04 September 2009

Hek'eleh...

Hari ni dah start edar sampul duit raya. BHKA ingat nak bagi ler sesuatu kepada semua staf daripada universiti bukan BHKA tau! Banyak plak cakap cakap bila dah bagi nih…
1. Bila kita bagi lebih ada orang kata membazir bagi banyak-banyak.
2. Bila kita hadkan kepada 2 paket sorang, ada plak yang kata mana cukup bagi banyak ni, baik tak payah bagi.
3. Tapi ada gak yang bersyukur bila dapat, diaorang ni kata, Alhamdulillah… ingat jugak universiti nak bagi kat kita orang ni…
Kenapa lak jadi cam nih… Kepada kelompok pertama tu, kita orang bagi lebih ingat nak tolong you all buat amal jariah bersedekah banyak-banyak. Kita orang ni takler banyak duit nak sedekah, tapi tolong you all tu kira berbuat amal la jugak…kononnyer la.. Kalau rasa banyak sangat sampul tu, bagi jer la kat anak buah yang memerlukan, kira sedekah jugak tuh… Tak paham aku, nak membebel pasal apa plak, mende ni plak tak membazir aku rasa coz kalau tak guna tahun ni, bleh guna tahun depan, bukan expired pon.
Kepada kelompok kedua tuh, kalau rasa taknak, pulangkan jer balik kat kita orang, banyak lagi yang nak…
Kepada kelompok ketiga ni, aku rasa bersyukur , kira kena surat tunjuk sebab coz tak datang meeting AR pon aku rasa berbaloi. Penat-penat buat mende2 ni semua rasa berbayar bila ada yang menghargai…

20 August 2009

Handbag Mummy mana?!!


Pagi ni memang tergesa-gesa jer nak kuar rumah. Mellysa plak bising-bising suruh Mummy cepat dah terlewat katanya untuk “time to breakfast” kat sekolah. Padahal jam baru kol 7.35 pagi. Dengan konfiden aku terus capai Mikhael dan barang-barang yang nak hantar rumah mamanya. Letak Mikhael dalam seat pastu terus idup enjin. Mellysa plak terus jer masuk kat front seat. Tapi cam rasa kosong ler plak... Tetiba Mellysa cakap, mana handbag Mummy ? Handbag? Ye tak ye, dalam rumah kot. Tengok kat pintu rumah baru sedar masa nak kuar tadi dah tekan lock dari dalam. Kunci? Kunci plak dalam handbag! Nak call saper nih? Call? Henfon pon dalam bag. Caner nih? Tergelabah jap. Caner nak gi keje nih? Wallet, henfon, lesen, kunci rumah, kunci ofis etc sumer dalam handbag. Buntu kejap.

Apapun, tengok anak2 sumer nyer ader. Mikhael tengah gelak-gelak lagi. Barang-barang nak hantar rumah mama? Sumer dah ada. Mellysa si becok? Pon ader. Takpe lah, yang lain pikir kemudian, mula-mula nak kena hantar Mikhael. Dahtu hantar Mellysa plak. Kena gi opis nih. Mintak Daksha tolong call kontraktor yang tengah buat renovation rumah aku tuh. Dia ada pegang satu kunci. Dalam perjalanan ke opis terpikir plak kalau aku terkuncikan Mikhael dalam rumah macam mana? Na’uzubillah...

13 August 2009

Selebriti popular graduan universiti yang tak tau UPSI

Malam tadi gempak la jugak pesta konvo coz jemput satu selebriti popular nih. Suara dia memang sedap. Muka pon hensem. Cuma sebagai warga UPSI aku memang tak puas ati betoi bila dia cakap macam ni, dia tanya PA dia nak bawak gi mana malam ni, macam tercengang-cengang (coz jalan keluar dari KL), pastu PA dia kata nak gi UPSI la. Dia pon jawab, UPSI bukan ke kat KL jer.. Balas PA dia, kat Tanjong Malim… Ye ke? Balas dia plak sambil meneruskan kecengangannye tuh.

Helllo !!!! Ko tu graduate universiti, masa ko grad tu UPSI dah wujud pon. Takkan tak tau, PTPTN pon dah ada. Siap ko tak bayar lagi... Ingat tak????

Pastu tanya, UPSI ni lahirkan guru kan? Guru sekolah menengah, lagi, guru sekolah rendah, lagi, audience pon bagi tau, guru sekolah tadika dia bantai gelak-gelak plak. Hellooo!!!! Dari tadika la kanak-kanak perlu di didik. Zaman millenium ni nak ajar tadika kena ada degree tau !! Apa la dia nih...

Ikutkan memang nak bergambar ngan dia coz lawa gak baju superman dia tuh, tapi terus tak jadik coz aku rasa dia macam tak ikhlas langsung nak datang sini. Ikhlas ke tak ke, pokoknya kita dah bayar tau! Nyanyi jer la.

One more thing to Mr. Superman nih, kena la ingat, takder peminat ko tak jadik aper pon. Student kat sini tak payah ada peminat, dah sure jadi CIKGU. TQ.