then bagi la aku “cawan” free…

Kalau takpon, sampai berbuihlah aku akan cerita pasal “cawan” nih tadi kat semua orang tanpa dapat tunjukkan cawan tuh macammana rupanya...payah2...

Ada faham? Tak faham kan...takper....

10 January 2011

Zoobie Doobie


Best la lagu citer 3 idiots nih... Tajuknya Zoobie Doobie.... Citernyer pon best... Tak heran la menang banyak awards...

Tapi the best thing yang citer nih tunjuk adalah... Seseorang tu jadi lebih baik jika jadi ‘diri sendiri’… Itu keputusan yang kadang-kadang kita tak pasti dalam hidup… Coz dari kecik lagi kita di didik supaya mendengar kata, sampai sekarang kita tak yakin dengan diri, perlu sokongan untuk buat sesuatu, yer la kan... kita lebih yakin bila kita dengar sesuatu yang kita NAK dengar kan... berbanding sebaliknya...

Fuh...at last dapat gak tulis sesuatu....