28 January 2012

Anak Angkat


Dah jam 6.00 pagi… walaupun hubby dan anak2 melayan tidur, aku rasa dah tak mampu dah… kenapa? Lately sakit perut, gastric dan diarrhea mudah sangat ‘menyerang’… perut dah sizen…hehehe

So, layan blog lagi bagus kot.. Tapi aper cer pepagi sangat ni? Hmmm…teringat kisah semalam…nak tulis ker? Lama gak ter’pause’ kat sini tadi… Tak kot… kalau aku tulis, rasa tak sedap la… Cuma aku nak tulis apa yang ader dalam minda sekarang… Yang ni aku rasa okay coz aku tulis pasal aku je…

1.       Kadang2 sesuatu tu terjadi tanpa perlu alasan yang munasabah – status BBM  aku semalam, Jumaat jam 8.27 malam… tu yang aku rasa dan terasa sesangat… ceritanya lebih kurang macam ni, aku diizinkan makan gula2 yang aku suka selama ni oleh keluarga angkat aku coz aku do ngan diaorang, menumpang la katakan... Diaorang memang tau aku suka giler ngan gula2 ni. Kalau dapat peluang makan gula2 ni, aku leh lupa dunia! So, aku pun berandaian coz aku diberi kebenaran sekali maka aku leh makan la gula2 tu banyak kali... 
     
      Nak jadi citer, sorang penjual gula2 ni datang dan jual gula2 ni kat aku… Aku pun pergilah ke pagar rumah nak beli… bila dah di tangan, dengan lahapnya aku pun makan, tapi baru gula2 pertama, jiran sebelah umah suruh berhenti makan dan buang gula2 tu… aku tanya kenapa? Katanya aku tidak diberi kebenaran untuk makan gula2 yang penjual tu jual, naper makan? Ish …pelik… Saper kata? Laa…Pak Angkat ko tu mengamok soh ko berenti makan sampai bila2… Takkan lah… Yer, betol, kata si jiran.. Ish3… tak munasabah ler… aku kan dok serumah ngan dia.. kenapa dia tak bagitau kat aku terus… kenapa nak ngamok2 bagitau jiran sebelah umah soh sampaikan pada aku… Ish…pelik… 

      Tambah pelik aku tak diberi sebab kenapa aku dah takleh makan gula2 tu sampai bila2… Yang pentingnya ko TAK BOLEH! la Tini… Banyak tanya lak… Suka ati Pak Angkat ko la dia nak bagi alasan tak munasabah ker munasarawak ker? Dia kata gula2 kat umah belambak-lambak tak dimakan.. nak beli kat luar plak… Yer la sangat ader gula2 kat dalam umah…

2.       Then bila jiran sebelah umah citer ngan lebih lanjut… Hmmm… dah dapat dah! Tak lain dan tak bukan ni si Abang Angkat nyer angkara la ni… Maka jam 5.56 minit pagi sebentar tadi aku dah tukar status kat BBM… Orang tak nampak apa yang kita buat, tapi lebih ‘tau’ aper yang kita tak buat… The ‘wonderful’ thing of being a PERSON Ish3… Sebab aku tak kemas bilik dia jer tadi… Tapi aku dah tukar cadar ngan cuci bilik air dia…  So dia bawak citer yang aku ni tak kemas umah… Abang Angkat la sangat dia tu, suka sangat lagakan orang… Selama ni dengar citer jer, now dah jadi kat diri sendiri… Haih…

3.       So, moral of the story… caner kita sayang pon kat keluarga angkat kita nih, kita tetap ANAK ANGKAT… Kat mana pon, anak sendiri gak yang betol…kan?

Susah ker korang nak paham? Hahaha… 

 Buat la aper pun... Aku nak senyum jer melihat 'kebijaksanaan' cerdikpandai itu menganiayai orang lain... Semoga Allah makbulkan doa2 orang teraniaya...Aminnn...

21 January 2012

Dari dunia sampai akhirat


Mood hari ni : SANGAT MALAS!!! … Haih… Mungkin sebab sesema @ selesema yang melanda kot… Hmmm…alasan lagik… Pokoknya memang tahap kemalasan sangat tinggi dan cemerlang!

Kesian tengok sinki kat dapur yang minta dikosongkan… baju kat stor yang minta dimandikan… lantai yang menjerit-jerit minta di’facial’ coz berminyak2… Alahai…Kesiannya… Kesianla kat aku ni dulu yer… 

Keluar pegi pasar pagi tadi… Mak aiii!!! Kereta bersusun memenuhi laluan ke Tanjong Malim… Betol la 1 Malaysia… Mari kita raikan perayaan ini bersama2, GONG XI FA CHAI!!! 

Minggu lepas 15 Januari 2012 adalah Ulangtahun Kelahiran ke 3 bagi si kecil tersayang SUFRIEY MIKHAEL bin SHAAROL AZWAN… Ingat nak celebrate, tapi cam tak jadi jer… Takper la nak yer, nanti Mummy carikan hadiah yang MIKHAEL nak tu…


 Mummy luv U sayang, dari dunia sampai akhirat…

10 January 2012

HIDUP! HIDUP!

Fuiiyyyoooooo.... UPSI semalam macam nak perang pon ader... kat mana2 ader polis... pusing kiri kanan ader FRU, depan belakang ader pengawal keselamatan bantuan daripada IPTA lain... Hmmm... skali seumur idop kot keadaan ni terjadi... harap-harap macam tu laa...

HIDUP! HIDUP! U.P.S.I! (cer tiru bebudak demo tu cakap... hahaha)

Nak tau cer ker?? Ala takkan tak ikuti perkembangan atau kisah si kertas yang bernama Double A - yang turunkan bendera gambar PM tu... Siap quote lagi yang mamat ni dari UPSI. Ader bloggers yang tulis Universiti PERGURUAN Sultan Idris... Tu la orang ader blog, ko pon nak ader blog... orang pandai.. ko yang goBLOG...

HIDUP! HIDUP! PERJUANGAN!

Rasa-rasanya... ramai yang tak ambik pusing aper yang nak jadi kat dier... Biasa la... darah muda...menggelegak la katakan... Tetiba teringat suatu waktu dahulu... Aku pun pernah muda, pernah bergelar MAHASISWA... Pernah join gak REFO*****...tuuuutttt....hehehe... tapi bila fikir balik... hmmm... banyak perjuangan membela individu itu daripada perjuangan sebenar... Yang kena hamput ngan polis – MAHASISWA, yang kena sepak terajang – MAHASISWA, yang kena gantung pengajian –MAHASISWA, yang lain? Entah... Ader tak yang nak hargai perjuangan kami MAHASISWA dulu tu? Hmmm...HAMPEH....

HIDUP! HIDUP! DEMO! DEMO!

So, buat adik2 yang bergelar MAHASISWA... habiskanlah pengajian... tak payahlah berdemo-demo nih... Tak ke mana pun... Kita bukan seperti negara jiran kita yang mendapat kemerdekaan daripada pertumpahan darah... Kita juga bukan kerajaan yang digulingkan setiap 4 tahun oleh mahasiswa yang rata-rata dibayar... kita orang MALAYSIA... rakyat yang kaya dengan budi bahasa, hidup kita dengan musyawarah, dengan muafakat, dengan keamanan dan kedamaian (kecuali di jalanraya... orang Malaysia memang OUT!) hahahaha

HIDUP! HIDUP! JANGAN SOMBONG!

Eh! Aku nak citer kes semalam nih... Ish3... Sombongnya lah budak kertas tu... Dah jatuh hukum yang pada aku sangat memberi peluang kepada dia memperbaiki diri, tak la pulak dihargai... Siap bagi statement kata sepanjang tempoh penggantungan ini dia akan perjuangkan supaya AUKU dimansuhkan...

HIDUP! HIDUP! MESTI BIJAK!

Kemudian kata plak, dia tak diwakili peguam...hehehe...nak gelak pun ader... haih, kater nak perjuangkan supaya AUKU dimansuhkan... Tapi isi AUKU pun ko tak pernah baca... caner nih... Main redah jer ker... Sok kalau orang kata soh cerai bini, ko pon terus la cerai, orang soh ko terjun lombong ko pun terus la terjun... Haiiiyaaa... ini orang pon ada ka...kesian..kesian... Paling tak tahan bila ko tulis kat fb yang ko mengata salah seorang panel tu BODOH... Ingatlah budak kertas, roda sentiasa berpusing... kalau hari ni ko bleh cakap macam2... satu hari nanti Tuhan balas... itu janji Nya...

HIDUP! HIDUP! ADA OTAK!

Nak tau apa yang paling terkesan kat penduduk Tanjong Malim nih? Hmmm...kesesakan yang melampau2... nak sampai umah yang jarak 10 minit pun leh jadi sejam... Nak masuk kampus pun di larang... Kalau nak masuk gak kena jalan kaki... Kesian kat kawan aku yang memboyot membawa perot tu... Ader yang terlewat mengambil anak2 di TASKA dan anak meraung2 mak bapak tak sampai2... Paling sedih adalah kawan2 ko yang terlewat ambil exam, ader yang terpaksa jalan kaki dari Taman Bahtera ke kampus coz bas takleh masuk ambil dan hantar mereka... Tak ker kat sini ko dah menzalimi ramai orang... Tu pun taknak mintak maaf lagi... Ingat la dek...doa orang yang dizalimi ni MAKBUL...

Kat sini aku embed satu video yang aku suka sangat... coz aku PRO COMMON SENSE.. so feel free to watch...



HIDUP! HIDUP! ANWAR HADI!!!