21 June 2011

Hishhhh...Aku Buntu...

Ditanya dengan soklan kenapa tak mintak bantuan kengkawan bila buat keje… Hmmm… Wahai kengkawan jajahan takluk UPSI… Bukan aku tak mo mintak tolong, tapi aku sangat sedar bahawa kengkawan juga sangat sibuk… Ada ker masa untuk aku? Ada ker ruang untuk berfikir mengenai keje aku? Sedangkan aku nih entah di ceruk mana dalam hati semua…

Yang pentingnya… keje orang laen pon banyak…tentu takleh nak fikir keje-keje tambahan nih lagi kan… Aku sangat bimbang kalau keje aku menyusahkan orang lain… Aku sangat risau kalau orang merungut tentang keje yang aku mintak share sama2… Aku sangat sedih kalau aku mintak tolong buat keje tapi orang buat donno… Buruk sangka ker aku? Ntah… tapi aku dah pernah laluinya… Nak melalui sekali lagi… Sanggup ker?

Jendela depan aku nih, terangnya… memang terang bila hari cerah… Aku harap cerahnya tu sampai ke dalam hati… Tapi untuk hari ni… Tak kot… Cuaca tak secerah yang aku harapkan… Ish3… apa puitis sangat nih… Geli nyer dengar… hehehe…

Nak tulis ker apa yang ada dalam hati? Tak kot… Cukuplah… Apa yang aku perlu sekarang adalah semangat untuk terus menjalankan amanah keje ini... Dok dalam ofis, pandang keliling… takder pun yang mahu memberi semangat… Bukan tak mau kot… Tapi mende2 nih bukan boleh bercakap pon… Abes nak wat caner? Hishhhh… aku buntu nih…

02 June 2011

Penangan...

Penangan Konsert DiRaja malam tadi di UTP Seri Iskandar membuatkan sangapan tidak terkawal, bercakap kat tepon dengan mata terpejam, melalut dan ke laut, badan dah mula panas, suara dah serak dan bermacam-macam symptom demam yang lain telahpun memunculkan diri…

Tu la… buat lagi, sampai kat umah kol 2 pagi.. bergelap rupanya Kalumpang malam tadi… Oooo…blackout satu daerah… Seb baek cuaca tak panas… so leh jugak anak-anak tido… Aku? Tetap tido tak leh nyenyak bila tengok Mikhael asyik batuk2… Bernafas pon asyik bunyi jer… Kesian anak aku tu… Bila tengok dia macam tu, lupa kejap kemengantukan yang amat sangat nih…

Hasilnya, aku yang bangun dalam kehoyong hayangan… drive pon cam rasa tak pijak paddle… Yang paling xtreme bila rak rekod Ikin dah jadi katil sementara aku… Sowi la kengkawan… dah takleh kawal dah nih…hehehe

Tau tak naper aku gagahkan diri menjadi Lady Gagah hari ni untuk masuk ke ofis gak? Coz aku dah janji ngan ramai orang… Dah janji nak gi bantu event (walaupun tolong tengok jer…)…Dah janji ngan pembekal nak tengok barang2 yang dia promote…. Dah janji ngan supplier yang nak hantar barang hari nih… Semuanya coz dah janji… Tapi naper la janji nak hantar barang tinggal janji jer… Kalau takleh datang cuba la tepon… Ni aku dah bazirkan masa aku untuk menunggu… Ish3… tak elok ler macam nih… UPSI nih bukan mak bapak I yang punya… Kalau mak bapak I yang punya, dah sure I tak deal ngan macam nih nyer attitude…

Huh!! Tak leh layan ler camni nyer perangai… Tapi aku nak korang semua layan tengok gambar-gambar semalam sebelum, semasa dan selepas konsert… Release sket tension….

Hadiah UPSI yang ditempah oleh Bahagian Perancangan Korporat dan Antarabangsa atau lebih tepat lagi bahagian aku khusus untuk DYMM Paduka Seri Sultan Perak sempena Konsert DiRaja... Lawa tak?

Aku dan Ima sebelum bertolak ke UTP Seri Iskandar. Latar belakang adalah dalam bilik di Impiana Casuarina Hotel, Ipoh....

Pose sebelum jemputan memenuhi ruang dewan...Poyoz nyer maks...

Ampun Tuanku... Kerusi DYMM Tuanku Sultan..

Lobby hotel

Azrie si Webmaster pon menyumbangkan tenaga dalam tariannya... congrats lah!

Comey tak Ikin bila dah mekap sket...

Ima...kalau tak Daulat...Tulah kot...hehehehe

Nampak tak tulis kat dahi kitaorang ni USHERETTE


Nota : Mana gambar Si Sajarutul....ala cian ler....