22 December 2009
Duhai Adik...
Hari dah hari ke 7 Norman pergi. Pergi yang takkan kembali lagi. Pergi dikala orang mengusung keluar jasadnya dari rumah. Mak... Aman takkan balik lagi....!!!
Aku hanya mampu beristighfar dan airmata ini tak pernah kering sampai hari ini. Ya Allah... Ampunkan dosa adikku itu, limpahkanlah kasih dan rahmat Mu kepadanya. Sesungguhnya dia naif Ya Allah...
Kakak dan adik-adik aku yang lain... rindu sungguh kita pada Aman kan? Rindu nak bising-bising pada dia, rindu nak dengar dia mintak macam-macam pada kita, rindu nak dengar dia bergelak tawa dengan anak2 sedara, rindu yang segala macam rindu lagi...
Tapi sebagaimana pun kita rasa tak macam mak rasa. Kita tak tahu hati mak, kita tak tahu rindu mak, kita tak tahu hilangnya semangat mak...
Kalau ikut hati ini, mungkin sampai bila-bila aku nak menangis, kalau ikut rasa, sampai pecah anak tekak ni aku nak menjerit. Tapi untuk apa? Aku kena kuatkan diri, hidup perlu diteruskan. Sampai masa aku dan yang lain juga akan pergi. Sebelum masa itu datang, Tuhan, izinkan aku bahagiakan mak, besarkan anak-anak dan bersujud pada Mu, membekalkan diri dengan iman dan taqwa..
Buat adik ku Mohamad Norman... Akak redha dengan taqdir Tuhan ini. Telah ditentukan bahawa ini yang terbaik buat Aman. Walaupun yang tinggal hanya kenangan, akan akak abadikan sampai bila-bila. Darah kita sama, mak dan bapak kita sama, Aman tetap adik akak dunia dan akhirat. Akak doakan Aman.... AlFatihah...
Buat mak... Izinkanlah Aman pergi ...
p.s kepada semua sahabatku, rakan-rakan arwah dan semua yang membaca catatan ini, terima kasih kerana mendoakan Norman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan golongan yang beriman. Al Fatihah..
ReplyDeleteSalam Takziah untuk akak n keluarga..Allah lebih menyayangi adik akak..Al-Fatihah untuk Aman..
ReplyDelete