19 April 2011

Kertas Putih...



Sedar atau tidak… kadang-kadang kehadiran kita menyusahkan orang lain… Mengganggu hidup dan kehidupannya… mengacau pernafasannya dan lebih parah adalah menggugat jiwanya… Tak baek tau… Macam yang aku cakap sebelum nih… mungkin kehadiran kita ni hanya sebuah justifikasi… Mungkin untuk mencukupkan bilangan … Mungkin juga untuk mendapatkan semula perhatian atau mungkin sebagai satu kepentingan… Penting ker? Sampai bila? Sampai dah tak penting lagi… :(

Walau apa pun… kehidupan perlu diteruskan… Janganlah kita bertindak mengawal segala-galanya. Ada perkara yang di bawah kawalan kita dan ada perkara yang tak dapat kita kawal langsung. Macam yang aku cakap kat Sum 1 semalam… diri kita ni umpama sekeping kertas A4 yang putih bersih jenama Double A…hehehe… Kesilapan dalam hidup umpama dot dot pen hitam atas kertas tu… Sama ada dot dot tu kita yang buat sendiri atau terkena dot dot pen orang lain… Dari jauh, orang tak nampak dot dot tuh kecuali orang yang memang betul2 nak cari salah kita (dia dengki coz kertas dia lagi banyak dot dari kertas kita..hehehe). So, kenapa kita tak teruskan kehidupan dengan bahagian putih kertas itu? Mengapa perlu nak padamkan dot dot tuh… Macam2 kita guna.. liquid paper, pemadam pen, air liur…(Yaks!!) last2 kertas makin kotor… Ish3…Dah jadi pun tanpa dapat kita kawal… Take it positive my dear… yang silap tu tetap silap, yang salah tetap salah… tapi bukan kita yang mengadilinya…bukan juga mereka…

Ha ! Macam tu jugak kita kena pandang orang laen… Takyah focus pada kesilapan dia… Itu antara dia ngan Tuhan… Siapalah kita untuk menilai… Kalau nak sambung membebel nih memang panjang… 2 hari ceramah pon lom tentu abes…

Eh…jauh lak aku dari topic asal tadi iaitu kehadiran kita yang menyusahkan orang lain… ada kaitan tak ngan isu kertas tu?... Hmmm…ada kot… iaitu… Sekarang nih kertas dah tak digunakan lagi… so kalau kita kertas, memang ler menyusahkan orang laen…hehehehe….leh pakai tak?

Okay Tini...BLAST YOUR DAY!!!!

No comments:

Post a Comment