09 February 2011
UTAMAKAN...
Dari kol 4 pagi tadi mata takleh nak lelap… Batuk lebih sangat kot… Ni lah kalau Cik Athsma menyerang… Sebenarnya aku okay cuma time batuk tu memang penat giler…
Kenapa mata tak mo pejam nih… Mungkin teringat kat Mak kot… Semalam mak call, bagitau ubat mata mak dah abes langsung… Allah…teruknya aku nih… Tak ingat langsung ker nak cari? Takkan pasal Mak takleh nak korban sikit waktu yang seolahnya bizi nih… Tak ingat ker pengorbanan Mak selama nih… Takkan asyik ingat pasal brosur-brosur yang … tak tau nak cakap lah… Atau pasal kes bunga tuh? Atau pasal MC smlm? Takkanlah sebab semua nih aku lupa kat Mak… Lupa yang mak juga tak sihat sekarang… TERUKNYA AKU!!!!
Mungkin kat sini aku kena ingatkan diri sendiri…
Pertama, UTAMAKAN KELUARGA… Jangan sebab keje yang memang takkan abes serta memberi tekanan tuh maka kita lupa bahawa yang lebih memerlukan kita adalah KELUARGA… Part keje tuh, kalau kita takder pon, keje tetap akan berjalan, kalau kita takder pon, orang tetap akan buat gak brosur tuh, kalau kita takder pun, bunga tetap akan dihantar, kalau kita takder pon, UPSI tetap akan beroperasi dengan jayanya, kalau kita takder pon, ramai yang berebut-rebut akan gantikan tempat kita, jadi…kalau kita takder pon, orang lain takkan peduli coz siapalah kita… Cuma kita kena fikir, kalau kita takder, saper nak kesian kat keluarga kita, kalau kita takder, saper nak bagi keluarga kita makan, kalau kita takder, siapakah yang akan paling rasa kehilangan? (Yang nih aku dah dan sedang rasa…)
Kedua, UTAMAKAN KESIHATAN… Jangan sebab keje yang memang takder belas kesian tuh maka kesihatan diabaikan… Buat keje teruk macammana pun ada tak orang hargai? Buat keje sehabis baik pun, ada tak orang bagi bunga? Buat keje sampai pengsan pun ada tak orang pandang? Yang dihargai adalah orang yang pandai memberi arahan, yang dipuji sehabis baik adalah orang yang pandai mengambil kesempatan dan orang yang dipandang adalah yang paling pandai berkata-kata… Kalau macam tuh… Pandai macammana pun kita ni buat keje, maka habuannnya adalah kena MARAH selalu, kena ANGIN selalu dan kena UMPAT dalam setiap mesyuarat kata tak tau buat keje… Wau! Baguskan reward untuk orang yang pandai buat keje… Abes tu…apa kaitan dengan UTAMAKAN KESIHATAN nih…hehehehe …UTAMAKAN KESIHATAN MENTAL…
Uishhh…dah nak dekat kol 6 pagi dah nih… chow dlu yer…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
puan we care.... :P love u puan.. :) mmg betoi famely first
ReplyDeleteMiss u Ryzal...balik sini kang jgn lupa singgah ofis saya yer... saya pun family awak gak kan...errr...yerker?
ReplyDeletepuan mariniiii... ok, mak kata nak pegi jenjalan. bye, nak pergi sekarang!
ReplyDelete