30 January 2013

PENILAIAN

Ada lagi 2 minggu untuk menghabiskan sisa cuti 90 hari ni… Puas tak dok rumah? Seronok dan letih.. Seronok sebab setiap apa yang dilakukan semuanya nampak khusus untuk keluarga tapi letih coz sebenarnya banyaknya kerja rumah.....huhuhu

Walaupun nampak cam cuti, tapi kerja kat ofis singgah juga… Biasala… Inilah namanya kewajipan, kan? Cuti tu bukan HAK tapi ANUGERAH yer, jangan lupa tu! Menunaikan tanggungjawab LNPT itu adalah tugas yang tidak boleh diketepikan… Banyak perkara perlu dilihat, diteliti dan diambil kira… Bukan mudah nak menilai orang… Sangat subjektif… 

Begitu juga dalam hidup ini… contohnya kita rasa kita dah buat yang paling baik dalam mendidik anak-anak, tapi kenapa anak kita tak jadi yang terbaik, adakah sebab orang lain, sebab cikgu, sebab kawan-kawan atau sebab apa? 

Bila kita nilai diri sendiri, kita memang rasa kita dah all out dah, tapi kenapa anak kita jadi macam tu? Nak tahu jawapan, kita perlu penilaian orang lain juga. Mungkin orang lain boleh nampak kelemahan kita (selalunya memang orang mencari kelemahan kita). Tapi ‘orang lain’ ini ada banyak… Takkan kita ni hidup jumpa sorang jer ‘orang lain’. Si A yang suka mengampu kita akan kata – awak takder kelemahan, boleh bagi 100%. Si B yang tak suka langsung dengan awak (mungkin anak awak pernah gaduh ngan anak dia) akan kata – awak memang tak pandai didik anak, dapat 0%. Si C yang lurus pulak akan kata – awak tak buat tu, tak buat ni, tapi awak dah buat itu, dah buat ini, so awak boleh dapat 50%. Bukan setakat ABC sahaja yang kita jumpa tapi sampai Z..

So, perlukah kita give up dengan diri bila kali ini kita dinilai oleh Si D? Jangan risau, esok lusa kita jumpa Si E yang buat kita rasa hebat dan tahun depan mungkin Si F… Penilaian manusia ini sangat berubah-ubah sifatnya… penilaian Allah juga yang kita tunggu…

Begini lah cara saya meneutralkan diri bila menghadapi markah LNPT yang saya rasa… alahai…(Tapi sehingga catatan ini ditulis, LNPT 2012 saya lom tau lagi, caner 'ek?)
 

19 December 2012

Waiess

Baru lepas berebut ngan Mikhael nak guna laptop ni... sekian lama memendam rasa nak menulis blog...akhirnya.. (Mikhael tengah nangis tu...kesian...)

Sangat3 bz skang ni... Hmm.. ahli keluarga dah bertambah seorang lagi... Ni la namanya rezeki kan???  Alhamdulillah... kenalkan kepada dunia... my luvly boy... SHAQAEL MEER WAIESS.. hehehe...mesti terbelit lidah nak sebut so kalau dieja cam biasa lebih kurang bunyinya shaqel mir waiz... Lahir pada 12-11-12 dengan berat 3.95kg.

Waiess masa umur 12 hari... Semoga menjadi anak yang soleh... Mummy luv u baby...
Setakat ini dulu coretan setelah beberapa bulan menyepikan diri ini...Ada ker yang nak baca nih???? Hehehe

05 July 2012

Jangan Fikir

Kalau fikir sangat memang buleh gila… memang buleh gila punya lah… gerenti kerat jari la wehhh… 

Kisah mesyuarat sulit nak menyingkirkan aku takleh nak cakap la kan… dah berulang-ulang… leh buat buku dah kot agenda depa tu… Tapi Tuhan masih belum mengizinkan niat mereka itu tercapai… Ada hikmahnya kenapa aku masih di sini… Mungkin ada lagi perkara yang belum sempat aku tunaikan di sini… Kalau macam tu… Izinkan aku berkata kepada mereka2 itu… Sabarlah wahai ‘sahabat’2 yang mahu melihat aku melangkah dari sini… Suatu hari nanti, Tuhan akan izinkan perkara2 tidak baik itu untuk berlaku sebab Tuhan mahu kamu semua lihat kesannya andai perkara yang sama berlaku kepada orang yang kamu sayang dan cinta… Dan pada masa itu mungkinkah kamu menyesal? Wallahu a’alam…

Lagi satu kisah surat layang melayang tu… Nak jawab kat penulis tu, tak tau la plak sapa… Nak melalak bagitau satu dunia pun tak guna… Jadi meh aku nak jawab kat sini…

Kepada yang dihormati Tuan Penulis Warkah Layangan Tanpa Nama,

Terima kasih atas layangan warkah ‘indah’ saudara itu. Alhamdulillah… akhirnya ada juga yang mahu menulis secebis walau dalam keadaan saudara yang amat ketakutan (bimbang sekiranya diketahui orang, maka tindakan akan di ambil kepada saudara). 

Saudara, walaupun tujuan sebenar warkah itu bukan untuk saya, tapi saudara telahpun menulis beberapa baris ayat mengenai saya. Alhamdulillah… terlintas juga nama saya difikiran ‘high class’ saudara itu. Cuma satu saudara, apa yang saudara tulis itu tidak benar dan merupakan fitnah ke atas saya,. Pada mulanya saya sedih, tapi bila memikirkan bahawa saya lebih berani untuk menyatakan kebenaran berbanding saudara yang hanya tahu lempar batu sembunyi tangan… saya jadi redha… Insya Allah, saya tidak takut kerana saya tahu saya berada di pihak yang benar. Untuk saudara pula, demi Allah saya tidak akan sekali-kali maafkan saudara di dunia dan di akhirat melainkan saudara datang sendiri berjumpa dan meminta maaf daripada saya. Betullah kata orang kan… dosa kita dengan Tuhan, lebih mudah caranya untuk memohon keampunan berbanding dosa kita dengan manusia yang mungkin hanya sekali sahaja kita berjumpa di dunia kan…

Mengenai isi kandungan lain warkah itu, fikir2 lah saudara… Andai benar, bukan tugas saudara membuka aib orang kerana Allah akan buka aib saudara nanti… Tapi andai tidak benar, maka yang saudara sebarkan itu adalah fitnah… Tahu kan apa hukumnya? Saya bukan ada PhD pun nak menasihatkan saudara… hehehe
Itu jer la kot yang saya nak tulis… Kalau panjang sangat, nanti kena wat journal la plak…

Hmmm… kepada yang ingat kami-kami kat ofis ni yang tulis warkah indah tu… hentikan lah… Takder faedah kami nak mengata orang dalam surat layang… Daripada fitnah macam-macam, baik kami report polis jer la kot… biar dibuktikan dengan jelas… tak payah selindung2.. Hmm… why not!! Hehehe… kang takut plak ada yang terpaksa buat PC kot untuk permohonan maaf secara terbuka… UUppppssss….hehehehe


P.S to all my dearest friends: Ada petua tak macammana nak buat supaya kucing tu tak menyalak macam hanjing... (kenyataan ini x der kaitan ngan gambar tu yer...:))