29 April 2011

PANAS


A very disappointed day… kalau boleh aku describe kan hari ini… Sepatutnya hari yang boleh menyenangkan hati dan mententeramkan jiwa… alih2…hmmm… JK (Jiwa Kacau) Poyo tol ler…

Bukan senang untuk aku menuding tangan menyalahkan orang lain dalam banyak perkara… termasuklah peristiwa yang terjadi hari ini… kira berbekas jugak la kat hati…

En. Dot dot dot… aku rasa tak patut ko bercakap dengan seorang kawan macam nih kan… Mungkin bukan niat di hati ko tu nak membesarkan kerusi empuk ko tuh…tapi dengan words yang macam tu aku kira aku dah nampak kerusi ko tu… hmmm…baru aku sedar kat mana terms kawan yang ko cakap tuh…

Satu lagi…walaupun aku nampak ‘main-main’ dengan ko, pada telahan ko… tapi dalam keje aku tak ‘main-main’ yer… Mintak mahap bebanyak… pasni kalau nak apa2, plz memo yer… Takder lagi term kengkawan untuk ko coz aku rasa kengkawan pada engko pada masa ko perlu jer bukan pada masa kawan itu perlukan ko… So… Lu pikir la sendiri beb!

Hufff…. Appointment yang dibatalkan last minute… apa aku rasa ‘ekk... Panas gak kot coz I’M WAITING... Hello!!! Nak keje ker tak nih? Ni lagi satu... Kadang-kadang bila kita tegas, orang kata kita garang... bila kita beri muka, langsung pijak kepala... Serius la! Keje is keje... Jangan campur adukkan dengan relationship yang kita mulakan sebab keje nih... Adddoiiiiyaiiii...

Okaylah... sesaper pun jangan kaco aku time ni ‘ekk... Tengah PANAS...

25 April 2011

ku menunggu...


Isnin sampai lagi untuk minggu kesekiannya. Sepatutnya hari ni ada appointment tapi … Ntah… Last Jumaat cancel coz ada emergency katanya… Takper… Family first… Tapi satu yang aku tabik kat dia nih coz dia call aku dan maklumkan… Tq dear… tak la aku tertunggu-tunggu…

Sebut pasal TUNGGU… hmmm… satu kata kerja yang kalau boleh semua orang taknak… biasala… dah nama manusia kan… tak sabar… Kalau boleh semua kemahuan diturutkan SEKARANG tanpa perlu menunggu… Haishhh… kalau macam nih… kiamat ler… Tu pun manusia kena tunggu coz akan jadi bila-bila masa tanpa tau tarikh, masa dan ketika…

Jom kita citer pasal TUNGGU…

Dengar tak lagu Rossa yang aku jadikan lagu kat blog nih…. Tajuknya “KU MENUNGGU”… best kan… Liriknya…hmmm…ada yang kata lirik pompuan gatal… yer ker? Tapi aku tak rasa macam tu… cukup baik apa coz dia sanggup menunggu… tak pi kacau pun… Cuma dia tak pendam… dia cakap dalam lagu…kira okay la tuh… Kan? Pendam2 nih makan diri nanti… better open jer… Ok…tinggal bab mengarut…

Hmmm…lama dah aku tunggu kaki aku ni baek… sakit jer manjang… sendi kaki cam terkehel sket… sakit wooo… minyak dekat sebotol dah abes… nak g jmp doctor ker? Takyah ler… bukan takut…tp malas… Tapi kalau tunggu jer…bila nak baek??? Tini!!! G jumpa doctor..mana tau kot jumpa yang hensem ker??? Hehehe… ader lak mcm tuh… kalau tak leh ubat kaki…ubat mata… hahahaha!!! Jahat!!! Tapi kalau setakat klinik panel kat Tanjong Malim nih… sumer aku dah kenal… Hmmm…tanggung la sakit nih yer…

Apa lagi yang aku tunggu nih… aku tunggu Ima… tengah bizi… Nak uruskan bengkel 14hb Mei nih… Leh ker nak tunggu nih… Keje nak disiapkan… Banyak gak bertapok atas meja nih… Ima, dah siap ker?.... Jap2… Cuba draf perancangan media nih… Ish.. Otak tak jalan ler… Ima!!!! Hmmm… jap2… Takleh kot… perot dah bunyi lagu GANAS – KRU nih… Ima!!! Jom g makan jap…

20 April 2011

LAGU KITA

Hujan petang di Tanjong Malim… baru ingat nak angkat kaki awal sket… tapi discussion sebentar tadi betul2 buat aku rasa takleh nak dok diam. Bila nak taip proposal macam tak leh nak gerak kekunci laptop nih… Apa ayat pertama? Huh!! Jam lak otak petang2 nih…

So, sambil2 dengar lagu Bruno Mars nih… baik tulis satu N3… abes lagu BM sambung lak lagu si Gio – Bila Cinta… Syahdu…syahdu… Tapi cam terpelik sket ler… ader dengar2 satu suara sumbang mengekek2 gelak… Psiko aper… Ker nak bagitau aku yang dia tak baek ngan aku, dia leh baek ngan orang laen… Hmmm… ader aku kesah??? Layan lagu lagik best… Teruskan Gio…

Idea oooo idea…meh ler datang… kosong rasanya nih… Jap2… nak tepon kawan jap… td masa tengah discussion dia call tp takleh pick up so tepon ler balik… Hello…(10 minit)…. Ala… tak sampai tiga minit coz ader orang ngan dia…okay lah… sok sambung yer…

Eh!! Line internet takder ler… WiFi pon takder… naper…nampaknyer kena restart laptop nih… Jap yer… 5 minit…

OFF

Ha! Dah on balik…internet pon dah ok… Ish3… lagu aper kat SINAR FM nih… rock tapi … poyo… Leh tolong tak on air kan lagu2 yang ok sket… Hmmm… klu leh aku nak dengar lagu Maroon 5… aper2 jer lagu dia macam Won’t Go Home Without You ker… This Love ker… Misery ker… Hmmm…apa lagi Ha! She will be loved…best kan!

Tak pun lagu Aizat… Sungai LuiHanya Kau Yang Mampu… hmmm atau Lagu Kita… Lagu nih si Abang kata lagu Abang untuk Mummy coz Abang sayang Mummy… Ala… Tersayu plak… Apalagi… aku nak baliklah… teringat kat Abang @ Mukhreez, Kakak @ Mellysa dan buah hati ,Adik @ Mikhael… jap lagi Mummy sampai yer!!!

Dan AIZAT - LAGU KITA ni untuk korang yer...

19 April 2011

Kertas Putih...



Sedar atau tidak… kadang-kadang kehadiran kita menyusahkan orang lain… Mengganggu hidup dan kehidupannya… mengacau pernafasannya dan lebih parah adalah menggugat jiwanya… Tak baek tau… Macam yang aku cakap sebelum nih… mungkin kehadiran kita ni hanya sebuah justifikasi… Mungkin untuk mencukupkan bilangan … Mungkin juga untuk mendapatkan semula perhatian atau mungkin sebagai satu kepentingan… Penting ker? Sampai bila? Sampai dah tak penting lagi… :(

Walau apa pun… kehidupan perlu diteruskan… Janganlah kita bertindak mengawal segala-galanya. Ada perkara yang di bawah kawalan kita dan ada perkara yang tak dapat kita kawal langsung. Macam yang aku cakap kat Sum 1 semalam… diri kita ni umpama sekeping kertas A4 yang putih bersih jenama Double A…hehehe… Kesilapan dalam hidup umpama dot dot pen hitam atas kertas tu… Sama ada dot dot tu kita yang buat sendiri atau terkena dot dot pen orang lain… Dari jauh, orang tak nampak dot dot tuh kecuali orang yang memang betul2 nak cari salah kita (dia dengki coz kertas dia lagi banyak dot dari kertas kita..hehehe). So, kenapa kita tak teruskan kehidupan dengan bahagian putih kertas itu? Mengapa perlu nak padamkan dot dot tuh… Macam2 kita guna.. liquid paper, pemadam pen, air liur…(Yaks!!) last2 kertas makin kotor… Ish3…Dah jadi pun tanpa dapat kita kawal… Take it positive my dear… yang silap tu tetap silap, yang salah tetap salah… tapi bukan kita yang mengadilinya…bukan juga mereka…

Ha ! Macam tu jugak kita kena pandang orang laen… Takyah focus pada kesilapan dia… Itu antara dia ngan Tuhan… Siapalah kita untuk menilai… Kalau nak sambung membebel nih memang panjang… 2 hari ceramah pon lom tentu abes…

Eh…jauh lak aku dari topic asal tadi iaitu kehadiran kita yang menyusahkan orang lain… ada kaitan tak ngan isu kertas tu?... Hmmm…ada kot… iaitu… Sekarang nih kertas dah tak digunakan lagi… so kalau kita kertas, memang ler menyusahkan orang laen…hehehehe….leh pakai tak?

Okay Tini...BLAST YOUR DAY!!!!

18 April 2011

Aizat - Fikirlah...



Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia

Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru

Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliru
Aku keliruuuu....

Nota : BESTkan lagu nih.... Caner tuh... Ce citer ce citer...

15 April 2011

Alahai...


Banyak sangat ke keje hari ni? Tak kot… Tapi kenapa letih semacam… Hurmmm… demam la… tak syok la macam ni… Alahai…

Pepagi ada meeting… 1 Statement : Marini already married with her job … Fuh!!! Workaholic nyer aku… Panjang aku termenung pas dengar statement yang kuar dari mulut CEO… Hmm… memberi motivasi untuk lebih berusaha… Dalam pada tu, tetiba aku terus teringat kat anak-anak… Kesiannyer anak-anak aku dapat Mummy macam nih… Perlu tak aku reset priority? Alahai…

Tetiba aku teringat kat Kak Limah Yang Balik Rumah… (takyah kenal…tetapi aku tau dia baca blog aku nih)… Kak Limah bagitau aku dia sedih dan happy pada masa yang sama… Kenapa Kak? Hmmm… Kawan dia nak kawen setelah lama jadi single mother… Wahhh… Tahniah kawan Kak Limah!!! Tapi Kak Limah sedih katanya… Naper plak Kak? Tadi happy… Sorang lagi kawan Kak Limah plak bercerai… Kak Limah kata dia tak tau nak rasa caner… Hmmm… Alahai…

So, Kak Limah plak caner? Nantilah Tini… Nanti akak citer… Naper Kak? Akak nak balik rumah katanya…. Hmmmmm…. Alahai....

12 April 2011

Love story...


Alahai… persoalan CINTA ini memang tak abes… Camtu lah hidup orang muda… Tak kata yang muda, orang tua pun tak kurang… Biasa la, semua menda2 yang berlaku nih bersebab… Boleh terima dengan tak nyer aje… Apa la aku membebel nih…

Buat sorang adik yang aku kenal dan mula sayang pada dia… Ha! Jangan salah anggap… Dia seorang wanita tabah dan cantik sangat (Tapi tak pernah sedar dia tu cantik…). Aku harap dia terus tabah menghadapi situasi yang memang kadang-kadang luar jangka… Aku tabik spring bila dia ambil keputusan ini… Keputusan tentang hidup dia… Keputusan tentang CINTA nya… Kamu wanita dewasa, punya hati yang kebal dengan ujian dan dugaan… Walaupun kadang-kadang tewas… Jangan jemu untuk bangkit semula… Akak doakan kebahagiaan awak…

Tak lupa juga buat AA… ingat kot ayat-ayat nih…
CINTA membuat kita tidak menjadi diri sendiri. Kita akan cuba menjaga hati, akan cuba menjadi apa yang ‘dia’ mahu kita jadi. Kita akan cuba berpura-pura senyum walau hati membara, akan cuba ketawa saat derita menyesak dada dan kadang-kala akan cuba bersedih bila lihat dia menangis (walau sebenarnya nak ketawa melihat kebodohan dia…) hehehe..

Tapi perasaan SAYANG akan buat kita jadi diri sendiri. Kita tak perlu jadi sesiapa bila kita SAYANG. Kadang-kadang kita MARAH untuk tunjukkan kita SAYANG. Kadang-kadang kita tunjukkan SAYANG dengan TINGGIKAN SUARA tanda ambil berat. Kadang-kadang TEGURAN juga tanda kita SAYANG. Kadang-kadang sayang itu kita tak perlu tunjuk pun kerana dah ada dalam hati coz sekali SAYANG, 1000 tahun akan kekal SAYANG tu… dapat tak?


Persoalan mana satu yang lebih baik…? Hmmm… jawapannya… I DON’T KNOW… Terpulang pada diri sendiri… Kita jer yang tau diri kita… Takder orang yang tau diri kita… Kalau ader yang ngaku dia tau sangat pasal kita… Banyak mana la sangat… banyak dia tau, banyak lagi dia tak tau… hehehe…

Kema mesti suka ayat-ayat cinta aku nih… mana dia? Bizi nampaknya Cikgu 'eDa AQema Mahadi … Ce komen ce komen… Mana la Kema nih…

07 April 2011

Aku nak ingatkan diri sendiri…

Ni lah yang berlaku… Jangan kerana nak mengejar populariti, maka banyak benda yang tak dibincangkan dulu dengan mereka yang sepatutnya. Aku faham bagaimana rasanya menjadi seekor pipit walaupun punya sayap helang. Tapi jangan cepat nak menyambar mangsa sedangkan mulut tak mampu menelan… Ish…puitis la pulak… Dah sure ramai yang tak paham nih…hehehe… Meh kita mudahkan bahasa ini… Macam ni… peristiwa pagi ini menyebabkan aku hilang rasa hormat pada orang yang aku hormati selama ini. Rupa-rupanya, rasa hormat aku selama ini tidak berharga langsung pada dia… Ego betul dia… Sedar tak, statement dan ayat2 'cinta' yang dia keluarkan tak langsung menggambarkan keintelektualan diri tapi penuh dengan BONAMA… Leh tengok kat gambar di bawah…


Kalau nak tau BONAMA tu aper...google ler...
Mintak maaflah…lepas ni, aku nak ingatkan ko dan konco2 ko mengenai perkara2 WAJIB yang ko dah tinggalkan… Jangan harap lagi aku nak tolong ‘eh… Dah la bodo paih tu sombong plak…

Tadi… dalam menyejukkan hati yang menggelegak… muncul sorang insan yang dah lama ‘hilang’ dari pandangan. Kalau ikutkan dah nak meng’empty’kan recycle bin nih… Tapi perlu tak aku restore balik? Hmmm… lama nak fikir nih… lagi lama lagi banyak folder yang perlu aku buka dan deletekan… Huh…payahnya… Cuma satu, aku dah cakap apa yang sepatutnya aku cakap. Rasa dah release…

Aku nak ingatkan diri sendiri…
Adakala kita terlalu mudah memaafkan tetapi tidak mudah melupakan… Adakalanya juga kita amat mudah melupakan dan tidak mudah meminta maaf … yang paling tragis… Kita amat mudah melupakan dan terlalu mudah meminta maaf…
Okay tak? Okay la tuh…

Semalam ada taklimat KPI… Best!! Ijan sangat suka citer pasal Kakak dalam Orang Ikhlas Tertindas… mungkin dia dah patch dalam Blog dia… Dan aku… pasal ni plak… Aku komen ler sket2 kan… hehehe… ce komen ce komen…

People are often unreasonable, irrational, and self-centered. Forgive them anyway.
(Mampukah aku… kuat ker hati nak maafkan orang? Hmmm… ader kaitan ngan citer aku kat atas tuh…)
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.
(Insya Allah… yang ni okay kot…)
If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies. Succeed anyway.
(Doakan yer…)
If you are honest and sincere people may deceive you. Be honest and sincere anyway.
(Aku cuba sehabis baik…)
What you spend years creating, others could destroy overnight. Create anyway.
(Penatnya rasa kan…? Ni sebab orang yang dah rasa pandai walaupun baru se purnama… Biarlah… Aku jalankan tugas jer)
If you find serenity and happiness, some may be jealous. Be happy anyway.
(Memang aku happy, walau hati calar balar…Uish…macam lagu KRU plak…Hehehe)
The good you do today, will often be forgotten. Do good anyway.
(Kebaikan tak pernah ada penghujungnya…kan?)
Give the best you have, and it will never be enough. Give your best anyway.
(Aku cuba sehabis baik hingga ke hujung nyawa…)
In the final analysis, it is between you and God. It was never between you and them anyway.
(Betul dan sangat BETUL dan sampai bila2 pun Betul)