Tak perlu ucapkan sepatah kata, Kerana lantang terbaca dari muka, Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa, Mungkin magisnya sudah hilang, Tak perlulah kita mencuba lagi, Betulkan kesilapan perhubungan ini, Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan, Manakah agaknya cinta kasih?, Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, Bunga yang layu pada musim luruh, Yang dulunya mekar disinar suria, Bila sudah kering pasti akan gugur, Seperti cinta kita yang jelas ternyata, Semakin lama semakin rekah, Menimbulkan tanya apa mungkin kita, Temu kebahagiaan dalam perpisahan, Tiap titis airmata kau tangiskan, Ku dah cukup menampung selautan, Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam, Kerana cuba menafi realiti, Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, Bunga yang layu pada musim luruh, Yang dulunya mekar disinar suria, Bila sudah kering pasti akan gugur, Seperti cinta kita yang jelas ternyata, Semakin lama semakin rekah, Menimbulkan tanya apa mungkin kita, Temu kebahagiaan dalam perpisahan….
Lagu ni cukup ‘berhantu’ pada aku. Tak sah kalau aku tak dengar sekali dalam sehari. Sebab apa ‘ek? Ntah... aku pon tak tau, sebak bila dengar suara si Shahir melagukannya dengan full of feelings...
Ni buat aku berkobar-kobar nak siapkan maybe aku bleh katakan novel kot... La ni tergantung kat Bab 8. Watak utamanya Aisyah, Hakim dan Rizal... sedikit petikan Bab 8...
Aisyah habis hati bila bertemu Rizal, menatap matanya sahaja membuat Aisyah hampir jatuh cinta belum lagi senyuman Rizal. Banyak yang Aisyah ciptakan bersama Rizal dan banyak juga kelukaan yang Rizal berikan... Tapi untuk terus bersama Rizal... Tak mungkin... Banyak perkara yang tak memungkinkan untuk Aisyah bersama Rizal dan hampir setiap kali berbicara dengan Rizal akan wujud pergaduhan yang sama. They are not meant to be together! Tapi Aisyah sayang Rizal. Sayang yang sangat-sangat sayang... Rizal kata, kalau kita sayang sangat seseorang tu, nanti dia akan cepat hilang... Aisyah keliru, sayang yang hilang atau Rizal yang pergi... Aisyah menanti...
Satu perangai Rizal yang Aisyah dah faham sangat. Lepas jumpa Aisyah saja Rizal akan jadi ‘meroyan’ tak tentu arah. Sekejap-sekejap marah, sekejap-sekejap sedih dan kemuncaknya Rizal akan putuskan perhubungan. Tapi Aisyah tahu dan hampir pasti Rizal akan mencarinya semula, merinduinya lagi. Cuma bila Rizal datang balik, dia tak mampu menolaknya… Kalau Rizal tak kembali mungkin lebih baik, tapi sanggupkah Aisyah?
Pastu, aku dah takder idea…kena tunggu lagi. Bukan senang beb...
No comments:
Post a Comment