30 September 2010

Rasa ini...

Rasanya dah lama sangat tak update blog kan.... (ayat standard nih bila tak update blog). Penat betol (bukan main2 nih....). Cuti 2 minggu rasa tak berbaloi… Seronok ke raya? Tak tau… Sedih ker…memang sedih…
Bapak dan Aman...pada siapa pun aku cakap atau kat mana pun aku tulis yang aku sayang Bapak dan Aman...dah takder maknanya lagi...hanya doa dan airmata ini sahaja...

Pagi 1 Syawal aku ziarah pusara bapak dan Aman… Lamanya aku tak ziarah pusara bapak... Bukan aku lupa atau tak ingat, cuma tak sanggup…

Pusara Aman plak… nak jatuh jantung aku ke tanah bila aku ke pusara adik aku… Airmata bertakung tapi hati menahan… Adik aku tu… Ajal dia awal sangat… Aku bukan mengeluh cuma… Ntah… Allah… Tabahkan hati aku ni… Mak...takder yang pujuk mak raya nih...Ya Allah... tabahkan hati Mak...

SEDIHNYA....(maaf...aku rasa dah tak boleh lagi nak ceritakan kesedihan ini...)

Kisah lain...
Dah seminggu aku tanggung…. Ada satu rasa dalam hati ini... Macam mana nak describe yer... Rasa marah tapi tak tahu sebabnya, rasa nak gelak tapi takder yang kelakar, rasa nak menjerit tapi dalam bilik ni jer, rasa nak menangis tapi takder yang menampar, rasa takut tapi tak nampak hantunya, rasa nak tidur tapi tak mengantuk, rasa nak fokus tapi memang tak boleh... kenapa nih....

Dieny pesan kat aku... Memang takleh nak buangkan rasa tu tapi DIVERT kan ... I’m trying so hard... Tapi rasa itu masih di situ... Owh rasa... pergilah…

My dear Cikgu… maybe cikgu boleh tolong anak murid cikgu ni kot… ATAU… Dieny… kita boleh berbicara lagi… ATAU… Ijan ATAU Hanna ATAU Yus ATAU Faiz ATAU Babah ATAU Amir ATAU…. ATAU... saper yer...

03 September 2010

Kenapa hati tak berbunga...

Nak raya ke dah ni bila …
1. surat menimbun nak kena semak dan sign... tapi aku memandang sepi...
2. lagu raya kat sumer channel radio.
3. suppliers rebut2 datang hantar hamper, coklat dan macam2 lagi…
4. ofis semakin senyap coz sorang demi sorang cuti…
5. biskut raya yang di oder dah sampai…

Mungkin kot… tapi kenapa hati aku tak berbunga-bunga nak sambut raya. Kenapa sedih semacam jer nih… Hmmm… aku teringat Aman… Tiap2 hari pon aku teringat dia… Tapi masa 30 Ogos hari tu lagi aku teringat kat dia.

Hari tu anak-anak dan daddynya nak makan pizza lepas berbuka kat umah. So, ke TM lah kami mencari tempat kat dalam Pizza Hut. Sebak dan sayu aku coz Aman pernah keje kat situ. Aku yang suruh sementara Aman tunggu nak konvo. Kat tepi tingkap kaca tu lah aku duduk. Aku nampak Aman sampai dengan skuter EGO dia, parking seberang jalan. Dia kata motor dia tak elok sangat. Takleh nak bawak g keje. Takper... akak tak kisah setiap hari hantar dan ambik Aman.

Pernah satu malam dalam kol 12 tengah malam aku tertidur. Banyak kali Aman call tapi aku tak dengar. Pastu mak call, baru aku tersedar. Mak kata cepat gi amik adik. Ya Allah… kenapa aku ni. Pas mak letak tepon, aku tengok ada sms. Aman tulis “Akak dah lupa kat Aman ker? Aman tunggu ni…”. Masa tu aku tergelak sorang2. Kesian dia…

Tapi sekarang bila ingat mesej tu balik, aku tak gelak dah… airmata tak dapat aku tahan lagi. Pizza yang aku kunyah malam tu pun tak tertelan rasanya. Ya Allah... tabahkan hati aku... Aman, akak tak pernah lupa kat Aman, sampai mati pun akak takkan lupa...

Mak peluk Aman masa raya tahun lepas...tahun ni....
Aman pujuk Mak jgn nangis lagi... Raya tahun ni sapa nak pujuk Mak...