17 February 2011
‘Errrkkk…. Aku ker nih…
Perut yang sakit dah mula pulih… Tak lagi meronta2…Mungkin ubat gastik tadi dah memberi kesan… Walau macammanapun semuanya kuasa Allah…
Tergolek kat atas katil ditemani laptop dan streamix ni membuatkan aku tidaklah bosan… Melayari blog2 dan wall2 FB ramai pihak menjelang Pilihanraya Kampus ni memang mengujakan. Boleh tengok pelbagai ragam manusia yang nak jadi pemimpin… Macam2 perangai… Masya Allah… Tak cukup dengan menyerang peribadi calon, ada yang tulis dalam blog, buat kenyatan rasmi lagi… Ish3… nak gelak pun ada… biarlah… lihatlah dunia, drama2 yang dilakonkan di atas pentas kehidupan ini…
Nak tegur ker? Mungkin aku patut diam dulu… Maklumlah… “Anak Muda” dengan darah yang mendidih2… telinga akan cepat panas, bila jadi macam tu, lidah turut berapi, otak pun cair, iman pun lebur… so apa yang tinggal? Jadi kalau ditegur pun, takkan jadi apa2… Kerana bukan didalangi aqal yang waras lagi dah…
Seterusnya aku berfikir…wajarkah aku bersuara? Atas jawatan yang disandang… Tidak mungkin… Tapi atas dasar “Orang Tua”… mungkin boleh… Kalau macam tu…
Adik2 mahasiswa yang dikasihi…
Semangat adik2 amat saya kagumi…
Jiwa sekarang sangat berapi2…
Tahniah kerana berjaya membawa diri…
Beginilah pemimpin yang dicari…
Janganlah berhenti di sini…
Teruskan selagi nafas belum berhenti…
Tapi perlu saya ingatkan…
Kita menumpang di bumi Tuhan…
Suatu hari nanti akan kita tinggalkan…
Jadi dalam menentukan masa depan…
Jangan kawan dijadikan lawan…
Jangan nafsu merajai badan…
Berfikirlah melampaui sempadan…
Bertindaklah dalam kawalan…
Kalaupun hari ini kita sedih…
Kerana fitnah tidak memilih…
Tak mengapalah kerana Tuhan tetap kasih…
Masih ada hari untuk adik2 teruskan…
masih ada tugas yang pelu penyelesaian…
masih ada kewajipan yang harus dilaksanakan…
kerana adik2 bakal graduan…
pencetus era kepimpinan masa hadapan…
Okay tak pesanan saya ini… Semoga berjaya dalam PRK ini…
‘Errrkkk…. Aku ker nih…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment