29 June 2010
Thank you, Happy birthday & bila diminta beri pendapat..
Perkara 1 (Thank you)
Petang ni rasa happy dan ceria... my English teacher Cikgu Iwan drops by… One thing about him (of coz there’s a lot) that makes him an adorable teacher is the way he present himself, maybe the way he talk, think and of coz the smile… Dah terlebih lak puji cikgu…hehehe…
Perkara 2 (Happy birthday)
Okay la, esok birthday Faiz, so happy birthday dear…
Perkara 3 (bila diminta beri pendapat)
N3 kali ni aku nak citer satu situasi di mana aku diminta memberi pendapat (julung-julung kalinya nih...). Macam ni...
Ader satu family ni yang aku namakan sebagai Keluarga Bahagia. Ada husband, wife, son and daughter. Tinggal bersama mereka adalah seorang ibu iaitu mak kepada husband. Lama keluarga ini bahagia but one day keluarga ini diduga dengan satu ujian. Husband masuk hospital, kena gangrene coz HBP. Ntah mana silapnya, ibu merasakan perubahan kepada wife. Semenjak husband di hospital, wife juga tidak betah di rumah. Perkara ini berlarutan sehingga husband dah keluar dari hospital, menjalani kehidupan seharian. Tapi akhir-akhir ini perilaku wife nampak berbeza kata ibu. Ibu juga syak wife curang dan gerak hatinya mengatakan wife hamil. Ibu bertanya kepada husband, tapi menurut husband lama dah wife itu ditinggalkan sepi mengharungi malam. Tak mungkin wife boleh hamil. Maka syak di hati ibu bahawa baby itu bukan cucunya. Ibu nak jumpa bomoh coz dia tengok husband berdiam sahaja dengan perkara ini. Habis tu?
Macam mana aku nak bagi pendapat nih… Lama aku buat kajian persoalan ini. Ini bukan kes terpencil. Tapi dah jadi cerita biasa... Aku sure dah ramai orang bagi pendapat perkara macam ni. Tapi kali ni pendapat aku pulak diminta... Macam mana yer...
Okay, macam nih... Kalau ramai orang menyalahkan wife. Aku faham, memang dia salah. Tapi kaji dulu kenapa dia buat begitu. Takkan orang nak buat salah sebab dia suka buat salah. Mesti ada sebab…
Aku dah berdebat ngan A. Dia kata kenapa wife tak mintak cerai jer? Pastu wife nak buat aper pon buat la! Eh...hellooooo!!! senangnyer cakap. Kaji lah dulu situasi nih. Orang yang tak pikir panjang akan cakap macam tu. CERAI, perkataan yang senang nak ucap tapi consequence nya pikir tak? Menjadi seorang ibu walau apa pun dia, tetap anak-anak adalah perkara pertama yang difikirkan. Aku rasa wife fikir macam tu...
Pastu aku cakap kat A kenapa husband tu tak tanya dulu? Kenapa dia tak sedar yang wife dah berubah? Tau tak, husband tak sedar coz dia ambil mudah semua perkara. Bila dah jadi miliknya, tak perlu lagi ucapan-ucapan sayang itu. Husband rasa dah tentu wife faham (kalau tak takkan amik jadi wife). Hmmm... kat sini yang aku rasa kurang. Cakaplah kalau sayang, tiap-tiap hari pon takper. Kalau orang tak ikhlas cakap, kita boleh tau... Tapi ader tak husband cakap? Takder kan? Perkara ini dia anggap remeh. Tapi dengan perkara remeh ni lah kita boleh tau spouse kita berubah atau tak...
Aku cakap kat A, husband ada egonya sebagai suami. Betol tak? Bende-benda remeh seperti tak bayar bil perlu ke nak bincang ngan wife. Kang jatuh lak ego coz bende remeh yang husband kena buat tak dapat dia laksanakan. Pada aku PERLU bincang. Tak ke mana ego tuh... She’s your wife! Susah ker nak cakap? Pelik la...
Pastu A cakap kat aku... Wife tu sepatutnya mintak la cerai bila husband tak leh berperanan lagi. Ni tak, gatal cari orang lain. Okay A, kenapa tak husband saja yang ceraikan? Pokoknya macam ni, wanita ini tetap jugak dianggap salah bila kes2 macam ni berlaku. Wife mintak cerai, maka wife dituduh dah ada orang lain. Wife diceraikan seolah-olah tak boleh lagi berkhidmat kepada husband. Tapi nak tak si husband tu ngaku yang dia dah tak boleh lagi? Tak kan nyer lah, gerenti ...jatuhlah ego husband.
Macam ni, pada pendapat aku, kalau dari awal husband dah fikirkan masalah yang dia bakal hadapi bila dia dah tak boleh lagi…berkorbanlah...perkara ini takkan timbul. Ni tak, siksa dulu wife, pastu bila wife cari orang lain untuk mengubat dukanya, baru nak bertindak tapi dengan tuduhan bahawa wife itu curang. Tergamak buat macam tu kat husband. Orang akan simpati pada husband. Wife pulak akan dikeji kerana tindakannya... Masyarakat, tolonglah bukak mata... kenapa harus jadi begini? Memang bersalah wife jadi begitu, membelakangkan husband. Tapi dia jadi begitu kena husband juga... Dalam kehidupan wife, mungkin dia rasa segala-galanya dia yang terpaksa buat, dari uruskan rumah tangga, sara family, anak-anak sampai jadi driver untuk husband semua dia buat. Leh tahan ker?
Ibu pulak mengesyaki sahaja, belum sah pon perkara ini. Janganlah dicanang rumahtangga anak sendiri... konon-konon husband dah di bomohkan oleh wife sendiri supaya berdiam diri... Ibu pulak nak ambil tindakan sama kononnya nak bomohkan balik...Eh! Hellooooooo.... Kenapa macam tuh, hmmm rasa aku tau kenapa coz ibu memang dah biasa bomoh2 nih... Ibu, ini masalah perasaan, hati, emosi dan masa depan. Janganlah diburukkan keadaan yang sudah serabut ini. Kat sini wife mesti rasa yang dia hanya menantu dan takkan jadi anak sendiri sampai bila2.
Ada penyelesaian tak? Ader...tapi perlukan ketabahan, keberanian dan kekuatan untuk menghadapinya. Kepada husband, aku nasihatkan buanglah ego itu jauh2... Tak ke mana nak bawak pon. Sehingga hari ini dia masih your wife... Nak maafkan ker? Terpulang... Cuma aku rasa husband takkan terima wife dia lagi... Tapi aku rasa jer...mana tau kan, hati orang...
Kepada wife, aku rasa dengan status ibu itu, ko berat keputusan kan? Tapi macammana pun hadapilah kenyataan... Wife dah buat salah... Salah yang besar, takkan boleh berpatah balik... Tapi suarakan isi hati itu, jangan lagi dipendam... Jadikan kisah hidup wife sebagai pengajaran kepada masyarakat... Rasanya mungkin wife nak buat U turn dalam hidup tapi macam aku cakap kat sorang kawan tadi, nak buat U turn kat simpang 4 Tanjung Malim, dah bagi signal tapi sampai ke Behrang blom buat lagi U turn tu (hehehe...kitaorg nih dok Tanjung Malim, tu pasal takder contoh len)...
Ibu pulak, sudah-sudahlah... Percayalah ketentuan Tuhan. Bomoh tu semua dunia sahaja...
Amacam pendapat aku nih... DAPAT tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment