04 August 2011

Bye Nan...

Jam 6.11 petang, aku pasti Nan dah pun naik bas menuju kampung tercintanya nun jauh di negeri Jelapang Padi… Segulung ijazah dah pun dia genggam… Tahniah untuk Nan… Aku tumpang gembira…

Tapi ntah kenapa hati aku rasa sebak sangat… Dia dah aku anggap macam adik sendiri… sebaya dengan arwah adik aku Aman… Kadang-kadang perangai dia pun macam Aman… Tadi masa menatap facebook tetiba Nan post satu note…

HANYA UCAPAN TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH...~~
by Zaim Akagi on Thursday, August 4, 2011 at 2:30pm

Sangat susah mencari insan seperti PUAN MARINI MASDAR yang senantiasa menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelekan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa mensupportku untuk selalu maju menjadi yang terbaik.

Terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu .

kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusadari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sadar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kuperbuat.

YANG PASTI dimana kau kini, kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang senantiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia

Ya Allah jagalah insan ini, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan rohnya dengan rohMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bertemu lagi.. :)

Terima kasih untuk segalanya..!!! YOU R THE BEST PUAN MARINI MASDAR..


Aku baca setiap bait dan ayat… Terima kasih dik… Tiada kata yang dapat aku ucapkan ketika ini, hanya airmata… Aku bukan sedih tapi aku sangat bangga dengan dia… Semoga insan bernama MOHAMAD ADNAN BIN ZAROEI terus cemerlang dan dirahmati Allah… Sesungguhnya aku sentiasa berdoa…









21 July 2011

EMOSI LERRR

Akhirnya hati, kekuatan dan semangat aku tunduk pada situasi yang memaksa. Mengalah pada keadaan. Setelah emel-emel yang aku baca pagi ini… Apa yang nak aku rasa yer… Meh aku share sket kandungan emel itu antaranya yang berbunyi…

“Siapa Marini yang boleh mendesak saya menyiapkan **** segera kerana sudah terlambat kesan kegagalan dia sendiri?”
“Lupakah dia bahawa kerja ini dulu adalah kerja dia dan saya mengambil tugas atas arahan Pengarah kerana dia tidak boleh buat?”
“Tidakkah dia terfikir bahawa saya adalah bidah (walaupun ejaan sebenarnya bidan) terjun yang menyelamatkan keadaan?”

Emel diakhiri dengan…
“Di mana fikiran dia?”

Wow!!! Tabik aku pada manusia ini… Melontarkan apa yang ada dalam hati dan perasaan tanpa menggunakan akal fikiran… Manusia yang tahu angin sendiri tanpa mahu tahu ribut dalam fikiran orang. Inilah bukti bahawa bila manusia dikuasai dengan hasad, dengan ego, dengan cemburu dan iri… Tanpa dia sedar apa yang dilakukan hanya meludah ke langit. Siapa yang gagal? Siapa punya kerja? Siapa yang menyelamatkan keadaan dan siapa yang sebenarnya berfikir… Renunglah wahai manusia ini… Saya amat berterima kasih kerana akhirnya nampak juga se’dalam’ mana pengetahuan awak, se’tinggi’ mana ego awak dan se’bijak’ mana awak… Saya sekolah tak tinggi, ilmu juga tak banyak, pengetahuan tak sedalam mana dan saya juga tak sebijak gelaran di pangkal nama awak. Tapi sekurang-kurangnya tak menyalak macam awak…

Tindakan saya? Tak payah saya emel satu dunia (macam yang awak buat). Saya dah ambil langkah sebaik-baiknya… Jangan risau, saya masih jaga airmuka awak… Untuk pengetahuan manusia ini, saya tak mahu respon emel-emel awak itu kerana saya tak mahu jadi macam awak. Awak tahu kenapa? Kerana saya tak mahu sama ‘taraf’ dengan awak… Hmmm… satu lagi saya mahu awak tahu… saya tak maafkan awak atas fitnah yang awak sebarkan melalui emel-emel awak itu… tidak di Dunia sampai Akhirat… Wassalam…

Emosi kan…. Cukuplah kot… Manusia macam ni perlu wujud di muka bumi ini coz Tuhan uji aku dengan adanya manusia ini… Anyway… Thank you Allah…

Okay la… habis dah bab tu…

MPN – majlis yang nak pecah kepala dibuatnya. Sangat bersyukur coz dah berakhir… Cuma ada beberapa perkara yang kalau fikir balik hmmm…kenapa yer?
1. Setahu aku orang yang jaga protokol tak la garang cam singa. Yang nak jerit-jerit kat orang tu kenapa? Nak suruh orang buat sesuatu untuk kita, kalau bercakap elok2 pun orang leh buat… takyah ler nak jerit2…

2. Yang salah susun tu korang, pe hal la pulak nak marah orang lain? Yang peliknya, kenapa nak marah? Kalau ko marah macam ler orang sanjung tinggi ko tuh… Ko tau tak, orang buat menda yang ko suruh dalam marah tadi… Tapi mulut diaorang tak berenti maki ko… macam-macam gelaran yang aku dengar… Ingat yer… cukup 40 kali, doa tuh…

3. Lepas tu, ko kata UPSI macam-macam… Tak ingat ker, UPSI jugak bagi jamuan kat ko… Tak banyak, sikit ko telan jugak, tak rasa semacam ker tekak ko tuh… Ngata-ngata orang tapi makanan dia ko sapu…ish3… tak malu ler ko nih…

4. Kawan aku kata, ala… kita buat jer… dia kan dah tua… Ha! Sebab ko dah tua la aku nak ingatkan ko… Sepatutnya masa ni la buat baik ngan orang, takler orang sumpah seranah ko…

Hmmm… mintak maap la yer… tapi aku rasa ko dah nyanyuk kot… ko ingat tak so sms aku tengah2 malam soh cari jugak menda yang ko nak… Siap kata sok pagi ko sampai nak menda tu dah ada. Ko ingat aku magician… Logik la sket…

Takper lah… kat Dunia ni jer… kan?

To all adik2 student yang membantu masa MPN – Nan, Amet, Amir, Maghfur, Ajeez, Mat, Zali, Nadiah, Fizza, Yan dan CTMas… saya sayang awak semua… Meneruskan kewujudan BRIGED? Nanti saya fikirkan…










07 July 2011

SALAH TAFSIR




Dah 18 hari aku menahan diri dari menulis blog kesayangan ini…banyak keje ker? Tak dinafikan… Sekarang pun tengah gastric nih… Lega sket kot coz dah makan ubat… sementara ubat ni berkesan keseluruhannya, baik tulis ler sket2…

Sekarang ni tengah dengar lagu Dato’ Siti Nurhaliza – Melawan Kesepian… dah letak kat dalam muzik mixpod tuh… Suara Dato’ Siti memang sedap di dengar…

Pernah dengar istilah salah tafsir tak? Contohnya macam kita suka buat andaian yang bukan-bukan tentang orang lain… Ha! Kalu tak betol jadik fitnah kan… Rasa-rasanya menda-menda nih memang dah sebati dalam diri kita… takyah nak cakap orang lain… aku pon selalu gak salah tafsir… Paling simple, bila kena marah, aku selalu rasa orang tuh dah tak suka kat aku, dah meluat (tapi mana tau betol kan… ha! Buat andaian.. Baru jer mula tulis pasal salah tafsir nih…)

Bleh tak kita nih bila jumpa ngan orang, bersangka baik jer… yang buruk tu tolak dulu tepi… Boleh ker? Rasa2 tentu tak berapa nak boleh… Selalunya bila jumpa yang muka cam penyangak dah sure kita rasa dia nak pecah rumah kan… kalau muka baik cam ustaz kita rasa dia malaikat… kalau lawa tentu segala-galanya wangi… yang tak berapa nak kiut kita rasa dia kurang segala-galanya… Semuanya sebab KITA RASA jer… Tu la salah tafsir…

Tapi apa kita nak buat kalau orang salah tafsir tentang kita… contohnya bila kita tak pegi mesyuarat berkali-kali, label kita macam-macam, tak leh harap, tak pandai buat keje, tak setaraf PRO lain… sedih? Memang ler… aku bukan malaikat… Tapi orang yang cakap tuh sedar tak kenapa menda nih jadik… Sedar tak apa yang dia dah buat menyebabkan aku jadi tak pegi mesyuarat berkali-kali tuh… Tak sedar rasanya… tapi apa kudrat aku nak pegi cakap kat dia? Hmm…betul lirik lagu Dato’ Siti tu… “apapun yang terjadi… berjalanlah tanpa henti”…

Emo tol lerr Marini nih… Dah dah… ko buat sehabis daya dalam keje dia tak pandang pon, kalau ko kena marah pun ada membawa erti ker… Buat muka kesian pon lom tentu orang kesian… Sum 1 cakap kat aku tadi… Hanya yang kebal jer boleh duduk tempat awak… Aku ? Kebal? Hanya aku jer tau…