30 June 2010

Today is the last day of June…

Today is the last day of June… Maknanya dah setengah tahun berlalu…Maksudnya ada lagi setengah tahun akan dilalui… Half of the year ni aku buat aper yer??? Dan another half macammana???

Kenapa malasnya nak fikir nih… Buat calculation yang simple giler tapi takleh cari jawapan... Rasa dah tepu otak… Ada beberapa kemungkinan aku jadi macam ni kot…

1. Aku tak sihat ri nih… tekak sakit, badan pon rasa berat sangat, fikiran rasa di awangan…
2. Aku tepon orang tapi tak berjawab... mana la orang tu pegi... I hope to wish by myself tapi nampaknya tak dapat kot... Hari ini semakin berlalu…
3. Aku tambah lagi keje dan bebanan sedangkan yang ada pon dah tak larat nak tanggung...
4. Aku takleh betol nak tengok muka mamat yang fitnah aku tuh... Kata aku amik keje dia, siap buat aduan lagi pasal aku tapi dengan suka hati tolak jer keje kat aku. Aku pon satu...terima jer menda tuh... Kenapa? Sebab memang aku suka keje tuh... Aku tau aku leh buat... Tapi yang aku taknak buat nih...saper pon taknak... Nak tolak kat orang len ker? Tak... coz aku bukan macam tuh...
5. Ada satu perkara yang mana orang len dah tau consequence nya lama dulu tapi aku baru sedar sekarang...Nak nyesal? Tak kot... Tapi nak buat apa yer... Takperlah... sekurang-kurangnya aku tak berpura-pura...
6. Aku pelik ngan orang sekeliling aku... Siapa yang alien...aku atau mereka...

Banyak lagi sebetolnya. Tapi penat sesangat rasanya...kenapa ya...
Hmm nak stop kat sini tapi hari ni aku nak ucap terima kasih untuk...

Mak yang paling aku sayang dan rindu. Lama tak call mak... Mintak maaf sebab Kak Ni tak berpeluang "mencuri" sedikit masa untuk Mak. Tapi pepagi lagi Mak dah call… Terima kasih Mak!!!

29 June 2010

Thank you, Happy birthday & bila diminta beri pendapat..



Perkara 1 (Thank you)
Petang ni rasa happy dan ceria... my English teacher Cikgu Iwan drops by… One thing about him (of coz there’s a lot) that makes him an adorable teacher is the way he present himself, maybe the way he talk, think and of coz the smile… Dah terlebih lak puji cikgu…hehehe…


Perkara 2 (Happy birthday)
Okay la, esok birthday Faiz, so happy birthday dear…



Perkara 3 (bila diminta beri pendapat)
N3 kali ni aku nak citer satu situasi di mana aku diminta memberi pendapat (julung-julung kalinya nih...). Macam ni...

Ader satu family ni yang aku namakan sebagai Keluarga Bahagia. Ada husband, wife, son and daughter. Tinggal bersama mereka adalah seorang ibu iaitu mak kepada husband. Lama keluarga ini bahagia but one day keluarga ini diduga dengan satu ujian. Husband masuk hospital, kena gangrene coz HBP. Ntah mana silapnya, ibu merasakan perubahan kepada wife. Semenjak husband di hospital, wife juga tidak betah di rumah. Perkara ini berlarutan sehingga husband dah keluar dari hospital, menjalani kehidupan seharian. Tapi akhir-akhir ini perilaku wife nampak berbeza kata ibu. Ibu juga syak wife curang dan gerak hatinya mengatakan wife hamil. Ibu bertanya kepada husband, tapi menurut husband lama dah wife itu ditinggalkan sepi mengharungi malam. Tak mungkin wife boleh hamil. Maka syak di hati ibu bahawa baby itu bukan cucunya. Ibu nak jumpa bomoh coz dia tengok husband berdiam sahaja dengan perkara ini. Habis tu?

Macam mana aku nak bagi pendapat nih… Lama aku buat kajian persoalan ini. Ini bukan kes terpencil. Tapi dah jadi cerita biasa... Aku sure dah ramai orang bagi pendapat perkara macam ni. Tapi kali ni pendapat aku pulak diminta... Macam mana yer...

Okay, macam nih... Kalau ramai orang menyalahkan wife. Aku faham, memang dia salah. Tapi kaji dulu kenapa dia buat begitu. Takkan orang nak buat salah sebab dia suka buat salah. Mesti ada sebab…

Aku dah berdebat ngan A. Dia kata kenapa wife tak mintak cerai jer? Pastu wife nak buat aper pon buat la! Eh...hellooooo!!! senangnyer cakap. Kaji lah dulu situasi nih. Orang yang tak pikir panjang akan cakap macam tu. CERAI, perkataan yang senang nak ucap tapi consequence nya pikir tak? Menjadi seorang ibu walau apa pun dia, tetap anak-anak adalah perkara pertama yang difikirkan. Aku rasa wife fikir macam tu...

Pastu aku cakap kat A kenapa husband tu tak tanya dulu? Kenapa dia tak sedar yang wife dah berubah? Tau tak, husband tak sedar coz dia ambil mudah semua perkara. Bila dah jadi miliknya, tak perlu lagi ucapan-ucapan sayang itu. Husband rasa dah tentu wife faham (kalau tak takkan amik jadi wife). Hmmm... kat sini yang aku rasa kurang. Cakaplah kalau sayang, tiap-tiap hari pon takper. Kalau orang tak ikhlas cakap, kita boleh tau... Tapi ader tak husband cakap? Takder kan? Perkara ini dia anggap remeh. Tapi dengan perkara remeh ni lah kita boleh tau spouse kita berubah atau tak...

Aku cakap kat A, husband ada egonya sebagai suami. Betol tak? Bende-benda remeh seperti tak bayar bil perlu ke nak bincang ngan wife. Kang jatuh lak ego coz bende remeh yang husband kena buat tak dapat dia laksanakan. Pada aku PERLU bincang. Tak ke mana ego tuh... She’s your wife! Susah ker nak cakap? Pelik la...

Pastu A cakap kat aku... Wife tu sepatutnya mintak la cerai bila husband tak leh berperanan lagi. Ni tak, gatal cari orang lain. Okay A, kenapa tak husband saja yang ceraikan? Pokoknya macam ni, wanita ini tetap jugak dianggap salah bila kes2 macam ni berlaku. Wife mintak cerai, maka wife dituduh dah ada orang lain. Wife diceraikan seolah-olah tak boleh lagi berkhidmat kepada husband. Tapi nak tak si husband tu ngaku yang dia dah tak boleh lagi? Tak kan nyer lah, gerenti ...jatuhlah ego husband.

Macam ni, pada pendapat aku, kalau dari awal husband dah fikirkan masalah yang dia bakal hadapi bila dia dah tak boleh lagi…berkorbanlah...perkara ini takkan timbul. Ni tak, siksa dulu wife, pastu bila wife cari orang lain untuk mengubat dukanya, baru nak bertindak tapi dengan tuduhan bahawa wife itu curang. Tergamak buat macam tu kat husband. Orang akan simpati pada husband. Wife pulak akan dikeji kerana tindakannya... Masyarakat, tolonglah bukak mata... kenapa harus jadi begini? Memang bersalah wife jadi begitu, membelakangkan husband. Tapi dia jadi begitu kena husband juga... Dalam kehidupan wife, mungkin dia rasa segala-galanya dia yang terpaksa buat, dari uruskan rumah tangga, sara family, anak-anak sampai jadi driver untuk husband semua dia buat. Leh tahan ker?

Ibu pulak mengesyaki sahaja, belum sah pon perkara ini. Janganlah dicanang rumahtangga anak sendiri... konon-konon husband dah di bomohkan oleh wife sendiri supaya berdiam diri... Ibu pulak nak ambil tindakan sama kononnya nak bomohkan balik...Eh! Hellooooooo.... Kenapa macam tuh, hmmm rasa aku tau kenapa coz ibu memang dah biasa bomoh2 nih... Ibu, ini masalah perasaan, hati, emosi dan masa depan. Janganlah diburukkan keadaan yang sudah serabut ini. Kat sini wife mesti rasa yang dia hanya menantu dan takkan jadi anak sendiri sampai bila2.

Ada penyelesaian tak? Ader...tapi perlukan ketabahan, keberanian dan kekuatan untuk menghadapinya. Kepada husband, aku nasihatkan buanglah ego itu jauh2... Tak ke mana nak bawak pon. Sehingga hari ini dia masih your wife... Nak maafkan ker? Terpulang... Cuma aku rasa husband takkan terima wife dia lagi... Tapi aku rasa jer...mana tau kan, hati orang...

Kepada wife, aku rasa dengan status ibu itu, ko berat keputusan kan? Tapi macammana pun hadapilah kenyataan... Wife dah buat salah... Salah yang besar, takkan boleh berpatah balik... Tapi suarakan isi hati itu, jangan lagi dipendam... Jadikan kisah hidup wife sebagai pengajaran kepada masyarakat... Rasanya mungkin wife nak buat U turn dalam hidup tapi macam aku cakap kat sorang kawan tadi, nak buat U turn kat simpang 4 Tanjung Malim, dah bagi signal tapi sampai ke Behrang blom buat lagi U turn tu (hehehe...kitaorg nih dok Tanjung Malim, tu pasal takder contoh len)...

Ibu pulak, sudah-sudahlah... Percayalah ketentuan Tuhan. Bomoh tu semua dunia sahaja...

Amacam pendapat aku nih... DAPAT tak?

28 June 2010

Penat la...


Ni Mr. Media Man (a friend from UPM) konon-konon la kan... Dah lama gambar ni...aku plak yang pakai tudung merah kat backgrond tu, masa ni tengah pregnant 8 bulan

Wuuuaaaaa…nak tercabut tapak kasut …kalau ler aku tau nak kena round campus macam nih, pakai flat shoes kan ok… Tapi takper… banyak yang aku belajar ari nih… Terima kasih yang terhingga juga to my dearest Maziah and MPN Team – Adiratna, Nazri & Marina…

Pepagi lagi without any preparation masuk jer meeting. Pastu merapu bagi laporan. Mana tak nya, blom jumpa lagi sekretariat nak confirm event. Fuh…

Pastu, mesyuarat blom abis lagi mintak kuar kat chairperson nak attend plak sesi interview VC dengan produksi dari KL. Nak buat documentary katanya. Ingatkan dah abis interview bleh lega sket tapi kena pulak bawak round campus untuk shooting… Disebabkan big boss adalah pelakon utama, maka watak pembantu sure la milik aku… hehehe… Kat sini jer dah abis dekat 4 jam… Bila aku tengok produksi ni buat keje, aku rasa takleh nak relate ngan keje2 kat sini. Memang diaorg takder prosedur keje…taram jer…balik kang baru buat editing. Ader bagus dan ader tak bagusnya..

Abis jer yang tuh, menapak aku balik opis tengah2 panas. Make up toksah citer la... lama dah cair… Baju plak dah basah dek peluh… Masuk jer bilik terus rasa cam nak pitam coz dari panas2 terik terus aircond yang sejuk giler…

Kuatkan semangat jer terus ke BITARASISWA plak coz ader meeting ngan secretariat protokol aku sempena MSK. Seb bek bebudak nih jenis yang macam aku gak so memang suka la happening cini…hehehe….

Skrg kol 6 petang, ader satu lagi appointment. Tak sampai lagi orangnya…hopefully jangan la lama sangat… Tak larat rasanya ni…

25 June 2010

Takder yang pasti @ sure @ confirm

kenapa Johnny Depp? Ntah.. Tak pasti betol ker aku big fan dia... Jap2 aku suka, jap2 tak...caner nih...tu la..takder kepastian dengan perasaan...

Kat mana-mana pon dalam dunia ni takder yang pasti @ sure @ confirm. Takder...memang takder... Nak mengeluh... Kang pendek lagi umur yang tak pasti panjang mana lagi…

Bab keje… Kita bleh ker pastikan segala-galanya akan berjalan lancar? Mesyuarat dekat 30 kali, rehearsal beratus kali, tiba hari kejadian…hampeh… Konon buat plan B tapi buat jer… janji tulis atas kertas tuh... Tu la...kita menjangka kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi, tapi tak sangka pulak jadi yang tak dijangka... Nak buat aper yer...

Pastu masuk bab family... bagi yang dah ada anak cam aku nih...mcm2 plan untuk diaorg. Buat tu, buat ni... supaya anak dapat yang terbaik. Tapi terjangkau tak difikiran apa yang sebenarnya anak-anak perlukan. Boleh ker kita jangka... Kita yang beria-ria menentukan arah hidup anak-anak. Diaorg caner? Suka ke tak suka? Tak pasti coz sekarang ni diaorang kecik lagi... Mungkin tahun-tahun akan datang Abang, Kakak dan Mikhael boleh berbincang dengan Mummy tentang masa depan... bila tu? Tak pasti lagi. Sabar Mummy...

Aku rasa bab paling last nak cakap pon adalah bab aku... Ader ker yang ingat kat aku nih... Tak pasti la plak... Hehehe... Ader tak sesaper tanya aku sihat tak hari ni? Jap nak ingat... Hmmm... Ader...! En. Kamaruddin dari ANM... terima kasih ingat kat aku (pasni nak madukan UPSI ngan UTHM .. Tak kisah...janji UPSI dapat payung emas...hahahaha!!!!). Lagi...Zul ANM (yg ni coz dia nak mintak tolong, yang sorang lagi dari ANM tu pon tak pasti bila nak call, tak cukup korum nih)... Lagi...Haji Azman (yg ni coz nak buat appt)... Lagi... Malau (coz dia nak mintak aku tolong kemasukan student)... Lagi...takder kot... Saper la yang ingat kat aku ni tanpa ada apa-apa urusan... Tak pasti... Yang banyaknya coz ada mende berkaitan keje.

Banyaknya ketidak pastian dalam hidup nih… Ika kata nak datang petang ni…Tu pon tak pasti lagi… Hmmm…sememangnya tiada yang pasti… Ader ker yang baca N3 aku kali nih? Huhuhu...tak pasti...

24 June 2010

I'm so sad today...


I've nothing to say...

23 June 2010

Please don’t give up…


Tak tahu macammana nak mula N3 hari ni… apa yang berlaku menyebabkan aku kehilangan kata2. Peristiwa semalam… pahit untuk aku apatah lagi untuk Naida dan anak2nya… Bleh tak aku lupakan sebentar… tak… masih kukuh lagi… Aku nak call Naida tapi tak berdaya… last2 aku cuma bleh SMS dia..

Tu yang aku buat pepagi buta sebelum masuk meeting yang mmg agak memeningkan. Siap ader translator tuh… Yang chair meeting pon pening...hehehe… Petang pon meeting lagi… Dunia aku kat sini memang penuh ngan meeting

Aku dah janji ngan sum 1 nak ajar buat blog. Nak kata terror… tak jugak… sekadar bleh lepas jer… So pas meeting balik ofis terus call. Tapi dia plak dah balik, tengah driveSo bagitau jer la… Tak tau bleh buat ke tak… Tapi takkan tak pandai kot… belajar leh pandai, takkan buat blog leh fail kot… Tp mana tau kan… hehehe…

Bicara dalam fesbuk dengan kawan tadi menyebabkan aku ter pause kejap… Yer la… banyak perkara dalam dunia ni bleh buat orang jadi gila. Tapi bleh tak aku katakan semuanya melibatkan emosi. Takleh nak describe pon dalam kertas macammana emosi kita sekarang. Kalau kita kata kita tension...caner nak gambarkan...Mungkin leh ukur dalam skala Richter kot... terlampau tension agak2 berapa skala Richter yer... hehehe...

Macam tu jugak kalau kita sayang, rindu, chenta (ikut spelling Bell) kat orang... macammana kita nak tunjukkan, apa ukurannya... Yer la Dieny... caner nak ukur nih... nak pakai aper? Thermometer ker... jom try...hahaha!!! Aku pon takleh bagi jawapan...

Bila emosi tak dapat kita ukur, macammana kita nak orang faham kita? Hmmm... kat sinilah akan wujud konflik sama ada ngan diri sendiri atau ngan orang laen. Kalau konflik ngan diri akhir2nya kita biol!! Tapi kalau konflik ngan orang lain memang masalah besar. So kadang2 kita okay dan kadang-kadang kita ’angin’ satu badan. Yang paling penting ukur emosi kita, kat situ baru kita tau kita ni macammmana...

Pada aku, kalau aku kenal orang, aku akan terima dia seadanya. Aku dah kenal emosi aku tapi blom ukur jer (tak jumpa pengukur...). Tak kiralah dia ’angin’ satu badan pon coz itu memang dia. Aku takkan cuba ubah dia. Biar dia yang ubah kalau dia nak. Pada aku inilah rencah hidup... takkan semua orang ada satu watak jer... What a dull life!! Orang lain macammana, sure tak sama cam aku kan... yer la..dunia ada pelbagai watak dan ianya kena terus hidup… My dear…. Please don’t give up…

22 June 2010

”Tini... sapa lagi nak sayang aku...”


Hari ini seorang kawan telah kehilangan suaminya. Aku kenal kawan aku. Pada dia, suamilah segala-galanya...

”Tini... sapa lagi nak sayang aku...” Itu ayat dia masa aku peluk dia tadi. Sebak betul... Airmata tak mampu lagi untuk aku tahan. Pedihnya kehilangan...

Naida Hazni Khalil... yang pergi tetap pergi... Dia tetap hilang dari pandangan tapi tetap terpahat dalam ingatan dan kenangan... AlFatihah buat Allahyarham Azaha Rasadi...

Lagi berita di http://ondscene.blogspot.com/2010/06/penerbit-rancangan-rtm-maut.html#more

21 June 2010

Kawal perasaan..


Bila sebut kawal perasaan, otak kita terus jer fokus pada perasaan MARAH. Sebenarnya, macam-macam perasaan yang ada, takler marah jer. Ada perasaan sedih, gembira, suka, angau, sayang dan macam-macam lagi. Semuanya kena kawal.

N3 ni aku tulis coz aku tak dapat cakap kepada someone tadi kenapa dia harus kawal perasaannya. Of coz la dia tengah MARAH. Masa ni lah dia keluarkan macam-macam perkataan untuk lepaskan apa yang dia rasa dan terbuku di dada. Tapi release tak kita bila kita dah keluarkan perkataan2 tu, rasanya tak coz rasa cam nak gi cari orang tu jer. Takkan cari jer kan, rasa cam nak pukul dia plak. Pastu nak wat caner? Puas hati tak? Ntah kalau bleh nak abiskan masa depan orang tu kat situ gak. Puas hati tak? Tak kot... rasa cam nak porak perandakan keturunan dia plak. Tapi rasanya masih blom puas hati... Sampai bila nih... Kalau kita cakap JANGAN, macam disuruh-suruh plak dia mesti nak buat. Biasa la manusia, yang terlarang itu kan godaan. So nak cakap apa? Takleh nak cakap apa-apa. Kena tunggu dia cooling down... walaupun dia kata dia tak apa2 tapi terbakarnya hati dia bahangnya sampai kat aku...

Kalau dia dah cool down, bleh tak aku nak mintak dia KAWAL PERASAAN coz kalau perasaan yang kawal dia maka takkan ada pengakhiran bagi episod MARAH dia tuh. Memang rasa kalau bleh nak panggang jer orang yang kita marah tu dengan api dalam dada nih. Tapi kena fikir tentang bahang yang sampai kat orang lain. Panas beb...

Macam ni lah... Memang Minah yang U citer tu sangat teruk... Tapi I rasa U sangat cerdik (walaupun cepat panas). Mesti ada sesuatu yang U boleh buat supaya keadaan dapat dibetulkan. Memang susah nak minta orang berubah. Tambah plak nak berubah ke arah kebaikan, memang susah... Mungkin kita bleh guna konsep menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak...

Tadi I ada cakap kat U, kalau orang tak boleh berubah, kita ubah diri kita. Bukan jadi macam orang tu. Tapi jadi sesuatu yang lain. Kalau dia lembu, U singa, jangan lah U berubah jadi lembu cam dia tapi jadi gajah ker... hehehe... tak tau la perumpamaan ni leh pakai ke tak... Nampaknya si lembu tu takut kat singa, jadi dia bersikap lebih singa dari singa dan tak sedar dia tu cuma lembu...ok tak? So, I tau U capable in doing that.

Dalam dunia nih, kalau kita MARAH kat orang bleh terus tembak jer kan senang. Tapi mungkin kita plak yang mati dulu coz mungkin kita yang buat orang MARAH. So kawal yer dear

18 June 2010

kebahagiaan dalam perpisahan….


Tak perlu ucapkan sepatah kata, Kerana lantang terbaca dari muka, Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa, Mungkin magisnya sudah hilang, Tak perlulah kita mencuba lagi, Betulkan kesilapan perhubungan ini, Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan, Manakah agaknya cinta kasih?, Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, Bunga yang layu pada musim luruh, Yang dulunya mekar disinar suria, Bila sudah kering pasti akan gugur, Seperti cinta kita yang jelas ternyata, Semakin lama semakin rekah, Menimbulkan tanya apa mungkin kita, Temu kebahagiaan dalam perpisahan, Tiap titis airmata kau tangiskan, Ku dah cukup menampung selautan, Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam, Kerana cuba menafi realiti, Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, Bunga yang layu pada musim luruh, Yang dulunya mekar disinar suria, Bila sudah kering pasti akan gugur, Seperti cinta kita yang jelas ternyata, Semakin lama semakin rekah, Menimbulkan tanya apa mungkin kita, Temu kebahagiaan dalam perpisahan….


Lagu ni cukup ‘berhantu’ pada aku. Tak sah kalau aku tak dengar sekali dalam sehari. Sebab apa ‘ek? Ntah... aku pon tak tau, sebak bila dengar suara si Shahir melagukannya dengan full of feelings...

Ni buat aku berkobar-kobar nak siapkan maybe aku bleh katakan novel kot... La ni tergantung kat Bab 8. Watak utamanya Aisyah, Hakim dan Rizal... sedikit petikan Bab 8...

Aisyah habis hati bila bertemu Rizal, menatap matanya sahaja membuat Aisyah hampir jatuh cinta belum lagi senyuman Rizal. Banyak yang Aisyah ciptakan bersama Rizal dan banyak juga kelukaan yang Rizal berikan... Tapi untuk terus bersama Rizal... Tak mungkin... Banyak perkara yang tak memungkinkan untuk Aisyah bersama Rizal dan hampir setiap kali berbicara dengan Rizal akan wujud pergaduhan yang sama. They are not meant to be together! Tapi Aisyah sayang Rizal. Sayang yang sangat-sangat sayang... Rizal kata, kalau kita sayang sangat seseorang tu, nanti dia akan cepat hilang... Aisyah keliru, sayang yang hilang atau Rizal yang pergi... Aisyah menanti...

Satu perangai Rizal yang Aisyah dah faham sangat. Lepas jumpa Aisyah saja Rizal akan jadi ‘meroyan’ tak tentu arah. Sekejap-sekejap marah, sekejap-sekejap sedih dan kemuncaknya Rizal akan putuskan perhubungan. Tapi Aisyah tahu dan hampir pasti Rizal akan mencarinya semula, merinduinya lagi. Cuma bila Rizal datang balik, dia tak mampu menolaknya… Kalau Rizal tak kembali mungkin lebih baik, tapi sanggupkah Aisyah?

Pastu, aku dah takder idea…kena tunggu lagi. Bukan senang beb...

08 June 2010

Ingatlah 5 perkara ini... memang pon...sampai bila2


Lama tol tak buat N3 tuk blog nih… Banyak sangat yang berlaku sampai aku rasa tak cukup ruang untuk bernafas. Tapi kali ini biar aku rungkaikan satu persatu. Kalo ikut kawan aku, dia kata kalau tak jumpa puncanya, ‘gunting’ jer terus… Betol gak tuh, tapi puas ati tak? Mesti la tak… Paling kurang pon kita nak tau, menda2 tu bukan berpunca daripada kita kan… Kalau kitalah punca, kita nak bagi selesai jugak. Cukup ke hanya minta maaf atau mendoakan orang lain bahagia atau simpan dan pendam?

Oklah... macam nih... minggu lepas aku ok jer. Sibuk dan bizi... yer la, macam2 kena settle. Isnin ngan selasa g training, rabu jer masa nak buat keje2 opis. So, dalam syok menyetelkan keje2 tuh, telefon berdering... Panggilan yang memang tak aku duga. Nak citer ker seterusnya? Tak yah la kot.... Tapi saat berderingnya telefon itu sampai sekarang membuatkan aku berfikir panjang... Panjang sangat... Oklah, kalau cerita kat sini sampai 50 pages pon tak abis. Tapi 5 perkara yang aku dapat:

1.”Jangan usik lagi budak ber 2 tuh.” – Wow! Ini yang aku dapat bila menegakkan kebenaran! Kata empowerment... Meh tengok senarai tugas aku, ada ker tak pasal perkara nih... Ish3... ader la plak menda ni. Memang ler aku yang kena buat. Tak per la... aku disuruh tidak defensive dan berlapang dada...
2. ”Tengok balik carta” – Keje aku ke nih? Sebetolnya nak suruh aku sedar diri yang aku nih hanya layak buat keje orang, setelkan masalah orang dan ’bersih’kan kekotoran yang orang lain buat...
3. ”Mana peranan u? Kenapa tak jadi cam Che Mat?” - Yang nih aku nak pikir lama sket... Caner ‘ek? Aku dah berdialog dah ngan Che Mat. Dia kata tak payah jadi dia. Jadi diri aku. Kena bentuk sendiri dan prosesnya bukan 3 tahun! Lagi satu... Bos aku tetap bos!! Jangan langkah kepala dia!
4. “Kenapa asyik berkepit dengan D?” – Takleh berkawan ker? Naper nih...
5. “Pergilah kelas grooming” – Oooo...OK... untuk saper?

Betullah... Kalau orang tak tegur kita, kita ingat kita betul jer... Tapi kalau orang tegur, kenapa tak terima? Sebab kita tengok balik sapa yang tegur kita tu... Andai orang itu kawan... Insya Allah... Andai orang itu bukan kawan... biarlah yang kita muliakan … Hatta orang itu musuh… biarlah musuh yang dihormati…