07 April 2011

Aku nak ingatkan diri sendiri…

Ni lah yang berlaku… Jangan kerana nak mengejar populariti, maka banyak benda yang tak dibincangkan dulu dengan mereka yang sepatutnya. Aku faham bagaimana rasanya menjadi seekor pipit walaupun punya sayap helang. Tapi jangan cepat nak menyambar mangsa sedangkan mulut tak mampu menelan… Ish…puitis la pulak… Dah sure ramai yang tak paham nih…hehehe… Meh kita mudahkan bahasa ini… Macam ni… peristiwa pagi ini menyebabkan aku hilang rasa hormat pada orang yang aku hormati selama ini. Rupa-rupanya, rasa hormat aku selama ini tidak berharga langsung pada dia… Ego betul dia… Sedar tak, statement dan ayat2 'cinta' yang dia keluarkan tak langsung menggambarkan keintelektualan diri tapi penuh dengan BONAMA… Leh tengok kat gambar di bawah…


Kalau nak tau BONAMA tu aper...google ler...
Mintak maaflah…lepas ni, aku nak ingatkan ko dan konco2 ko mengenai perkara2 WAJIB yang ko dah tinggalkan… Jangan harap lagi aku nak tolong ‘eh… Dah la bodo paih tu sombong plak…

Tadi… dalam menyejukkan hati yang menggelegak… muncul sorang insan yang dah lama ‘hilang’ dari pandangan. Kalau ikutkan dah nak meng’empty’kan recycle bin nih… Tapi perlu tak aku restore balik? Hmmm… lama nak fikir nih… lagi lama lagi banyak folder yang perlu aku buka dan deletekan… Huh…payahnya… Cuma satu, aku dah cakap apa yang sepatutnya aku cakap. Rasa dah release…

Aku nak ingatkan diri sendiri…
Adakala kita terlalu mudah memaafkan tetapi tidak mudah melupakan… Adakalanya juga kita amat mudah melupakan dan tidak mudah meminta maaf … yang paling tragis… Kita amat mudah melupakan dan terlalu mudah meminta maaf…
Okay tak? Okay la tuh…

Semalam ada taklimat KPI… Best!! Ijan sangat suka citer pasal Kakak dalam Orang Ikhlas Tertindas… mungkin dia dah patch dalam Blog dia… Dan aku… pasal ni plak… Aku komen ler sket2 kan… hehehe… ce komen ce komen…

People are often unreasonable, irrational, and self-centered. Forgive them anyway.
(Mampukah aku… kuat ker hati nak maafkan orang? Hmmm… ader kaitan ngan citer aku kat atas tuh…)
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.
(Insya Allah… yang ni okay kot…)
If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies. Succeed anyway.
(Doakan yer…)
If you are honest and sincere people may deceive you. Be honest and sincere anyway.
(Aku cuba sehabis baik…)
What you spend years creating, others could destroy overnight. Create anyway.
(Penatnya rasa kan…? Ni sebab orang yang dah rasa pandai walaupun baru se purnama… Biarlah… Aku jalankan tugas jer)
If you find serenity and happiness, some may be jealous. Be happy anyway.
(Memang aku happy, walau hati calar balar…Uish…macam lagu KRU plak…Hehehe)
The good you do today, will often be forgotten. Do good anyway.
(Kebaikan tak pernah ada penghujungnya…kan?)
Give the best you have, and it will never be enough. Give your best anyway.
(Aku cuba sehabis baik hingga ke hujung nyawa…)
In the final analysis, it is between you and God. It was never between you and them anyway.
(Betul dan sangat BETUL dan sampai bila2 pun Betul)

No comments:

Post a Comment