17 August 2011

Hadiah atau Hijrah Ramadhan?

Baru pas bagi Mikhael lunch… Tak puasa dia… Ala… Mikhael baru 2 tahun 7 bulan, cakap pon pelat lagi. Tapi kalau dengar dia bersembang masa makan…huih… tak larat nak layan…

Sok ada interview… Tapi persediaan aku? Nak belek2 buku, memang la tak rajin… last2 tengok2 jer la kat internet… Kenapa hati nih… Hmmm… spekulasi kannn? So, yang reputasi tak sehebat mana nih cuma leh bermimpi jer… Takperlah… setiap sesuatu yang ditentukan untuk kita MESTI ada hikmahnya… Aku sangat2 percaya bahawa rezeki manusia ini telah ditentukan… Jangan risau… Kalau memang rezeki kita, kat mulut buaya pun kita dapat… Tapi kalau bukan rezeki, dah genggam pun boleh terlepas… Okay Marini, positive yer…

Semalam dapat surat… Alhamdulillah… Bukan naik pangkat, naik gaji pon bukan…Tapi cukup memberi erti kepada aku. Surat yang memberi aku semula semangat yang hampir hilang… Adakah ini Hadiah Ramadhan… mungkin… Tapi pada aku ianya HIJRAH RAMADHAN

Reaksi orang lain… hmmm… belum tahu lagi… Sambung di coretan akan datang…

P.S Semalam ada MAJLIS BERBUKA PUASA UPSI DENGAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI, so the gambars... tak banyak yer coz pakai handphone jer…




11 August 2011

Betol kot...

Penat aku berfikir… Akhirnya….
-Betol kot…. Aku tak perlu lagi berusaha sungguh-sungguh buat keje coz tak meningkatkan motivasi diri pon….
-Betol kot…. Buat keje seadanya saja coz takder sapa menghargai….
-Betol kot kawan aku cakap… Kan best kalau dapat elaun KENA MARAH , setiap jam nak marah pon leh terima, tapi free jer kena…
-Betol kot… Aku bukan magician yang leh buat semua menda yang takder jadi ader bila diaorang nak sesuatu menda tu ader masa tu juga… Diaorang pon bukan Tuhan - leh cakap ‘Kun Fayakun’ kat aku…
-Betol kot… orang lebih senang cari salah dari tengok yang betol pada diri kita…
-Betol kot… kita leh tipu orang tapi bukan diri sendiri…
-Betol kot… lebih mudah untuk tersenyum bila hati kita tenang…
-Betol kot… aku takleh buat apa2 bila semangat makin luntur dah dekat sampai ke kaki… mungkin terpaksa heret kaki nih untuk menempuhi hari2 yang….entah…tak sapa tau…
-Betol kot… dalam gambar senang untuk berlakon…
Sebut pasal gambar… semalam photoshoot Raya untuk my department….









04 August 2011

Bye Nan...

Jam 6.11 petang, aku pasti Nan dah pun naik bas menuju kampung tercintanya nun jauh di negeri Jelapang Padi… Segulung ijazah dah pun dia genggam… Tahniah untuk Nan… Aku tumpang gembira…

Tapi ntah kenapa hati aku rasa sebak sangat… Dia dah aku anggap macam adik sendiri… sebaya dengan arwah adik aku Aman… Kadang-kadang perangai dia pun macam Aman… Tadi masa menatap facebook tetiba Nan post satu note

HANYA UCAPAN TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH...~~
by Zaim Akagi on Thursday, August 4, 2011 at 2:30pm

Sangat susah mencari insan seperti PUAN MARINI MASDAR yang senantiasa menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelekan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa mensupportku untuk selalu maju menjadi yang terbaik.

Terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu .

kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusadari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sadar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kuperbuat.

YANG PASTI dimana kau kini, kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang senantiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia

Ya Allah jagalah insan ini, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan rohnya dengan rohMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bertemu lagi.. :)

Terima kasih untuk segalanya..!!! YOU R THE BEST PUAN MARINI MASDAR..


Aku baca setiap bait dan ayat… Terima kasih dik… Tiada kata yang dapat aku ucapkan ketika ini, hanya airmata… Aku bukan sedih tapi aku sangat bangga dengan dia… Semoga insan bernama MOHAMAD ADNAN BIN ZAROEI terus cemerlang dan dirahmati Allah… Sesungguhnya aku sentiasa berdoa…