Perbincangan kewangan dengan Daksya. Bab ni sensitif... Yang kena hentam adalah kami so dah jadi sensentap.... Tapi siapakah yang nak kongsi...
Update jadual dan activities untuk Februari. Kena selalu update klu tak banyak yang tak cover nnt. Bukan sekadar activities BPKHA tapi the most important adalah activities universiti... Mesyuarat hampir setiap hari… Semuanya tindakan, sedialah Ima, hopefully boleh sesuaikan diri yer… Kalau ikutkan diari…setakat hari ni ada 9 events. Bengkel dan kursus ada 2, photoshoot untuk penerbitan korporat 2 minggu dan retreat Briged 2 hari… Ni tak termasuk pembikinan manual book (tulis dan edit manual/buku pengurusan majlis UPSI, bukan MPK FM yer...)dan segala menda untuk promosi...
Perancangan pelan promosi untuk R & D Gemilang. Hurmmm...nak cari slot susahnya..., nak kena kenal betul ngan program-program media...Yang cetak ok la kot...yang elektronik nih susah sket coz penjadualan diorang tu selalu berubah... ikut kekosongan katanya (ni sebab nak free, jimat cost)... caner nak buat, dia kosong kita full, kita kosong dia full plak... Kita cuba lak esok!!!
Kat sini I miss my Pengarah a lot!!! Selalunya masa tengah tension giler babas nih, ada gak tempat nak kongsi dan tukar2 pendapat… Selalunya dia bagi semangat dan motivasi coz penyelesaian kena cari sendiri… Betullah kata dia… kita disuruh bertanding dalam F1 tapi yang diberi pada kita cuma MyVi jer... letak logo Thundercat pun takleh nak lawan Ferrari... Pastu ada seratus orang penonton yang asyik bagitau kat kita apa yang kita kena buat untuk bagi menang... suruh upgrade lah (nasihat jer ker? Duitnye mana?), suruh pektis lah hari-hari, suruh susun jadual kejelah untuk servis lah, pastu siap sindir lagi... “Dua tahun masa diberi...tak menang2 jugak” pastu “Ni nak ambil masa berapa lama lagi nak menang nih...setahun cukup?” Peritnyer nak telan...
Nak menangis ker? Tak kot... Aku rasa ramai yang suka kalau aku menangis... Baru padan muka aku kan? Selama nih jadi kambing yang dok dalam kandang... Bila kandang runtuh, semua serigala cam nak balas dendam... Salah kambing ker salah kandang nih... Apa kata kita tanya Tuan Director...hahahaha
Ni aku dan my new assistant Ima. Pasni bab Pengurusan Majlis, PR, Perkhidmatan Pelanggan, Promosi dan Pemasaran cari kitaorang... Bab cenderamata, pentadbiran, kewangan dah serah pada Puan Daksya yer.. TQ
puan marini, r n d gemilang tu apa??
ReplyDelete