Nak raya ke dah ni bila …
1. surat menimbun nak kena semak dan sign... tapi aku memandang sepi...
2. lagu raya kat sumer channel radio.
3. suppliers rebut2 datang hantar hamper, coklat dan macam2 lagi…
4. ofis semakin senyap coz sorang demi sorang cuti…
5. biskut raya yang di oder dah sampai…
Mungkin kot… tapi kenapa hati aku tak berbunga-bunga nak sambut raya. Kenapa sedih semacam jer nih… Hmmm… aku teringat Aman… Tiap2 hari pon aku teringat dia… Tapi masa 30 Ogos hari tu lagi aku teringat kat dia.
Hari tu anak-anak dan daddynya nak makan pizza lepas berbuka kat umah. So, ke TM lah kami mencari tempat kat dalam Pizza Hut. Sebak dan sayu aku coz Aman pernah keje kat situ. Aku yang suruh sementara Aman tunggu nak konvo. Kat tepi tingkap kaca tu lah aku duduk. Aku nampak Aman sampai dengan skuter EGO dia, parking seberang jalan. Dia kata motor dia tak elok sangat. Takleh nak bawak g keje. Takper... akak tak kisah setiap hari hantar dan ambik Aman.
Pernah satu malam dalam kol 12 tengah malam aku tertidur. Banyak kali Aman call tapi aku tak dengar. Pastu mak call, baru aku tersedar. Mak kata cepat gi amik adik. Ya Allah… kenapa aku ni. Pas mak letak tepon, aku tengok ada sms. Aman tulis “Akak dah lupa kat Aman ker? Aman tunggu ni…”. Masa tu aku tergelak sorang2. Kesian dia…
Tapi sekarang bila ingat mesej tu balik, aku tak gelak dah… airmata tak dapat aku tahan lagi. Pizza yang aku kunyah malam tu pun tak tertelan rasanya. Ya Allah... tabahkan hati aku... Aman, akak tak pernah lupa kat Aman, sampai mati pun akak takkan lupa...
Mak peluk Aman masa raya tahun lepas...tahun ni....
Aman pujuk Mak jgn nangis lagi... Raya tahun ni sapa nak pujuk Mak...
No comments:
Post a Comment